KISAH HARI JUMAAT

by - 8:09:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Alhamdulillah hari ni adalah Hari Jumaat yang sangat damai dan tenang. Alhamdulillah juga dapat tunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Syed Putra. Masjid ni lebih kurang 1km lebih je dari rumah.

Masjid Tuanku Syed Putra
Perlis ni kalau korang nak tahu, dalam setiap 5km mesti jumpa 1 masjid. Banyak masjid yang memudahkan umat Islam untuk menunaikan ibadah. Alhamdulillah.

Tahun lepas kerap juga pergi solat waktu dekat masjid ni. Tahun ni kurang sikit kerana faktor kesihatan. Kisah bab kesihatan, tadi lepas solat Jumaat seperti biasa Zumal akan duduk iktikaf di masjid sampai la orang dah lengang dan mudah nak keluar dari parking. Cuma tadi, masa dah tak ada orang di masjid Zumal nak bangun bergerak keluar dari masjid pun rasa macam kaki tak terpijak lantai. Akhirnya ambil keputusan duduk di luar sampai rasa lega. Lagi setengah perjalanan nak ke tampat Zumal parking. Rasanya kena beli tongkat la. Kerana kerap juga tetiba masalah ni jadi.

Tahun lepas, kiranya dah setahun la kejadian sama berlaku di masjid yang sama. Tapi masa tu Zumal dibawa ke hospital dan kena tahan 3 hari. Selain tu Zumal pun ada doa kalau Allah nak tarik nyawa pun biarlah di rumahNya atau tempat yang baik-baik. Mungkin hampir jadi nyata.

Semoga ada rezeki lebih untuk isi petrol ke masjid setiap waktu. Dan di situ tempat akhir hayat ini. Aamiin...

You May Also Like

14 insan berbicara

  1. Allahu....besar sungguh impian zumal...moga Allah makbulkan....ameen!

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan untuk ke masjid setiap waktu.
    Mohon keafiatan dan keredhaan-Nya

    ReplyDelete
  3. sama-sama kita berdoa semoga dijemput Allah swt sebagai Husnol Khatimah.. Aamiin. Zumal hati2 ye kalau boleh elakkan memandu jauh-jauh kalau tak berapa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Thanks Kak Ana.Zumal pusing sekitar rumah jer lagi pun roadtax dah mati sebelum Zumal mati. Hehe.

      Delete
  4. semoga Zuman sentiasa sihat sejahtera

    ReplyDelete
  5. sakit apa tu zumal? semoga diberi kesembuhan dan sihat sejahtera. amin

    ReplyDelete
  6. ehh ehh..mcm nak sama pula kisah sakit tang kaki tu..

    moga pengakhiran kita yang baik-baik sahaja.

    semoga zumal terus sihat untuk berbakti padaNYA dan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Zumal ni ada problem saraf tapi bab bengkak tu ada orang kata berkaitan buah pinggang.

      Delete
  7. moga kita semua beroleh husnul khotimah...

    ReplyDelete