PROGRAM USAHAWAN NAK UBAH HIDUP 2019 OLEH DR AZIZAN OSMAN

by - 11:27:00 pm

PROGRAM USAHAWAN NAK UBAH HIDUP 2019 OLEH DR AZIZAN OSMAN


NAK UBAH HIDUP


 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Setiap tahun sudah pasti kita berazam nak ubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Zumal pun macam tu la, selalu berazam tapi tak pula tercapai. Sedar tak, mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam melaksanakan azam kita tu?


Berita baik buat semua, Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.



Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.




Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.



Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.



“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

HOT LINE : 1-300-88-2424

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.


Semoga setelah bersemuka dengan mentor hebat kita Dr. Azizan Osman dan mempelajari dan memahami potensi diri kita yang sebenar dapatlah mengubah kehidupan kita ke arah hidup yang baik dan gemilang. Insha Allah kejayaan pasti hadir bagi mereka yang tekun berusaha untuk bangkit!!!

Layari: www.nakubahhidup.com untuk info lanjut
Hotline: 1-300-88-2424

Untuk maklumat lanjut, layari: Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com
Facebook: Azizan Osman Official Page
Twitter:  Azizan Official
Instagram: Azizan Osman Official
YouTube: Azizan Osman
LinkedIn:  Azizan Osman Official
Email: inquiries@richworks.com.my

You May Also Like

18 insan berbicara

  1. Terbaiklah, Info ni.. jom sama-sama 'Nak Ubah Hidup '

    ReplyDelete
  2. penting berniaga ni kalau tak cukup ilmu tak certain nanti kan.. bagus lah ada program richworks ni

    ReplyDelete
  3. bersemangat nak join tgk ramai cmtu sekali

    ReplyDelete
  4. Program yg bagus harus kena sertai ni rugi kalau x join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rugi kalau tak grab peluang depan mata ni

      Delete
  5. Kursus macam ni perlu untuk menyuntik semangat.

    ReplyDelete
  6. Memang elok ada program macam ni. Sentiasa menyuntik semangat kita untuk terus berubah

    ReplyDelete
  7. Ramai yang dah berjaya lepas datang ke program motivasi Dr Azizan ni kan. Memang bagus tambah ilmu dengan datang je majlis macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program Dr Azizan memang banyak membantu usahawan kita lebih kehadapan

      Delete
  8. Tudiaa berkobar-kobar semangat para peserta, baguih juga ada program2 macam ni 😎👍🏻

    ReplyDelete
  9. kita kena cuba dan berani untuk mengubah
    selain hardworking

    ReplyDelete
  10. sy x yah sertai kot sbb sy mmg crew utk program ni hehehe

    ReplyDelete