Zombie Detective

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Hujung minggu camni korang buat apa? Kalau zumal yang berada dalam zon PKPB ni hanya mampu tengok phone aje la. Nak buat kerja part time pun risau sebab Zumal ni tergolong dalam golongan berisiko tinggi sebab ada asma yang hampir kronik juga. Jadi kita layan drama je la.

Sejak tinggal di Setia Alam ni Zumal gunakan telco Maxis jadi bila langgan pakej unlimited sebulan dapat pula free akses viu untuk sebulan juga. Oleh itu secara automatiknya Zumal layan drama hari-hari walaupun rumah tak ada tv.

Drama pertama yang Zumal tonton dalam viu adalah Zombie Detective. Ini adalah drama Korea yang dibintangi oleh Choi Ji Hyuk dan Park Joo Hyun.

Drama ini mengisahkan Kim Moo Young telah terbunuh dalam satu kes. Bila dia tersedar, dia berada dalam longgokan sampah. Dia dah hilang ingatan siapa diri dia yang sebenarnya. 

Setelah 2 tahun dia berusaha untuk kembali hidup seperti manusia agar dia mampu berjalan macam manusia, mampu makan seperti manusia dan mampu kerja seperti manusia. 

Selepas 2 tahun dia masuk ke bandar dan cari kerja untuk dapatkan duit untuk sara kehidupan. Akhirnya dia menjadi seorang detektif. Bayangkan zombie jadi detektif. Macam mana dia boleh jadi detektif?

Untuk mengetahui lebih lanjut, korang kenalah install viu dan upgrade ke premium untuk dapatkan akses drama ini. Kalau belum ada viu install melalui link Zumal ni yer https://viu.app.link/IU3lX6Lltab nanti korang dapat free akses 30 hari dan paling penting Zumal pun dapat juga 🤭😁

You May Also Like

24 insan berbicara

  1. Time PKPB ni memang banyak masa berada di rumah. Kadang-kadang naik boring dibuatnya. Tapi kalau layan drama yang diminati memang best!

    ReplyDelete
  2. take care, duit penting betul, tapi kesihatan lagi penting ... jga diri ya..
    layan la drama byk2 utk hilangkan bosan :)
    come to my blog hahaha tapi i tak review korean sngt sbb tak layan korean sngt.. more to japanese, chinese and thai, english juga :)

    ReplyDelete
  3. zombie hensem, nak jadi apa pun boleh hahaha

    ReplyDelete
  4. Yap.. terkenang masa tempoh PKP kat PJ selama berbulan2 jadi penunggu rumah dan mengadap tv dan hp. Layan Korea. Masa tu memang femes drama Korea A World of Married Couple hehe..

    ReplyDelete
  5. mcm best je citer ni. kena masuk dlm list ni,

    ReplyDelete
  6. Kiranya dia terbunuh dan mati. Then jadi zombie ye. Itu yang tajuk Zombie detective tu. Boleh layan lah cerita ni

    ReplyDelete
  7. di korea zombipun boleh jadi mato2 golap kan

    ReplyDelete
  8. 😁 Hihihi...Zumal pun layan crita Korea rupanya. Akak mula addicted sjk mco bln Mac. Dulu tengok yg period drama ja, skrg yg moden pun akak tengok. Lagu2 tema dorg pun best.👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal sebelum ni layan movie je, lepas berhenti jadi guard terlayan drama2 pulak hasil hasutan housemate 😂

      Delete
  9. Cam best je citer ini.leh tgk time pkpb nie 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, citer baru ni. Episod pun tak habis lagi

      Delete
  10. menarik jg ni... ok akan dipertimbangkan utk ditonton jg ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ni tak sabar tunggu sambungan episodnya setiap Ahad

      Delete
    2. ooo setiap ahad... ok. since weekend x g memana boleh laa nk layan haha

      Delete
    3. Yer, episod baru keluar setiap Ahad. Sekarang dah episod 20

      Delete
  11. menariknya jalan cerita dia tak mcm cerita lain la

    ReplyDelete