JANGAN BUANG KLIP BUNGKUSAN ROTI

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Korang selalu beli roti tak? Confirm ada kan? Selalunya apa yang korang buat dengan klip bungkusan roti tu? Buang? Jangan buang kerana ianya susah dilupuskan kerana dibuat dengan bahan plastik. Hari ni zumal nak share apa boleh dibuat dengan klip roti tu.



Pertama sekali korang boleh gunakan klip tu sebagai pengikat wayar kabel charger atau pun kabel earphone. Senang nanti wayar korang dah tak serabut lagi.


Seterusnya korang boleh gunakan klip bungkusan roti tu sebagai penanda hujung tape. Maklumlah tape ni kalau kita hilang penanda susah nak cari balik.


Selain itu, klip bungkusan ini boleh juga dijadikan penanda buku. Ohsem kan. Banyak buku, banyak kena guna klipnya 🀭


Di samping itu, klip ini juga boleh tanda kunci. Ialah kunci kita banyak kekadang kunci mangga bentuk sama, jenuh nak test satu-satu.


Kemudian korang boleh juga guna sebagai penanda wayar, yela kekadang wayar semua sama. Nak guna wayar lain terambil wayar lain.


Selain tu korang juga boleh guna klip ni macam dalam gambar. Tak payah cari wayar kat lantai just klip kat meja ja.


Stokin selalunya lepas basuh mesti susah cari pasangannya. Ok lepas ni sebelum nak simpan klip sesiap.


Selalu kalau minum air tak habis letak kat atas meja yang sama mesti confuse mana satu gelas kita kan. Sekarang tanda macam dalam gambar.


Akhir sekali, sliper. Sliper flip flop selalunya ada masa aku terkeluar atau kita sebut tali putus. Selalu tak putus cuma dia terkeluar dari lubangnya. Biasalah dah lama guna lubang tu pecah jadi kita sendallah dengan klip bungkusan roti. Selamatlah sliper kita untuk guna seminggu dua lagi.

Hmmm itu saja perkongsian zumal tentang penggunaan klip bungkusan roti. Semua gambar dan idea ni adalah dari laman berikut 

You May Also Like

36 insan berbicara

  1. Tq Zumal sharing info.
    Good idea.

    ReplyDelete
  2. emmm... patut boleh tambah lagi tu... plastik roti tu pun kita boleh gunakan semula... contoh, untuk bungkus buah mangga di pokok tu...

    ReplyDelete
  3. Slipper tu memang berguna sangat kegunaan klip roti. Slipper lembut msti asyik tertanggal.

    ReplyDelete
  4. Yang kasut tu, mmg betul la... totally berguna.. kenapa tak pernah fikir pun sebelum ni, ish! thanks sbb sharing this idea :)

    ReplyDelete
  5. Memang banyak fungsinya, kan? Akak selalu kumpul untuk ikat muffin atau goodie bags :)

    ReplyDelete
  6. byk kegunaan klip roti tu ye..tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Banyak cara boleh guna rupanya. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. baru saya tahu kegunaannya bro..

    kreatif sungguh orang yang menemui idea tersebut

    ReplyDelete
  9. Eh! Baru tahu banyak juga gunanya klip bungkusan roti ini ye. Tq for sharing Zumal.

    ReplyDelete
  10. Banyak kegunaan klip bungkusan roti. Lepas ni kena simpan.

    ReplyDelete
  11. sejujurnya memang selalu buang uuhuhu

    ReplyDelete
  12. wow byk betul kegunaan klip roti ni. mama dah start kena simpan la nanti

    ReplyDelete
  13. jaman study dulu sy kumpul byk2 then satukan buat key chain😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow betul punya collector ni πŸ˜‚πŸ€­

      Delete
  14. Selalu awak buang je...Bagus juga share pasal ni...

    ReplyDelete
  15. Tak terpikir pun . Tips yang bagus. Nanti tak susah lagi cari hujung tape :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Zumal ada lagi satu benda yang pernah zumal cuba, buat extension mask 🀭

      Delete
  16. Serbaguna ni. pasni leh simpan banyak². selalu main buang je

    ReplyDelete