JOM MAKAN SAMA-SAMA DI KEDAI AYAMAS

by - 2:53:00 pm

 JOM MAKAN SAMA-SAMA DI KEDAI AYAMAS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Baru-baru Zumal beritahu Zumal nak pergi GM Klang kan? Ya, inilah kisahnya. Zumal ke Kedai Ayamas di GM Klang. Pergi Kedai Ayamas mestilah nak makan. Tak gitu.


LATAR BELAKANG

Zumal cerita sedikit tentang KEDAI AYAMAS. KEDAI AYAMAS adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation.

KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.

Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.

Kini terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS.

Produk-produk  mereka dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk di Kedai Ayamas dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang Ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya dijamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi

Selain KEDAI AYAMAS, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.

KONSEP KEDAI AYAMAS

1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.

2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.

3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.


REVIEW KEDAI AYAMAS GM KLANG

Kenapa GM Klang? di sini tempat yang tak asing bagi Zumal sekeluarga tau sebab dulu keluarga Zumal tinggal di Pulau Indah dan kerap juga datang ke GM Klang. Kedai Ayamas di sini juga tak asing bagi kami sekeluarga. Tapi selalu kami hanya order ayam, yes ayam panggang. Setelah dapat tahu ada pelbagai menu lain di Kedai Ayamas rasa excited pula nak try.

Zumal datang ke cawangan Kedai Ayamas GM Klang bersama Ijoy aka Faizul merupakan housemate Zumal. Zumal masih baru tinggal bersama Ijoy. Jarang berkesempatan makan sama-sama walaupun tinggal serumah. Inilah peluangnya untuk bersama housemate yang juga kawan lama sejak belajar di Sintok lagi. 

Kedai Ayamas GM Klang ini berada di bahagian hadapan bangunan utama GM Klang, kalau anda parking di hadapan Blok B pasti anda nampak Kedai Ayamas yang berada di lot tepi sekali sebelah kiri Blok B GM Klang. Kedai Ayamas ini pada pandangan pertama pun dah menarik. Ia sangat cantik dan membuatkan kita rasa nak singgah. 

Cawangan ini juga bersesuaian buat anda ingin adakan majlis seperti sambutan hari jadi, jamuan pejabat dan pelbagai majlis kecil.

Setelah masuk ke outlet, kami berkenalan dengan supervisor outlet iaitu Encik Kamarul dan staf-stafnya yang sangat peramah. Kami diceritakan tentang outlet dan menu-menu yang ada. Setelah itu kami dihidangkan dengan pelbagai menu yang sangat menggoda.

Di cawangan ini juga anda boleh memilih untuk makan di dalam restoran dengan suasana hawa dingin ataupun boleh memilih makan di luar restoran dengan suasana terbuka.


MENU UTAMA DI KEDAI AYAMAS

Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu ‘Golden, Pepper dan Percik”

Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.

Dalam ketiga-tiga jenis hidangan ayam ini, Zumal suka sangat Ayam Pepper, walaupun nampak rupa ayam agak putih tapi rasanya sangat mengagumkan. Sebab ianya telah diperap sebat dengani rasa lada hitam. Selain ini nasi ayam di sini juga disertakan ayam pepper.

KEUNIKAN AYAM PANGGANG KEDAI AYAMAS

Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.


HIDANGAN LAIN 

Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada pelanggan kami untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu mereka juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Dalam hidangan sampingan ini Zumal sangat suka dengan roti bersama meat ball di Kedai Ayamas ni. Kalau tengok pada pandangan pertama mesti kita anggap roti ini banyak mayonnaise tapi tanggapan Zumal meleset sama sekali kerana rupanya ianya dilimpahi oleh kentang putar yang buat rasanya lebih sedap dan menyelerakan. Selain itu pasta di Kedai Ayamas tak kurang hebat rasanya. Memang terbaik!


PROMOSI DI KEDAI AYAMAS

Untuk pengetahuan anda Kedai Ayamas adakan promosi setiap bulan iaitu “15th and 30th offer” yang menawarkan diskaun harga Ayam Panggang, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. 


KHIDMAT PENGHANTARAN

Bagi anda yang tidak mempunyai masa ke Kedai Ayamas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran seperti grab food  dan food panda. 


KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAIMPAIGN


Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan kami dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. 


LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

  1. PENJUALAN SECARA BORONG


Sila hubungi mereka di talian untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

  1. Mr Hisham-+60 19-323 0478

  2. Mr Ricky- +60 12-387 4133

  3. Mr Ganesh- +60 19-371 5121

  4. Mr Khairudin - +60 19-277 1785

  5. Puan Khadijah - +60 19-661 6159


  1. FRANCISE 


KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Sila hubungi mereka ditalian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS.

  1. Mr Iswazi - +60 19-267 6200

  2. Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465


Ikuti KEDAI AYAMAS di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE 

Facebook: Kedai Ayamas – Ayamas Roasters 

Instagram: kedai_ayamas

Youtube: Kedai Ayamas Roasters 


You May Also Like

43 insan berbicara

  1. Nampak moist & juicy jew ayam tu. Sedap ni.

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi makan dekat kedai Ayamas.. tapi selalu beli yg fozen food ayamas tu saja.. itu pun dah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frozen food ayamas memang best. Zumal pun selalu beli. Paling penting frozen food yang kita yakin ianya halal kan...

      Delete
  3. nk makan ayam tipon ja sini kan

    ReplyDelete
  4. kalo pi kedai ayamas mmg beli yg percik.fav sgt

    ReplyDelete
  5. cik en suka dengan ayam panggang dan pasta carbonara dia.. yummy sgt

    ReplyDelete
  6. uish sedapnya..lapar pulak jdinya..hehhe

    ReplyDelete
  7. nampak menyelerakan sungguh hehehe

    ReplyDelete
  8. ternaek.. boleh try nanti..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba lagi zumal. Boleh kot lepas ni

    ReplyDelete
  10. sedapnya ayam ayamas, mama sekeluarga mmg suka

    ReplyDelete
  11. AYAMAS dah ada spageti...sedapnya! Nanti akak nak pegi AYAMAS dekat Ipoh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ayamas dah ada spaghetti, sedap pulak

      Delete
  12. Replies
    1. Nanti awak cuba yer.. memang sedap 😋

      Delete
    2. di Kota Kinabalu ni macam takda ja sebab belum pernah nampak hehehe nantila kalau ada rezeki jalan2 ke sana bole la cuba hehe

      Delete
  13. Jarang ai makan kat kedai ayamas. Ke tak pernah ea? Lupa dah. Selalu tapau bawa balik je.

    ReplyDelete
  14. Akak suka menu Kedai Ayamas ni. Sedih jg bila cwgn di KK ni tutup bbrp thn lepas.

    ReplyDelete
  15. Saya suka juga ayamas. Nasi ayam dia sedap.

    ReplyDelete
  16. Semasa bekerja di KL dulu kerap beli ayamas,( ayamas black pepper favorite ) sekarang sejak tinggal ditempat sini tak ada ayamas berdekatan. Miss juga rasanya.

    ReplyDelete
  17. tingat ex opismet dulu. adik dia keje ayamas. so boleh dikatakan saban minggu dia jamu kitorang ayamas... hehehe... wpn seekor kongsi ramai2 terasa nikmat betul

    ReplyDelete
  18. nice sharing zumal lama dah ayamas ni sampai sekarang masih bertahan ...

    ReplyDelete