REWARD DIRI DENGAN E-PENJANA

by - 7:09:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Masa Raya Aidiladha yang lalu kerajaan Malaysia telah mengkreditkan e-wallet e-Penjana sebanyak RM50. Alhamdulillah zumal salah seorang yang menjadi penerima e-wallet tersebut. Terima kasih kerajaan Malaysia.

Zumal blur la bila dapat e-wallet nak beli apa dan kat mana? Zumal redeem masa tu juga dalam aplikasi Grab. Alhamdulillah esok paginya Zumal dah terima e-wallet tersebut. Disebabkan ada satu aplikasi shopping yang membolehkan kita guna e-wallet iaitu PG Mall jadi zumal apa yang best kat situ. Zumal beli vacuum kereta dan juga jam tangan SKMEI. Zumal tengok dorang jual jam tangan SKMEI ni dalam FB mahal (macam zumal duk jual juga 🤭) jadi zumal jumpa official store SKMEI dalam PG Mall. Zumal terus pilih jam yang berkenan letak dalam cart. Alhamdulillah murah. Lepas tu PG Mall ada bagi diskaun lain pula, jadi semakin murah harga jam tu. 

Disebabkan zumal tengah sengkek sekarang ni vacuum kereta tu bukan beli untuk diri sendiri tapi Zumal jual semula dan disitu zumal dapat jadikan e-wallet tu kepada cash money. Senangkan 🤭

Jam je tak jual sebab jam tangan sebelum ni dah putus talinya pastu jam sebelum bukan original jadi ni la jam tangan zumal pertama yang ori tau. Walaupun murah ianya original dari store SKMEI sendiri. Nanti kalau rasa macam sesak boleh jual pula sebagai barang preloved kan 🤭

Sekali lagi terima kasih kerajaan Malaysia. Ok korang dah guna e-Penjana tu? Cepat tau guna, nanti tarikh tamat terus lebur. Opp lupa pulak, kalau nak beli mask, boleh klik banner besar kat atas blog zumal ni yer.

You May Also Like

19 insan berbicara

  1. abe kie habiskan rm50 tu dgn beli barang dapur je. tu pun x cukup! Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bagus juga tu. Zumal beli juga sikit barang dapur tapi lepas menjual vacuum yang beli guna e-wallet tu 🤭

      Delete
  2. sama lah zumal, kak ana beli kuali kat lazada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm kuali yer, rasa macam kena beli juga tu. Nanti la masuk job lain nak beli periuk dan kuali

      Delete
  3. Lawa jam zumal..shida bayar bill je rm50 tu..

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH DAPAT MENFAATKANNYA SEGERA

    ReplyDelete
  5. wahhhh patut laa ada bau kedai😊😊

    sy x claim lg...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Zumal, cantik jam tue.. akak pulak beli mask😆..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerajaan bg e-penjana. GV sudah guna beli ubat dan air minuman tealive. huhu

    ReplyDelete