PENGEMBARAAN SOLO

by - 8:52:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi dalam coretan seorang blogger pemalas ini. Malas nak taip wei. Hmmm. Tapi kalau ada job review Zumal akan rajin menaip dan menggoreng secukup rasa. Hari ni cuma nak kongsi satu plan yang agak besar dan mencabar bagi seorang Zumal yang blogger sepenuh masa ni.

Apa plan Zumal? Zumal rancang nak buat pengembaraan solo ke seluruh Semenanjung Malaysia. Zumal nak drive cik tam jer. Kalau ada madu cik tam InsyaAllah bawak madu cik tam la. Setakat sekarang belum boleh pinang madu untuk cik tam tu. 

Zumal plan akan gerak dalam pertengahan tahun atau hujung tahun 2020 ni. Itu pun andai rezeki masyukkk lebat la. Plan Zumal akan bergerak dari Perlis melalui Kedah, Perak, Kelantan, terus ke Terengganu, Pahang, Johor, lepas tu naik semula ke utara melalui jalan Pantai Barat pula. Nak singgah beberapa tempat menarik yang ada di Malaysia ni.

Sekarang ni Zumal nak sediakan peralatan sampingan untuk kegunaan sepanjang pengembaraan solo Zumal. Mula-mula nak beli solar generator, inflatable bed untuk kereta, dan gadjet-gadjet lain seperti kipas, peralatan masak, powerbank, camera dan lain-lain. 

Zumal dah usha beberapa barang secara online tu. Harga mampu milik juga.
Solar panel beserta generator

Inflatable bed

Kipas
Solar generator tu untuk guna masa malam jer. Time tidur. Zumal plan nak tidur dalam kereta je buat kekonon campercar. Hmmm selalu campervan jer. Dulu dengan family pernah pusing dengan van. Ayah minat camni juga. 

Nanti dah kaya boleh mengembara dengan motorhome pulak. Dari kecik nak buat benda ni tau. Sekarang baru idea datang semula. Mungkin Zumal akan selit kerja-kerja amal sikit. Sebelum kena kaji dulu kat mana nak pergi. Andai ada nak support, sponsor trip ni boleh Whatsapp 01164053228. Kalau nak tampal stiker kat kereta pun boleh juga. 

Semoga dipermudahkan segala perancangan ini.

You May Also Like

22 insan berbicara

  1. Semoga perancangan akan jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Asalam Zumal..sentiasa hati2 dalam pengembaraan mu ya. Ingat Allah ..dirikan solat ya

    ReplyDelete
  3. boleh dikatakan plan yang hebat dan gempak ini

    ReplyDelete
  4. terbaek.. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  5. wah ada niat jadi traveller sepertinya bang.. mantap

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan segalanya bro =)

    ReplyDelete
  7. wah !! bestnya !! semoga Dia permudahkan urusan Zumal.. singgah KL nanti roger.. hee~

    ReplyDelete
  8. dulu wak pon sama jalan2 semenanjung.. hujung tahun musim tengkujoh sikit lagi tersangkut kat pantai timur tuhh sbb banjir., huhuhu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Zumal, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  10. mudah2an dipermudahkan... aminnn

    ReplyDelete
  11. wahh..menarik plan mcm ni..adventure tau..tak perlu check in mana2 hotel...bawak khemah ke pun best jgk..jimat!!! semoga plan zumal terlaksana ye

    ReplyDelete
  12. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete
  13. ada juga berangan-angan nak buat tapi kena kiv juga le dulu

    ReplyDelete