CARI HANTU DI BUKIT JERNIH

by - 9:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni saja Zumal nak kongsi cerita-cerita lama. Kisah ni patutnya Zumal kongsi untuk korang pada bulan April lalu. Entah la tak teringat yang Zumal ada blog. Kongsi dekat IG dan FB jer.

Apa kisah yang berlaku? Sebenarnya bulan April lalu Zumal dapat tawaran kolaborasi dengan Blue Ant Extreme. Blue Ant Extreme ni adalah salah satu channel di Unifi TV. Channel ni banyak kongsi kisah-kisah seram. Cerita pengalaman orang-orang yang pernah alami perkara mistik dan pengalaman orang jumpa hantu. Zumal pun ada la juga. Bestnya dalam rumah sendiri. Now I berani jer tinggal sorang-sorang. Maklum la Zumal lebih hantu dari dia.

Ohhh berbalik kepada kisah kolaborasi tu, Zumal ni antara beberapa blogger yang dapat job ni. Jobnya kena buat giveaway dekat IG. Sebab tu la Zumal lupa share dekat blog. Giveaway pun dah tamat dan dah ada pemenang. Alhamdulillah la.

Untuk buat giveaway tu Zumal dibekalkan topeng hantu, makeup hantu, torch light dan bestnya dapat hoodie UniQlo. Hoodie yang sebijik macam tu Zumal tengok di UniQlo harga lepas diskaun pun dah RM99. Kira untunglah dapat barang free. Pemenang giveaway pun dapat hadiah yang sama.

Kisahnya kan susah betul nak cari lokasi untuk shoot gambar seram ni. Nak cari pelakon pun satu hal, maklum la kerja free, siapa yang nak. Mula-mula Zumal pilih Gua Kelam, tapi bila lintas pintu masuk ja dah kena halau. Kikiki. 

Jadi akhirnya Pak Cik Ghani cadang buat dekat Bukit Jernih, orang sini tahu Sungai Jernih ja. Tapi Zumal bukan pilih sungai, cari bukit dekat dengan kawasan rekreasi tu. Omgeeee betul-betul seram lokasinya. Tak ada orang masuk. Bukit tu banyak gua dan perlu panjat la sikit. Paling best dalam gua tu ada kolam air. Tapi tak terjaga. Kalau jaga confirm cantik dan boleh jadi lokasi perkelahan. 

Gambar yang dipilih untuk disiarkan

Dalam cari port yang sesuai dan menarik tu terlupa la nak cari jari hantu dan rambut untuk hantu Zumal tu. Apa pun Alhamdulillah la boleh la untuk projek kali pertama kan.

Pak Cik Ghani ni lebih excited jadi hantu sampai banyak betul gambar dia. Macam-macam tempat dia bergambar sampai la panjat pokok. Fuh memang terbaik la Pak Cik Ghani ni.

Kiri tu Pak Cik Ghani
Sempat juga la bergambar dengan pelakon watak hantu ni. Cuma cameraman Mohd Salman je malu nak bergambar. Moga di lain waktu boleh bekerjasama dengan krew yang sama. Haha.

Mai Zumal share gambar-gambar lain yang kami shoot di lokasi tu. Pak Cik Ghani harap ada orang cari dia untuk jadi pelakon. Hehe...







Macam mana ada gaya ke Pak Cik Ghani untuk jadi pelakon hantu? Kalau nak details boleh la email Zumal naa. Hehe...

You May Also Like

13 insan berbicara

  1. wahhhh
    lain macam keberanian zumal nih
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Perghhh, bestnyaaa. kaalu tetiba dpt hantu betul lagi gempak haha. minat la benda2 mcm ni..

    ReplyDelete
  3. LAWAK la pak cik Ghani ni...dalam GUA tu.ada lampu tak< takut ada penunggu ikut balik rumah jek..eee SERAM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lampu JM, maybe lampu aladin ada la. Tempat tu tak dibuka untuk orang masuk pun, buat memandai je pergi

      Delete
  4. kalau buat ms malam baru real hahaha

    ReplyDelete
  5. Oaw, I like it. Your journey is so amazing and make me want have one like that. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest ...

    ReplyDelete
  6. wow u kena feature di unifitv show
    kalau i mesti tak berani utk show macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun kalau pergi sorang jangan harap la... Ni pergi 3 orang tau 😁

      Delete