5 Most Delicious and Yummi! Malaysian Foods to Try Now!

by - 8:01:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sekarang Zumal cuma makan tidur dekat rumah, kiranya celik mata teringat makan lepas makan sambung tidur. Percaya tak? Yer la sekarang nak makan tak perlu pandai masak, walaupun tak nak masak kita dah tak perlu keluar rumah untuk pergi makan atau tapau makanan. Dunia semakin mudah, order makanan kegemaran hanya di hujung jari jer. Nanti abam-abam rider datang hantar depan pintu. Senang kan 🤭✌️

Duduk di Negeri Perlis ni satu-satunya servis food delivery yang ada tentulah FoodPanda. Jadi kesahnya Zumal selalunya order makanan kegemaran melalui FoodPanda Malaysia Delivery jer. Mudah, murah dan cepat perkhidmatannya. Kadang-kadang terjaga tidur di tengah malam pun jadi lapar, tak selak selimut lagi dah order makanan. Tak sempat basuh muka rider dah sampai. 

Opps. Hari ni Zumal bukan nak membawang cuma nak kongsi dekat korang 5 most delicious and yummi Malaysian foods to try now! Korang mesti suka makan macam Zumal, tak gitu? Korang ni rakyat Malaysia mesti suka makanan yang bakal Zumal listkan di bawah ni...

1. Nasi Lemak

Rakyat Malaysia kalau tak kenal nasi lemak memang pelik la yer. Nasi lemak ni kalau sambal dia manis-manis pedas fuh terangkat la! Kena pula dengan ikan bilis rangup dan telur rebus bersama. Memang menu yang sangat rare. Inilah menu kegemaran Malaysia yang tak lupus ditelan zaman. Sekarang ni dipelbagaikan lauk seperti sambal sotong, ayam goreng, paru goreng, ikan masin fulamak tak sedar orang lalu dekat belakang beb!!!

Nasi Lemak

2. Nasi Kandar

Nasi Kandar adalah menu yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutama orang Penang. Tapi sekarang nasi kandar boleh didapati diseluruh Malaysia. Nasi Kandar adalah nasi putih atau nasi kuning yang dipadankan beraneka lauk seperti ayam goreng, limpa, paru, daging dan sebagainya. Paling penting adalah kuah yang dicampur-campur sampai banjir. Zumal nak tulis ni pun dah terliur tau. Menu yang pasti semua orang suka.

Nasi Kandar

3. Satay

Menu yang turut popular sejak dahulu kala iaitu satay. Tempat ada satay pasti ramai pelanggan. Suatu masa dulu satay hanya ada ayam dan daging, sekarang korang boleh cuba satay arnab, satay rusa, satay perut, satay kambing dan macam-macam lagi variasi menu ini. Satay ini dipadankan dengan kuah kacang. Lagi pekat kuahnya lagi ngam. Ada juga makan satay bersama nasi impit (ketupat nasi). Menu yang disukai semua kaum tak kira tua atau muda.

Satay

4. Roti Canai

Roti Canai boleh dikategorikan menu ringan yang selalu rakyat Malaysia makan semasa sarapan. Kini 24 jam dah boleh makan roti canai. Roti Canai merupakan menu yang sangat disukai dan sudah ada pelbagai variasi. Roti Canai boleh dimakan bersama kuah kari, ada juga yang makan bersama susu. Korang suka roti canai kosong ke? Roti canai telur ke? Roti canai sardin ke? Terpulang selera masing-masing. Nak makan roti canai jangan lupa order dengan FoodPanda Malaysia Delivery yer. Tak perlu lepak restoran mamak dah sebab mamak pun join dalam app juga.

Roti Canai

5. Cendol

Musim panas dan kering macam sekarang inilah menu paling rare dan disukai semua iaitu cendol. Kini cendol pun dan macam-macam jenis, ada cendol pulut, cendol durian, cendol strawberry, cendol mangga dan banyak lagi. Cendol selalunya pengganti minuman tapi bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, ia juga boleh berikan kita rasa kenyang kerana pelbagai bahan yang dicampur di dalamnya seperti sagu, buah-buahan, kacang, agar-agar, puding dan banyak lagi. Sekarang cendol pun boleh order di FoodPanda Malaysia Delivery juga. Eh, Zumal pun nak makan cendol juga ler. 

Cendol
Sebenarnya banyak lagi menu Malaysia yang harus korang cuba. Ini hanya sebahagian citarasa Malaysia yang tak lupus dek zaman. Dengan adanya aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery ini, kita tak akan terlupa menu-menu yang sinonim dengan rakyat Malaysia ini. 

Korang terasa lapar ke? Apa lagi download aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery dan order. Abam-abam rider sedia menghantar menu kegemaran korang 24 jam sehari. Dengan Food Delivery ini nak makan cukup mudah kan 😁✌️

You May Also Like

32 insan berbicara

  1. Ya Allah dugaan apa pagi ni nampak semua makanan sedap2 ni :)

    ReplyDelete
  2. semua makanan yang menyelerakan tekak saya nie

    ReplyDelete
  3. cuaca pana sskarang..dpt cendol tu best

    ReplyDelete
  4. X penah guna app ni even grab food pun x penah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal guna app sebab kekadang sesak nak gi bank. Parking full selalu

      Delete
  5. terbaek.. semua febret ejulz ni :)

    ReplyDelete
  6. Semua Tu favourite mama zumal.. alahai ngifam Pula nak makannsate.. jemput join GA terbaru mama ye.. rm1000 utk dimenangi

    ReplyDelete
  7. ampun !! tu seme sedap wey.. hahahaha~

    ReplyDelete
  8. kat kawasan kampung people kami di kedah ni hanya bandar besar ja la yg ada food panda. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh gitu yer. Semoga perkhidmatannya diperluaskan

      Delete
  9. Assalamualaikum Tuan Zumal, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Kunjungan perdana ke blog ini dan saya followed blog ini. Mantap ulasan makanannya, menggugah selera

    ReplyDelete
  12. Hahaha kali ni balik Malaysia first serang nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, adik saya sudah mau balik yer. Welcome back to Malaysia ✌️

      Delete
  13. banyaknya menu..Zumal..semoga kita dijauhi penyakit bahaya. aamiin

    ReplyDelete
  14. all this food is my favourite especially SATAY hihihih

    ReplyDelete
  15. amboi terbaca plak entri ni pukul 12.40 pagi,
    nasi kandar tu memang memanggil2 pulak, kena panas - panas

    ReplyDelete