KERJA OH KERJA

by - 2:20:00 pm

Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hmmm buat apa tu? Mesti la korang semua tengah kerja kan? Jangan mengular yer. I report kang.

Hari ni Zumal cuma nak membawang jer. Pasal kerja. Korang tahu ke Zumal kerja apa? Maybe kalau tengok gambar kat atas tu korang boleh imagine Zumal adalah seorang tonto, kaki pukul atau seorang pembunuh upahan yang berjaya. 

Hmmm semua tanggapan korang tu salah. Salah sangat. Zumal hanya seorang penganggur berijazah. Hahaha. I bangga okay. 

Gurau je la. Tapi boleh juga dikatakan betul sebab kalau tak ada job review memang Zumal hanya makan tidur jer. Kalau ada job review baru la boleh dikatakan ada kerjanya. 

Walaupun sebenarnya Zumal sangat susah nak survive tapi Zumal dah biasa hidup macam ni selama 4 tahun rasanya. Bila dah biasa jadi Zumal boleh jer rasa bahagia kalau itu Zumal mahu. Dan bila perasaan tak terkawal boleh jadi trex pun ada. 

Dulu masa kerja lebih stress dari sekarang. Sekarang ni rasa bebas dan boleh buat apa saja. Tapi apa saja yang tak guna fulus la. Kalau guna fulus mana nak cekau beb kalau tak kerja. Apa pun Alhamdulillah kerana kerja hanya dari rumah ni tak la rasa sakit lama datang sangat. Boleh relaks jer.

InsyaAllah kalau hasil pendapatan boleh dikumpul Zumal nak setup studio untuk pergambaran or photoshoot orang kampung I kata. 

Lepas tu Zumal nak setup mini gym untuk kegunaan sendiri. Nak keluar bersenam Zumal tak sesihat orang lain jadi kena ada alat senaman dalam rumah. Tengok dalam Shopee pun murah juga.

Cukup la membawang kali ini. Tapi korang dah baca ke pasal cinta pandangan pertama yang Zumal share sebelum ni? Bacalah kalau nak tahu. BACA SINI.

You May Also Like

10 insan berbicara

  1. amboi pembunuh upahan hehe...kj yg tk stress ni syok la cuma tula bak kata zumal bergantung pd job kena review kn...zaman skarang smua nk guna duit so pandai2 la nk survive kn...kalo kj buat stress baik resign je kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, gaji sikit stress kerja macam ketua jabatan. Baik Zumal duk rumah je.

      Delete
  2. sama la kita...penganggur...hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunah penganggur ada income blog kan. Hehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu wak. Kadang kerja dah buat duit tak dapat

      Delete
  4. wahhh kalau mcm tu bolehlah ambil job photoshoot pengantin. nk dkt hjg thn ni byk majlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lengkap lagi Anies. Tapi kalau untuk pengantin rasanya dorang prefer outdoor. Zumal buat macam dalam studio ja. Tu pun guna fon 🤗

      Delete
  5. betul Zumal..zaman skrg ni..x kerja..mana lah nak dpt duit nak byr itu ini..jadinya..kerja lah apapun janji duit masuk..x perlu nk mewah..dpt rezeki mkn pakai pun syukur dah..semoga murah rezeki zumal..aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal minta semua reject maybe sebab faktor kesihatan. Lelaki ni payah sikit kalau nak jadi kerani bagai. Dorang pilih perempuan jer. Macam kat Klang dulu, minta kerja kerani tapi bila dah kerja benda lain dia suruh buat, basuh kereta, bawak kereta pergi cat, bawak pi bengkel, belajar lerai kereta, pastu bayar pun tak seperti dijanjikan

      Delete