SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN BUKAN SEKADAR TAMAN TEMA

by - 5:14:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas Zumal telah berkesempatan bersama Team Travelogue Malaysia ke Bandaraya Ipoh. Kami diundang ke Majlis Pelancaran Crazy Rich Chinese New Year di Sunway Lost World Of Tambun. Sebelum nak cerita tentang event tu jom Zumal kongsi apa yang ada di Lost World Of Tambun ni.
Lost World Of Tambun

Perjalanan ke Lost World Of Tambun mengambil masa kira-kira 30 minit dari Stesen KTM Ipoh atau dari Amanjaya Sentral atau pun dari airport. Tanggapan Zumal Lost World Of Tambun sekadar sebuah taman tema air sangat meleset apabila Zumal masuk ke entrance Lost World Of Tambun ini. Rupanya macam-macam ada tapi taman tema air tu memang santapan utama di sini. Masuk jer nampak pasir memutih macam pantai. Memang tempat main air puas-puas la di situ.

Inilah Ipoh Street, syurga makanan
di Lost World Of Tambun

Statue Lost World Of Tambun
Ramai bergambar sini tapi Zumal lupa laa

Di kiri entrance tu ada Ipoh Street. Dekat sini tersergam indah bangunan lama ala-ala bandar Ipoh tu. Terdapat pelbagai gerai makanan di sini tau. Semua yang special dari Ipoh. Korang mesti cuba tau fu fah yang paling glamour tu di sini dan white coffee yang sering menjadi sebutan di Ipoh tu. Segalanya ada di Lost World Ipoh Street. 

Ini gajah batu yer
Korang boleh naik untuk bergambar

Burung Unta

Giraffe & Friends

Belakang Zumal ni zirafah ori tau

Di Lost World Of Tambun juga ada menempatkan haiwan-haiwan macam dalam zoo tu seperti harimau, gajah, unta, zirafah, tapir, buaya, binturong, rakun, kucing, badak dan macam-macam lagi. Tapi yang paling special buat pencinta kucing tu boleh masuk bermesra dengan kucing di Catopia. Selalu korang tengok badak berendam dari permukaan je kan? Di Hippo Kingdom, korang boleh tengok badak berendam underwater view tau.
Hippo Kingdom

Korang boleh masuk ke underwater view
di Hippo Kingdom ni 

Hippo dalam akuarium

Buaya dan ikan pun ada di Hippo Kingdom ni

Apabila datang di Lost World Of Tambun jangan lupa ke Tin Valley, korang bakal menyelami sejarah lahirnya bandar Ipoh ini asal-usulnya daripada pusat perlombongan bijih timah. Korang boleh lihat bagaimana cara orang dulu-dulu 'mendulang' bijih timah dan jangan lupa ke Dulang Tea House juga. Di sini korang boleh menjamu selera menu-menu tradisi dari Ipoh selain itu boleh melihat peralatan-peralatan orang dulu-dulu gunakan dalam perlombongan bijih timah. Dulang Tea House ini amat unik kerana ianya bertempat di gua ala-ala tempat perlombongan bijih timah. Korang juga akan disajikan video tentang sejarah perlombongan bijih timah di sini.

Suasana di Dulang Tea House

Dulang Tea House di dalam gua
Zumal betul2 teruja tau 

Ini la minum petang kami, menu pun legend tau

Terserempak dengan hantu memang sesuatu yang pasti pengalaman seram yang tak dapat dilupakan. Bagi yang belum pernah lalui pengalaman seram luar biasa tu boleh ke Haunted Chamber. Dekat sini Zumal nak khabarkan ianya bukan rumah hantu biasa yang korang selalu masuk di fun fair yer. Kena alami sendiri baru tahu fun ke tidak.
Haunted Chamber

Seterusnya korang boleh la bersuka ria bermain pelbagai game yang disediakan untuk pengalaman riang-ria bersama keluarga tercinta. 
Train untuk bersiar-siar di Lost World Of Tambun

Pelbagai permainan sesuai untuk semua 

Rakan-rakan media pun tak lepas peluang bermain

Best kan 

Tak lupa juga untuk yang nak main air 

Korang jangan ingat siang je best dekat Lost World Of Tambun ni yer. Malamnya lebih riang gembira bergermelapan gitu. Dari jam 6.00 petang aktiviti untuk sesi malam bermula. 

Sebelah siang tengok satu tempat ni rasa teringin sangat nak masuk tapi 9.00 malam baru di buka. Ianya adalah Luminous Forest.  
Mother Sophea

Tangga bercahaya berwarna-warni

Tumbuhan indah berwarna-warni

King of Malayana 

Cantik memukau jiwa
Luminous Forest ni sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Ianya kononnya sebuah hutan berlatar-belakang 400 juta tahun lalu yang kaya dengan pelbagai khazanah rimba dan penuh magis yang diberi nama Malayana. Zumal kongsi sikit jer nanti tak surprise tau.

Lepas masuk hutan tu Zumal dan rakan-rakan Travelogue Malaysia yang lain pergi pula ke Hotsprings. Tak sangka dekat sini juga ada tempat mandi air panas. Lost World Hotsprings ni terdapat banyak kolam dengan pelbagai suhu berbeza. Ianya dibuka sehingga 11.00 malam. Best tau berendam sampai tak ingat dunia.

Sekali-sekala bergaya macam model. Cewah!
Berendam macam hippo


Aktiviti malam yang lain yang dapat korang lakukan di sini adalah melihat haiwan-haiwan diberikan makan di Petting Zoo, Flamming Percussion dan lain-lain.

Bagi mereka yang ingin memanjakan diri dengan berspa tu korang boleh ke Lost World Crystal Spa. Ianya beroperasi pada pukul 12.00 tengah hari sampai 11.00 malam kecuali hari Selasa ianya dibuka pada pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Mesti korang tertanya-tanya tentang penginapan kalau nak stay di Lost World Of Tambun ni kan? Di Lost World Of Tambun korang boleh memilih untuk menginap di hotel atau di Glamping. Zumal menginap di Glamping. Apa dia glamping???

Selfie depan glamping

Sekitar kawasan glamping

Walaupun ianya khemah tapi cukup luas

Dilengkapi 2 katil single dan 1 katil queen

Pemandangan Tasik Boga

Glamping adalah penginapan di dalam khemah. Ala-ala macam korang pergi camping la. Cuma glamping ni ianya lebih glam kerana khemah tu dilengkapi katil, aircond, kipas dan lain-lain macam dalam bilik hotel.

Glamping di Lost World Of Tambun ni menghadap tasik yang diberi nama Tasik Boga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sekitar glamping ni seperti berkayak, berakit, flying fox, wall climbing dan pelbagai lagi aktiviti adventure.

Zumal, Eddy dan Izryl main monopoly
sampai pukul 5.00 pagi di cafe
Kalau korang tak dapat tidur malam jangan risau di glamping ni ada cafe yang dibuka 24 jam khas untuk tetamu di glamping. Korang boleh nikmati Lost World White Coffee free je kat cafe ni tapi kena layan diri la. Nak beli makanan dan minuman ringan ada dijual di sini. Selain itu korang boleh lepak sambil main dam ular, monopoly, uno, saidina dan macam-macam lagi la. Untuk ketahui maklumat tentang pakej penginapan boleh rujuk SINI.


Sekian dahulu perkongsian Zumal buat kali ini. Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh Sunway Group dan penaja utama kami Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.

You May Also Like

47 insan berbicara

  1. Tudiak happening noo LWOT nie, nak pi jenguk jugak laa sini satu hari nanti ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. Menarik! Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Alahaii dah lama CCL tak turun kat lost world tambun nih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempena CNY ni ada promosi boleh turun ke Ipoh

      Delete
  4. Replies
    1. Sorry ciknor lupe nak ajak. Jom lain kali. hihi

      Delete
  5. Wow! seronok tempat ni amat menarik

    ReplyDelete
  6. Kita tak pernah pergi sini..one day nak juga pergi dan review sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tercapai impian ke sini. Insha Allah.

      Delete
  7. wah bestnya. Tak pernah datang sini lagi hopefully dapat jejak kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Diah untuk jejak kaki ke Lost World ini

      Delete
  8. Memang best lepak kat Lost World Tambun... Rasa macam nak pegi sekali lagi jer...

    ReplyDelete
  9. Memang best lepak kat Lost World Tambun... Rasa macam nak pegi sekali lagi jer...

    ReplyDelete
  10. memang dah lama teringin nak pergi... tgk dia punya suasana je dah rs mcm x sabar nk pegi tp x de sapa nak join hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya Anies ni. Jom-jom kita pergi reramai.

      Delete
    2. alamak... tggu jap nk korek tabung

      Delete
  11. Mrs. A dah pernah bercuti kat sini tapi tak sempat explore semua expecially yang hotspring tu. Tapi rumah hantu dia memang seram. Nyesal pulak tak buat entry blog sebab dah lama jadi malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah nanti ada rezeki Mrs.A datang lagi...

      Delete
  12. dah lama dulu mama ke sini nampak byk ada tarikan baru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nanti ada lagi permainan baru bakal dilancarkan

      Delete
  13. best jadi zumal ni,berjalan sahaja kerjanya =)

    ReplyDelete
  14. wah seronoknya zumal dah sampai tambun... cik ash belum sampai sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada kesempatan Cik Ash ke Lost World yer

      Delete
  15. bestnya Zumal jalan-jalan sambil ber rekreasi yerr.. lost dekat dah tu dengan kiteee

    ReplyDelete
  16. Selama ni gi sana mesti mandi je..tak pernah gi tengok haiwan2 semua tu..lain kali kalo ade rezeki ke sana lagi, insya'Allah nak melawat haiwan2 pulak..haha

    ReplyDelete
  17. Seronok dpt tidur dlm khemah mcm tu.. dpt rasa nikmat alam semula jadi juga. Menarik!

    ReplyDelete
  18. mmg ada plan nk pegi juga sini ..ank akak pn dh byk kali juga ajak ..nanti ada kesempatan bole bw ankdara tu ke sini

    ReplyDelete
  19. bila entah dapat nk ke sana.. hehehe

    ReplyDelete
  20. Tengah cari review Haunted Chamber tuuuuu

    ReplyDelete
  21. wah banyak juga aktiviti kat sana, boleh la plan. macam best je duk dalam glamping tu.aritu pergi cuaca ok ke?

    ReplyDelete
  22. Menarik sangat yang Glamping tu.. Haaa kerlas siap ada katil. Belum pernah sampai di Tambun. Teringin nak pi

    ReplyDelete
  23. Menarik !! Teringin nak pergi juga la.. tapi kena cari geng dulu baru best

    ReplyDelete
  24. dekat je dengan rumah, tapi kaki ni belum jejak lagi kt situ. :D

    ReplyDelete
  25. bestnya bercuti di Tambun..walaupun pernah sampai sekali tapi terasa nak repeat je lagi

    ReplyDelete
  26. Been there once and my child just love the place so much! Hope to have another chance to visit there again :)

    ReplyDelete
  27. dah lama tak pg tempat ni
    rindu juga

    ReplyDelete