Akan Bersama Tapaw

by - 1:40:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dari tempoh awal PKP sehingga ke PKPP ni memang tidak dapat dinafikan keadaan poket semakin tenat. Begitulah nasib zumal yang hanya fokus pendapatan dari online semata-mata. Walaubagaimanapun zumal tetap syukur kerana rezeki tu tetap ada. Tak pernah la putus rezeki, putus makan tapi zumal tetap mencari peluang untuk menjana pendapatan dari semasa ke semasa termasuk la menjadi streamer game kat Facebook. Tapi hari ni bukan hal itu yang ingin zumal kongsikan.

Baru-baru ini zumal memang akan usha setiap peluang kerja yang timbul di timeline Facebook. Dan zumal bertemu dengan satu peluang kerja sebagai rider/runner untuk sebuah syarikat penghantaran baru iaitu Tapaw. Semalam bermulalah hari pendaftaran untuk menjadi rider/runner. Nampak memang jem teruk server semasa pendaftaran hari pertama ini kerana terlalu ramai yang mencari peluang kerja baru ataupun baru nak bekerja.

Zumal pula hampir putus asa kerana tak dapat nak daftar pada awalnya. Tapi Alhamdulillah semasa Subuh pagi ini pendaftaran berjaya dilakukan lebih mudah. Maybe tak ramai orang guna web tersebut masa subuh. Walaubagaimanapun kerja ini akan bermula dalam akhir bulan 8 ataupun awal bulan 9. Buat permulaan Tapaw akan fokus kepada penghantaran parcel sahaja. Dan pada bulan 11 nanti Tapaw akan memulakan penghantaran makanan juga. Pada zumal bidang ini memang semakin diperlukan kerana perniagaan online tumbuh bagai cendawan jadi perkhidmatan penghantaran memang sangat diperlukan. 

Zumal harap zumal dapat menjadikan Tapaw sebagai platform untuk memulakan kerjaya baru. Pendaftaran pun sangat mudah serta syaratnya tidak begitu ketat seperti syarikat lain. Paling penting ianya di seluruh Malaysia. Jadi zumal pun rasa inilah masanya pilih kerjaya baru. Kepada anda diluar sana jika anda berminat menjadi rider atau runner Tapaw ataupun anda ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran Tapaw boleh rujuk di link ini  https://tapaw.com/duniazumal

You May Also Like

18 insan berbicara

  1. All the best Zumal. InshaAllah u can do it.

    ReplyDelete
  2. Take care zumal, semoga murah rezeki ;)

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya dan selamat tapaw rezeki ;-)

    ReplyDelete
  4. GV doakan yang terbaik untuk Mr Zumal. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  5. semoga zumal beroleh rezeki nanti bersama Tapaw..aamiin

    ReplyDelete
  6. good luck zumal semoga bertambah murah rezeki

    ReplyDelete
  7. Semoga bertambah rezeki dalam kerjaya zumal!
    Runner kerja tu rasa fun juga sometimes kalau zumal suka bertemu org dan jln-jln

    ReplyDelete