Nak TAMBANG MURAH? Kena BIJAK!!

by - 10:03:00 pm

Nak TAMBANG MURAH? Kena BIJAK!!
   
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal nak kongsi sikit pengalaman masa duk merantau di Kuala Lumpur. Sebenarnya tak la tinggal di Kuala Lumpur cuma selalu la pergi sebab dekat dengan tempat tinggal Zumal time tu di Klang. Spesifiknya Pulau Indah. Kalau korang nak tau duk di Pulau Indah lebih boring dari duduk di Perlis ni. Zumal pergi sana sebab masa tu ayah dan mama nak pergi Haji. Berbulan juga duduk sana. Sebelum Raya Puasa dah jadi penduduk Selangor. Nak belajar selok-belok jalan, bisnes family sebelum dorang berangkat pergi Haji.
Ni gambar ayah dengan mama di KLIA baru sampai dari Mekah

Disebabkan duduk di Pulau Indah tu boring jadi Zumal keluarlah lepak di mall-mall di Kuala Lumpur. Kalau tak pergi Kuala Lumpur pun, sekadar pergi Bandar Botanic dan Bukit Tinggi Klang. Situ banyak mall. Boleh jalan-jalan cuci mata serta cuci dompet bagi licin. Confirm licin la tengok macam-macam ada. Barang dan makanan bercambah tak macam di Pulau Indah.

Oh apa pengalaman yang Zumal nak kongsi sangat tu? Well known, Kuala Lumpur ni tempat popular jadi tumpuan ramai. Bukan saja warga Malaysia tapi termasuklah guest dari luar negara seperti China, Singapura, Jepun, Korea, Iran, Amerika, India, dan macam-macam lagi la. Bangladesh dan Nepal pun ramai cuma dorang bekerja bukan melancong. 
Gambar termenung akibat rindu, rindu kat sapa kena baca bagi habis

Kisahnya semasa Zumal berjalan-jalan di KLCC dulu ada guest dari Iran ni datang bertanya. Zumal ni cuak juga sebab bukan faham English sangat pun tapi disebabkan anak dara dorang tu lawa jadi Zumal layankan je la apa dorang nak tanya. Lelaki Iran nak minta pandangan Zumal the fastest and easiest way untuk ke KLIA. Zumal pun dengan semangat la bercerita kat dia ada banyak pilihan nak pergi ke sana. Zumal beritahu dorang boleh pilih sama ada nak guna private transport ataupun public transport. Pada mulanya dorang pilih untuk guna public transport, so Zumal suggest KLIA Transit yang paling mudah untuk ke KLIA. Sejak Zumal jadi pengguna tegar Traveloka ni, memang expert la nak book itu ini dalam Traveloka ni. So Zumal pun search book cheap KLIA Express Tickets Traveloka dan keluar la beberapa result. Jadi, dengan konfidennya Zumal cakap la dekat dia "Sir, I can book cheap KLIA Express Tickets for you if you want." Dorang minta discuss kejap dan sambil tu Zumal soal siasat anak dara dorang tu, rupanya baru umur 20 tahun. Patut la cun. Hahaha. Kemudian dia kata jom ikut dorang pergi makan-makan sebagai tanda terima kasih. Zumal pun on jer. Maklum la pada masa tu Zumal memang terniat nak makan maklumlah dah tengah hari time tu. Kalau korang nak tahu ni la first time pelancong belanja Zumal makan. Rezeki jangan ditolak. 

Kalau korang nak tahu lepas makan tu dorang ajak teman masuk Aquaria. Fuh mahal tu, tapi dah dorang nak belanja apa salahnya terima. Untuk warganegara macam kita ni kena bayar RM35 je tapi dorang bertiga kena bayar mahal la. Macam Zumal kata tadi rezeki tu jangan ditolak. Masuk kali tu dah 4 kali la masuk dalam Aquaria ni. First time masuk situ dengan adik Zumal, second masuk dengan ex girlfriend, kali ketiga sorang-sorang layan stress tengok ikan berenang. Ni kali keempat dengan bakal mertua gamaknya. Ish gurau je la. Siapa la nak kat orang bulat macam Zumal ni kan.
KLIA TRANSIT

Jadi dah alang-alang buka cerita bab ni, Zumal nak share la dekat korang mana yang nak pergi airport tu, kalau malas nak drive, korang boleh jer pergi by train. Kalau pilih by train ni ada 2 pilihan. Satu KLIA Transit dan satu lagi ialah KLIA Express. Beza antara kedua train ni ialah KLIA Transit akan berhenti beberapa station sebelum sampai ke airport manakala KLIA Express pula akan terus bawa korang ke airport tanpa berhenti di mana-mana. Untuk masa perjalanan pula, KLIA Express hanya memakan masa selama 30 minit dan kekerapan train adalah setiap 15 minit semasa masa puncak. Jadi nak cepat korang ambil la KLIA Express.

Ok la cerita semula pasal pelancong Iran tadi, hari dah petang kami pun dah habis tawaf Aquria KLCC dan bawak dorang bergambar di kawasan Suria KLCC. Dorang kata tak jadi pulak nak pergi KLIA by train maklum la banyak sangat barang nak bawa. Shopping gift kat Aquria KLCC pun banyak gila. Lagi pun dorang risau tersilap train pulak. Maklum la dari KLCC nak kena pergi KL Sentral pulak. Jadi Zumal suggest la dorang ambil airport limo. Bila Zumal sebut limo dorang jadi cuak ingatkan limousine yang panjang macam dalam cerita mat saleh tu. Dorang kata mahal la kalau limo tu. Zumal pun bagi sesi pencerahan dekat dorang "Sir, limousine is just ordinary car. We used it as limo so that will be more attractive and a part of marketing " Tetiba dia berdekah-dekah gelak. Anak dia senyum ja tengok bapak dia tergelak. Mak dia tak tau la senyum ke dak sebab pakai purdah. Hahaha. Ok la dekat bawah ni Zumal senaraikan beberapa benefit yang ada kalau korang ambil airport limo ni. Antaranya:

  • Driver limo ni akan bawa terus ke pintu gerbang airport tu dari tempat pick-up. (Door-to-Door Service)
  • Charge yang dikenakan dah termasuk tol, minyak etc. So tak ada charge tambahan mahupun hidden charge.
  • Tak perlu nak beratur untuk dapatkan taxi sebab bila dah booking dari website traveloka tu, driver tu memang akan datang untuk pick-up kita je.
  • Paling penting servis airport limo dari Traveloka ni beroperasi selama 24 jam.

Lepas je habis ceramah Zumal, terus dorang setuju untuk book airport limo tanpa banyak soal dah. Fuh, terasa bangga kejap sebab dapat beri penerangan sampai dorang faham dan setuju. Hebat juga skill Zumal dalam marketing yer. Boleh minta kerja line marketing pulak nanti. Jadi Zumal pun selesaikan booking dorang, tempat pick up dan destinasinya, settle je bayar, Zumal tunjuk voucher yang Zumal terima dari email dan minta dorang ready untuk limo datang ambil di depan KLCC tu. Zumal pun tolong bawak barang dorang ke tempat yang dah deal tadi. So guys, ingat! Nak murah kena bijak. Traveloka kan ada! Zumal pun suruh dorang download app Traveloka dan mudah nak travel tempat lain pulak nanti. Kalau boleh korang kongsi la info ni agar memudahkan perjalanan korang dan orang tersayang. Eh, lupa nak bagitau Zumal dapat nombor fon awek Iran tu tau. Namanya Una. Ok la sampai jumpa lagi di entri berikutnya. Bye bye 🤭

You May Also Like

12 insan berbicara

  1. Tak pernah lak try Traveloka untuk perkhidmatan limo ni, ingatkan Traveloka untuk booking flight dgn hotel je. Btw pernah sekali je naik bas dari KL Sentral ke KLIA sebab jimat banyak cuma lambat sikit la tapi still okey. Tambang dari KL Sentral ke KLIA cuma RM11 je, bas ada setiap setengah jam mula jam 3 pagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sekarang dah boleh booking limo. Traveloka sentiasa ada peningkatan

      Delete
  2. Rasa mcm lama tak singgah blog ni. Pekabo tuan blog hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ain, lama betul kan. Hehe. Tuan blog ni sihat la sikit2.

      Delete
  3. sy dr dulu mmg guna KLIA transit je. nk murah, dr bandar tasik selatan then trn kt putrajaya. pastu sambung naik trs ke klia/ klia 2. so tambang pn lbh murah berbanding direct ke klia. RM35 (direct). RM14++ (2x stop)

    ReplyDelete
  4. pergi KL portnya pun selalu la KLCC je..ada kolam kan untuk bebudak main air..tp dulu laa... la ni sudah jarang ke sana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi KL budak2 pun nampak KLCC jer sebab macam-macam ada dalam tu

      Delete
  5. Wahh...rezeki dapat kenal tourist from IRAN..oklah tu boleh interaksi dengan org luar..kalau is JM mmg gagap jgk tu nak handle dorang..dpt mkn dan masuk aquaria FREE..bila buat baik akan di balas baik..

    Apa khabar si UNA tu skrg heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ni bukan takat gagap maybe bisu terus. Tu sekali-sekala ja ok. UNA yer. Mana Una tu...

      Delete