PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - CSR #THBWECARE DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS

by - 12:41:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada hari Sabtu bersamaan 9 Mac 2019 yang lalu Zumal telah dijemput untuk bersama menjayakan Program Khidmat Masyarakat - CSR #THBWECARE di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, Perlis.

Program ini mengkhususkan kerja-kerja naiktaraf dalaman blok asrama lelaki dan juga kerja-kerja pembersihan di sekitar kompleks tersebut.

Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh THB Maintenance Sdn. Bhd. Pejabat Kawasan Kangar ini mendapat kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan Warga Jabatan Alam Sekitar Perlis dan Team Sukarelawan Perlis.


Program seumpama ini adalah bukti THB Maintenance Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat korporat yang tidak pernah melupakan komuniti setempat di sebelah utara ini, khususnya di Perlis.

Untuk makluman semua, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis ini telah dibuka sejak tahun 1995 dengan penghuninya seramai 38 orang dan dikelolakan oleh 12 orang staf dan diketuai oleh Yang Di Pertua, Ybhg Dati Seri Nor Aswana Omar.



Program khidmat masyarakat ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Encik Rahman, Pengurus THB Maintenance Sdn. Bhd. Pejabat Kawasan Kangar kepada anak-anak yatim dan juga jamuan makan tengah hari.

You May Also Like

7 insan berbicara

  1. best nya dapat turut serta macam ni. cik azue zaman belajar dulu ja pernah join macam ni.. rindu nya nak join program2 macam ni lagi

    ReplyDelete
  2. bgus nya program kebajikan macam ni

    ReplyDelete
  3. sy suka program mcm ni. hrp usaha ini akan dicontohi pihak2 lain👍👍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga semua yg terlibat sentiasa beroleh berkat.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada kerja2 amal macam ni.

    ReplyDelete
  6. that's a great community work effort

    ReplyDelete