WARUNG NASI SHUKRI

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni tak review movie atau drama yer. Kita review kedai makan pulak.

Isnin lepas housemate zumal iaitu Ijoy ada nampak satu post Kedai Nasi Ganja Setia Alam di facebook. Bila Ijoy check rupanya lokasi tu dekat je dengan kediaman kami. Disebabkan dah tengah hari tak plan nak masak megi atau beli makan lagi jadi kami pun keluar mencari kedai tersebut. Nama kedai tu Warung Nasi Shukri, terletak berdekatan Pangsapuri Sentosa Setia Alam. Nak pergi korang boleh waze atau buka google map jer.


Ini bukannya review berbayar tau, tapi ikhlas dari hati nurani yang suci gitu. Hahaha. Zumal review kerana ianya adalah pilihan kedai makan terbaik yang zumal jumpa sejak tinggal di Setia Alam ni.

Jom tengok apa istimewa Warung Nasi Shukri ni, pertama nasi ganja ni fevret zumal ada ciri-ciri rasa utara. Keduanya tempat ni parking mudah. Ketiganya korang boleh tambah nasi percuma jer tau. Keempat air pun refill percuma. Kelima dah tentu sedap dan berbaloi dengan wang anda.


Dekat Warung Nasi Shukri ni kaunter untuk ambil nasi dan lauk ada kat luar, mudah la orang nak tapau bawak balik tak perlu masuk kedai. Nak makan di kedai pun korang kena pilih lauk kat luar lepas tu masuk cari tempat duduk. Dari awal kami datang makan, orang tak putus-putus datang tau.

Ok la itu saja review zumal, kalau tulis panjang lebar tentang makanan ni nanti zumal jadi lapar pulak. Sekian.

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. rasa macam familiar laa zumal resto ni... tp x penah try lg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada cawangan kat tempat Anies kot

      Delete
    2. xde... area sy byk resto mamak je

      Delete
    3. Ooo ke kenal owner dia. Sebab tengok ada beberapa blogger kenal owner ni. Zumal je tak kenal 🤭

      Delete
  2. oh dkt setia alam je..sure ramai pelanggan dgn tmbh nasi percuma & air refill kn...peminat nasi ganja bole la try sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kena beratur juga sis tapi cepat la dorang bungkus tu

      Delete
  3. dah lama teringin nak try nasi ganja yg dekat ipoh tu tapi tak berkesempatan

    ReplyDelete
  4. sedapnya menu restoran tu rajin zumal review cari pahala tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua dapat manfaat. InsyaAllah Aamiin.

      Delete
  5. Apabila peniaga tidak berkira dengan pelanggan, rezeki pun datang tanpa berkira kepadanya semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semoga bisnes mereka berkembang lebih maju...

      Delete
  6. Bagus pemilik resto berikan nasi tambah dan air refill percuma. semoga murah rezeki dia. makanan pun sedap berbaloi dengan wang okaylah tu. boleh pergi selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, bila orang rasa berbaloi pasti orang pergi selalu

      Delete
  7. tgk gaya nasi sedap ni :)

    terus lapar tau! hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  8. oo lauk ala utara ye kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk tu maybe sama ja cuma nasi jenis ni popular kat utara ala-ala nasi kandar

      Delete
  9. Selalu jugak teman ke Setia Alam nie... Biasa ke Setia City Mall je... errkkk.... refill lauk pun free jugak... kikikikikiki... mungkin taidak kan... kalau betul laa... waaa, seronok la kome...

    ReplyDelete