ANEKA MENU MAKANAN LAUT DAN TRADISI MELAYU DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

by - 12:38:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Sejak berhijrah sementara di Selangor ni belum ada Zumal review kedai makan dan restoran kan. Baru-baru ni Zumal terima peluang untuk bersama rakan-rakan blogger lain ke food review di sebuah restoran yang terletak betul-betul hadapan kompleks pemborong terbesar di Malaysia iaitu GM Klang Wholesale City.

Restoran Sisik Ikan Bakar

Restoran Sisik Ikan Bakar dahulunya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok adalah restoran yang Zumal maksudkan. Restoran ini telah ditubuhkan sejak tahun 2013. Menu utama disini adalah masakan Melayu asli dan juga makanan laut. Zumal sangat suka menu ikan bakar tempoyak mereka. Sebenarnya Zumal baru first time makan masak tempoyak dan terus jatuh cinta. Antara menu best mereka Asam pedas Telur Ikan Mayong, Asam pedas Telur Sotong dan Asam pedas Siakap.

Kepah

Sotong Bakar Madu

Tomyam (ada ketam tau)

Siput Lala

Sebahagian menu di meja kami

Tengok wajah-wajah gembira menikmati juadah yang lazat

Selain menu makanan laut, yang juga special dekat Restoran Sisik ini adalah nasi lemaknya. Kenapa special? Nasi lemak ini dibungkus dengan daun pisang dan dikukus di dalam buluh dan dinamakan Nasi Lemak Buluh Perindu. Baunya sangat menyelerakan membuat kita berasa tak sabar nak makan.

Nasi Lemak Buluh Perindu

Kaunter Nasi Lemak Buluh Perindu

Selain itu juga anda boleh makan hidangan steamboat kat sini dengan pelbagai pilihan campurannya.

Steamboat Sisik
Lupa pula nak beritahu anda, anda boleh pilih  sendiri seafood di sini dan sebutkan masakan apa yang anda inginkan mereka masakan untuk anda. Ikan, sotong, udang, kepah, lala dan lain-lain adalah pilihan segar di sini. Bila hidangan berasaskan barangan segar rasanya juga pasti lebih enak.

Pilihan ikan-ikan segar

Sayur dan ulaman juga ada

Minuman Special

Zumal bergambar bersama owner Restoran Sisik

Restoran Sisik Ikan Bakar ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga ke 12.30 tengah malam. Bagi mereka yang ingin mencuba menu Masakan Melayu Asli anda boleh datang antara jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang manakala untuk anda yang ingin mencuba Makanan laut dan daging bakar, masa menu ini disediakan adalah pada jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam. Semoga perkongsian Zumal membantu anda memilih menu kegemaran anda.

Alamat kedai:
No.32 Jalan Kasuarina 1/KS7
Bandar Botanic
41200 Klang, Selangor

Social Media:
Facebook: www.facebook.com/restoransisik
Instagram: www.instagram.com/restoransisik
WhatsApp: wa.me/+60192263004 wa.me/+60162240474


You May Also Like

40 insan berbicara

  1. ada nasi lemak buluk perindu gtu namanya...air pn mcm menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air nampak menarik tapi lupa nak order untuk rasa

      Delete
  2. Tudiaaaaa...Zumal buat review kat Klang..SA nak pi sini jauh..nanti la kalau tersesat kat sini bleh la pi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak terpindah kat Klang ni baru first time buat review area sini

      Delete
  3. waaahhhhh jauhnya buat review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sekarang Zumal tinggal sekejap di Klang

      Delete
  4. Memang nampak sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. Uniknya menu dia tapii menariklah nsi lemak dia tu

    ReplyDelete
  6. banyak nya menu sedap2.. lapar pulak tengok, terima kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Npak sedap..especially sotong bakar tu

    ReplyDelete
  8. ohh boleh pilih rupanya. Baru tahu! Apepun hidangan seafood dia semua fresh belaka

    ReplyDelete
  9. saya cukup tertarik dengan nama nasi lemak buluh perindu..

    memang sedap la kan

    ReplyDelete
  10. Yesss love their super spicy hot seafood, fresh and delicious! ^^

    ReplyDelete
  11. Suka tgk sotong bakar madu tu..terliur..tq zumal for info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga jadi restoran pilihan cikgu untuk menjamu selera

      Delete
  12. ulam banyak nya...jenguk ikan pun gemok2.

    CM baru create new GA..hope kalau abg zumal tak bz boleh la join..first time try ni..

    https://madamcaramel.blogspot.com/2019/08/segmen-giveaway-up-traffic-by-madam.html

    ReplyDelete
  13. Rambang perut nak pilih kot :)

    ReplyDelete
  14. sedap nama restoran tu,sisik ikan bakar

    ReplyDelete
  15. Banyak jenis makanan tetu susah nak buat pilihan.

    ReplyDelete
  16. Menarik semua menu2 tu. Terliur tengok.

    ReplyDelete
  17. SHodap lahai...tapi harga dia macam mana pulak? Saja tanya....jauh tu Klang..hehe

    ReplyDelete
  18. sedapp ! tapi jauh pulak ke sana

    ReplyDelete