BELI KEMEI PROFESSIONAL TRIMMER DI SHOPEE

by - 8:00:00 am

 


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa dalam lindunganNya. Alhamdulillah semalam kes covid dah turun sikit. Harap penurunan tu berterusan dan terus hilang dari muka bumi ini.

Sebelum lepas housemate Zumal beli hair clippers lepas tu Zumal pun terjebak sekali. Tapi zumal baru je beli minggu lepas. Walaupun kedai gunting ada je depan rumah ni rasa cuak pula nak pergi gunting rambut sebab kes dalam lingkungan 1 km dari rumah ni seratus lebih. Disebabkan zumal selalu potong rambut setiap bulan jadi kena cari juga hair clippers atau shaving mesin untuk kegunaan di rumah.

Tengah scroll Shopee terjumpa hair clippers jenis Kemei ni. Barang made in China. Zumal beli pada harga RM19.20 tapi harga sekarang lagi murah tau, RM18.60 jer. Rugi beli awal. Hahaha. 😂

Dalam set tersebut terdapat 1 unit hair trimmer, 1 charger, 1 desktop holder, 3 clip mata, 1 cecair minyak mesin dan 1 berus. Macam dalam gambar di bawah.


Kalau korang berminat boleh tengok di link berikut ini https://shopee.com.my/product/28732321/438133273?smtt=0.99141706-1606923446.9 Hair trimmer ni nipis dan mudah dipegang. Bunyi pun tak bising. Kualiti tu sesuai dengan harganya. Maybe nak bagus kena beli yang ratus-ratus macam kedai guna. Zumal bagi review 5 🌟 untuk produk ni dekat Shopee. Seller ni cepat proses order, Zumal order petang esoknya seller dah pos dan lusanya sampai kat tangan.

Zumal fikir kalau pergi gunting rambut di kedai pun dah RM15, tahan sebulan. Kalau beli barang ni, beli sekali tahan berbulan-bulan. Jimat sikit kosnya. Ok la jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Kat sini pun boleh SHOPPING




You May Also Like

45 insan berbicara

  1. this is a very good testimony!!!!! thanks boleh beli hadiah dekat adik2 lelaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca. Bagus produk ni cuma kalau nak trim rambut kena ada skill juga. Zumal siap rosakkan rambut sendiri. Hehe. Berani untuk shaving dari nak potong rambut 🤭

      Delete
  2. beli sendiri ada mesin ni lg jimat Zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat jimat. Sepatutnya dari dulu dah beli...

      Delete
  3. hehe berbaloi beli ni. jimat duit.

    ReplyDelete
  4. hah senang bole gunting rambut sdiri kan..yela dgn keadaan covid skarang ni sure riso nk p kedai gunting rambut kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang risau sis, tambahan pula pangsapuri ni banyak pekerja kilang top glove yang banyak kes tu

      Delete
  5. kena bijak bertindak...good2

    ReplyDelete
  6. abe kie guna pisau cukur tradisional gillette turun-temurun tu je. selesa pakai sejak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lebih nipis, zumal pakai juga pisau cukur tu

      Delete
  7. tunjuk la sikit rupa lepas gunting cara jinat nie..

    mana tahu boleh berminat juga

    ReplyDelete
  8. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. Wak pun tak pernah gunting rambut kat barber
    pakai alat ni, pn is3 jadi tukang gunting.
    Pakai mata no 1 semua.

    ReplyDelete
  10. elok la beli time pkpb ni mudah saja potong rambut kat umah aje kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nak pergi kedai gunting rasa seram

      Delete
  11. pernah beli gam. leh buat trim sideburn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh info menarik ni. Nanti zumal pun nak beli la

      Delete
  12. tak bising yea?sebab nk beli utk cukur bulu kucing..die takot ngan bunyi heheheh
    wahh jimat zumal..sekali potong rambut pon berbelas belas..beli ni boleh guna banyak kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Nad. Bunyinya tak sebising yang barber duk guna tu. Memang jimat banyak bila ada benda ni...

      Delete
  13. macam menarik je...Beli gak lah..

    ReplyDelete
  14. wahh nanti boleh jadi hairstylist hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nak merosakkan rambut tu ada la

      Delete
    2. haha.. habis la rambut customer nanti hehe

      Delete
  15. Masalahnya bukan pada barang. Tapi orang yang menggunakannya. HAHA. Husband ada beli jugak benda ni dan Eza yang tukang trim. Memang sedih ya ceritanya. Kesian rambut husband.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dinafikan perkara tu terjadi 🤭

      Delete
  16. Harga dia pun tak mahal kan compare to brand lain.

    ReplyDelete
  17. haaa...yg ni biasa tengok shopee...pilihan ramai

    ReplyDelete
  18. Wah, clipper kecil ini bisa juga untuk shaving ya ?.
    Bumisa hemat beaya nih tak perlu beli pisau cukur lagi

    ReplyDelete
  19. Mama saya pun beli hair clipper di Shopee tapi jenama Geemy.
    Quality bagus juga.

    ReplyDelete
  20. I beli yang xiaomi punya
    walaupun mahal sikit tapi bertahan lama juga
    then ni hair clipper kena maintain, sblm pki kena sapu minyak sikit kat pisau sana

    ReplyDelete
  21. rasanya setiap lelaki mmg wajib ada sebuah ni

    ReplyDelete