JOM BERCUTI DI CHERATING PAHANG

by - 1:30:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Cuti raya dah pun habis tapi masih terasa nak bercuti lagi kan? Macam tu juga Zumal. Nak rancang cuti yang terbaik untuk hujung tahun ni. Maklumlah hujung tahun banyak cuti lepas tu budak-budak sekolah pun cuti. Suasana cuti hujung tahun confirm lebih meriah. 

Cherating Pahang


Kalau anda ada peluang bercuti, nak bercuti di mana yer? Apa kata Zumal suggest anda bercuti di Cherating. Cherating adalah sebuah lokasi percutian yang sangat terkenal di Pahang. Selain pantainya yang luas memutih, di Cherating juga terdapat Santuari Penyu. Jika nasib anda baik, anda akan dapat lihat penyu naik ke pantai untuk bertelur. Apa lagi ada di Cherating? Jangan risau, di Cherating pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya anda boleh melihat kelip-kelip, mencanting batik, bermain layang-layang, bermain papan luncur air, bermain jetski, mandi laut dan pelbagai lagi. Cherating ini juga berdekatan dengan Terengganu, anda juga boleh ke sana untuk bersiar-siar dan membeli-belah.


Apabila merancang untuk bercuti pasti perkara yang paling penting untuk kita ketahui adalah tentang penginapan. Jika anda memilih Cherating sebagai lokasi percutian, penginapan bukanlah satu masalah. Terdapat banyak penginapan yang ditawarkan di sana dari penginapan bajet  hinggalah ke penginapan mewah. 

Zumal senaraikan 17 hotel terbaik di Cherating untuk anda pilih semasa bercuti nanti:

  1. Holiday Villa Beach Resort Cherating
  2. Eastana Cherating Beach Resort
  3. Royale Chulan Cherating
  4. LaVilla by Holiday Villa Cherating
  5. Villa Teja 
  6. The Kasturi
  7. Sanctuary Resort - Apartment Hotel 
  8. Club Med Cherating
  9. Samsuria Beach Resort & Residence
  10. Hotel Kemaman Sands
  11. Legend Cherating Beach Resort
  12. Cherating Bayview Resort
  13. Impiana Resort Cherating
  14. Lis Na Ree Resort
  15. Residence Inn Cherating
  16. eRYA by Suria Cherating Resort
  17. Casa Titik


Hotel dan penginapan yang Zumal senaraikan adalah pilihan terbaik untuk anda dan sememangnya menjadi pilihan para pelancong tempatan dan luar negara. Untuk  maklumat lanjut tentang hotel dan penginapan di Cherating ini anda boleh rujuk Bagasi.my 

Semoga perkongsian Zumal ini dapat memberi ilham kepada anda yang ingin bercuti di Cherating nanti. Tempahlah percutian anda di Bagasi.my yang sememangnya menjimatkan serta lebih pilihan buat anda sekeluarga.

You May Also Like

13 insan berbicara

  1. pernah stay kt holiday villa cherating ngan suria cherating tu

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Zumal.
    Wah cuti-cuti jugak ke tu?
    Lama gila dah pergi cuti-cuti Cherating ni last pergi time single dahulu kala

    ReplyDelete
  3. Cherating memang lawa view dia

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pergi ke Pantai Timur.

    ReplyDelete
  5. tapi Legend Cherating Beach Resort dah tutup. rugi la siapa tak pernah merasa kalau ke cherating. antara resort terbaik di sana

    ReplyDelete
  6. zaman belajar dulu penah buat program keluarga angkat kt cherating... mmg best sgt! sbb kawasan situ satu2 tmpt yg pasir pantainya warna hitam

    ReplyDelete
  7. Cherating tempat yang menarik.

    ReplyDelete
  8. dh lama tak ke Cherating.

    singgah sini tgk dunia zumal .

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  9. wahh cantik tempat ni.. bole masuk list kalau kesana nanti

    ReplyDelete
  10. wow macam best je
    dah lama tak cuti tepi pantai
    cherating ni 10 tahun yg lalu je sampai sini lawati

    ReplyDelete
  11. Beautiful place for a getaway!

    ReplyDelete