MADAH PEMBUKA 2019

by - 8:20:00 pm


Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2019 semua. Alhamdulillah kita semua dah melangkah ke tahun lain dan umur pun turut sama berubah. Zumal pun dah masuk 35 tahun beberapa hari lalu. Begini la setiap tahun akan jadi antara orang yang rasa paling tua.

Syukur matlamat dalam azam 2018 ada yang berjaya tercapai. Tahun ni bukan la nak berazam sangat tapi nak berubah lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Maybe ubah diri kepada lebih positif. Tak mahu cari gaduh, cari masalah, perang sana-sini, tak mahu dendam, tak mahu kejam, buang baran, nak tolak semua yang negatif jauh-jauh.

Zumal minta maaf la kepada insan-insan yang telah terasa, terluka dan sebagainya. Walaubagaimanapun korang juga perlu fahami diri ini sebelum nak difahami dan diikut. Korang kena belajar untuk berada di situasi orang itu sebelum 'buka mulut' kata itu ini yang korang tak tahu sepenuhnya.

2018 terlalu banyak kenangan. Ada yang indah dan ada yang perit. Dari segi kerjaya blogger, syukur kerana 2018 buat Zumal yakin dengan jadikan kerjaya blogger ni sebagai full time. Kenangan yang tak indah biar la ia terus tersimpan di sudut hati ini.

2019 ini Zumal nak fokus terhadap blog kerana bisnes-bisnes lain tu Zumal dah kurangkan kerana banyak guna modal dan tenaga yang kekadang mengganggu kesihatan. Dengan blog ni pengalaman dan gambar pun boleh jadi modal kita. Nanti rujuk entri akan datang tentang topik ni.

Tahun ini juga Zumal nak anjurkan giveaway untuk hidupkan laman-laman sosial media Zumal yang tak bearapa ramai pengikut tu. Lagi pun income dalam blog ni Zumal niat nak kongsi bersama korang dalam bentuk giveaway, Insha Allah.

Cukup la setakat ini Zumal membebel nanti Zumal akan blogwalking ke blog korang pula yer. Semoga 2019 ini membawa sinar gemilang buat kita semua. Wassalam. 


You May Also Like

31 insan berbicara

  1. Selamat tahun baru ZUmal. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik. Inn shaa Allah. And semoga Azam 2019 tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga Miya. Semoga azam Miya pun tercapai jua

      Delete
  2. selamat tahun baru 2019 zumal..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Bro Zumal, moga terus maju untuk 2019!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Ain. moga terus maju juga yer

      Delete
  4. Aamiin.Moga terus jauh Zumal melangkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih semoga begitu juga buat PC

      Delete
  5. Selamat ulangtahun yang ke 35
    Mudah2an impian tahun ini akan tercapai

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, gud luck untuk tahun 2019 ni

    ReplyDelete
  7. happy new year n keep on blogging!

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru 2018. Semoga terus maju dalam dunia blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *2019 hahaha tertypo plak

      Delete
    2. Selamat tahun baru dan moga terus maju jaya juga k

      Delete
  9. happy new year 2019..smoga thn br lebih baik dr thn2 sebelum ni

    ReplyDelete
  10. salam tahun baru 2019 Zumal.. semoga makin success..!!

    ReplyDelete
  11. wahhh...insya'Allah nanti kita support giveaway zumal!

    ReplyDelete
  12. Salam tahun baru 2019 sahabat. Semoga tahun ini membawa lebih kebaikan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Begitu juga buat sahabat. Selamat tahun baru 2019 juga buat sahabat.

      Delete
  13. Selamat Tahun Baru. Semoga DZ lebih berjaya di tahun 2019.

    Ps umur 35 tahun jangan mengeluh tua ya :)

    ReplyDelete
  14. Azam baru semangat baru..doa sentiasa minta sihat ya..ceria dan tak ada tekanan

    ReplyDelete