DISEBALIK SENYUM DAN KETAWA

by - 7:11:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Kali ini Zumal nak kongsi sedikit kisah perjalanan hidup Zumal. Bila duduk sorang tiada orang nak bersembang hidup ni rasa sunyi saja.

Kalau korang tengok gambar Zumal memang tak banyak yang senyum rasanya tapi kalau kalau jumpa Zumal dan dah kenal lama memang korang akan tahu Zumal ni mudah ketawa dan senyum. Ceria tu memang tak adalah kalau berseorang jer. Tunggu orang tu wasap pun tak wasap macam dia dah lupakan kita jer. Dia macam chipsmore jer. Selalunya bulan Julai memang aktif la sebab bulan birthday dia. Sapa. Entah la 🤭

Pagi tadi ayah dan mama call tanya khabar dan bila nak balik sana. Hmmm diam je la. Sebenarnya bukan apa, bila Zumal tinggal di sana hidup lagi stress. Nampak dinding, nampak kedai, nampak Bangla, Nepal ja. Lepas tu ada jiran suka gaduh-gaduh sampai dengar satu pulau. Stress ooi.

Tapi Zumal hairan ayah dan mama tak stress pun. Tak sakit macam Zumal masa kat sana. Kalau korang nak tahu, masa tinggal di Pulau Indah sejak sebelum raya puasa, dah 2 kali kaki Zumal bengkak. Doktor kata gout. Swasta la. Tapi ikut klinik kerajaan Zumal ok jer cuma mungkin sebab duduk lama dan keadaan yang tidak selesa. Kenapa tak selesa? Family Zumal tinggal dalam kedai tanpa ada bilik, tidak ruang rehat. Zumal tak boleh macam tu nanti penyakit-penyakit datang terutama saraf ni. Orang tua-tua cakap sakit urat. Hmmm tu bab sakit. Bulan ni kiranya setahun dah kenangan pernah masuk wad. Tu pun sebab stress juga.

Hal lain pula, bab berniaga. Setiap kali buat selalunya gagal. Seronok tengok orang lain berjaya dan hidup senang. Zumal ni jangan kata nak simpan, nak makan pun tak cukup kerana banyak kos-kos pending. Dapat income kena bayar bil, isi minyak beli ubat, makan tu kena skip jer. Pernah dulu-dulu mee segera ada beberapa paket je, sampai tahap Zumal kena makan sehari cuma sekerat. Itu je Zumal bekal untuk guna tenaga seharian. Kadang2 kalau korang tengok Zumal update IG dengan itu ini tu sebenarnya sekadar hadiah. Biasalah hadiah ni kena appreciate kena update la. Tu la buat apa pun tak berjaya. Kiranya semalam pun Zumal makan kerepek je untuk tahan lapar. Hari ni baru dapat beli beras sebab sakit tak mampu jalan. Beras pun beli sekilo je.

Dalam rasa keperitan ini, ada juga mata yang memandang bangga katanya sebab Zumal berani buat keputusan tak kerja. Ya memang berani sebab dulu kerja gaji 600 tapi bila keluar arahan gila dari HQ, Zumal bermalam kat pejabat buat kerja. Dah la minta benda tiba-tiba saja. Lepas tu kalau buat event kena turun, cuti hujung minggu ada event, kekadang event sampai KL tak ada elaun just claim tambang. Nampak sangat menyusahkan. Boleh sakit ada la lepas tu tambah stress.

Zumal tahu bila Zumal update sesuatu di FB personal ada kawan-kawan yang up status berunsur perli, kononnya buka aib diri sendiri. Sebenarnya bukan aib, kalau aib ada lagi besar yang korang tak tahu. Zumal pun kalau boleh tak nak siapa tahu. Zumal tinggal sorang, apa yang Zumal lepaskan semata-mata untuk bebaskan apa yang terpendam agar tak stress lagi.

Kalau korang ada job review jangan lupa rekomen Zumal sama yer. Elektrik dan air tak bayar lagi ni. Adoiiiii...

You May Also Like

28 insan berbicara

  1. moga ada rezeki, samalah saya niaga kecil-kecilan..lepas makan pakai jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mizi, semoga dipermudahkan segalanya

      Delete
  2. Sabarlah ye. Moga dimurahkan rezeki. InsyaAllah dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan seharian.
    Jangan lupa usaha, doa dan tawakkal.

    ReplyDelete
  4. moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan zumal...ameen ameen!

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan semuanya.. Keep strong 💪

    ReplyDelete
  6. Rezeki Allah bagi macam-macam cara. Jangan lupa solat dhuha ye dik...insyaallah ada jalan tu nanti.

    ReplyDelete
  7. sy pun bkn nya bgs nk bagi nasihat bagai. tp 1 perkara yg sy pegang, bla ada masalah, kita rujuk Dia dulu. kebergantungan kpd manusia mmg smpi bila2 pn x kn jumpa jalan penyelesaian. mudah2an ada jln keluar dan dipermudahkan segalanya utk zumal insya allah...

    ReplyDelete
  8. cikazue doakan agar zumal beroleh kejayaan sikit masa lagi.
    Ganbatte!
    jiā yóu!

    jepun korea bubuh semua kat zumal..semangat!

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan semua urusan utk Zumal dan slalu dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  10. siapa yang mcm chipsmore tue ehem ehem hihih

    ReplyDelete
  11. Zumal..dah tiba masanya Zumal carik teman hidup :-) adalah teman berbual nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa la yang nak. Tambahan pulak Zumal macam ni

      Delete
  12. Zumal..jgn sedih2..terharu plak bila baca keadaan zumal yg agak kesempitan..mkn megi pun bagi dua..Zumal jgn putus asa..in shaa Allah rezeki Allah luas..tips dari sis JM..rajin bersedekah walau seringgit dan rajin amalkan solat sunat dhuha..in shaa Allah..akan nampak perubahan dalam hidup..Allah akan mudahkan perjalanan dalam hidup..time duit sikit lah bg sedekah dgn ikhlas..in shaa Allah..Allah akan byr CASH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedekah dan solat tu Alhamdulillah Zumal buat. Kekadang sampai masa nak sedekah xdak apa. Hahaha

      Delete
  13. berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

    saya sarankan Zumal terus bersedekah apa sahaja untuk keluarkan diri dari kesempitan hidup.

    tak mampu sedekah duit..mampukan sedekah tenaga..

    tak mampu sedekah tenaga...kumpul 10 nama yang senasib dan dokan mereka kaya raya..

    doakan mereka adalah sedelah yang cukup mudah..

    nanti bahagian Zumal..biar Allah sahaja tentukan..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin hanya mampu doa, harta tak ada, tenaga pun tak ada. Kalau ada Zumal boleh berniaga atau tolong berniaga macam dulu. Apa pun terima kasih Tuan Hanafi 🤗

      Delete
  14. In Sha Allah Zumal
    sentiasa berdoa agar rezeki dipermudahkan
    solat dhuha jangan tinggal
    try lah apply adsense..

    ReplyDelete