CRAZY RICH CAMPAIGN AT SUNWAY LOST WORLD OF TAMBUN

by - 2:25:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Chinese New Year semakin hampir. Kemeriahan perayaan ini semakin terasa. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga mengeratkan hubungan sambil menikmati pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan. Dengan itu Sunway Lost World Of Tambun juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama memeriahkan suasana dengan kempen terbaru Crazy Rich Chinese New Year dari 5 Februari sehingga 19 Februari 2019.

Pintu Lost World Of Tambun untuk kempen Cracy Rich

Zumal telah menghadiri majlis pelancaran kempen Crazy Rich Chinese New Year pada 17 Januari 2019 lalu di Lost World Of Tambun. Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Encik Nurul Nuzairi Mohd Azahari selaku General Manager Sunway Lost World Of Tambun. Sambutan sangat meriah dihadiri oleh para pengamal media, wartawan, penggiat industri pelancongan, blogger dan orang awam. Kami dipersembahkan tarian naga, tarian singa dan tarian tradisional. Selain itu pengunjung yang hadir dapat melihat karya kaligrafi Cina dan boleh memilikinya juga untuk kenangan. Kami juga dihidangkan pelbagai makanan termasuk yee sang. 
Gimik pelancaran disempurnakan oleh GM LWOT

Yee Sang

Pelbagai persembahan menarik

LED Lion

Untuk para pengunjung Lost World Of Tambun semasa tempoh kempen ini berlangsung bakal dihidangkan tarian singa dan naga LED pada 5 dan 6 Februari 2019 nanti. Anda boleh register online untuk Lou Sang session ini. Tidak ketinggalan juga bakal diadakan Spin It Rich game di Malayana Village dari pukul 1.00 tengah hari sehingga 1.30 tengah hari setiap hari Jumaat dan Sabtu. 
Kami juga tidak lepas peluang menikmati yee sang

Antara hidangan lain malam tersebut

Zumal grab satu Kaligrafi Chinese 


Lukisan Kaligrafi

Untuk pencinta kraf, anda boleh melihat 'Prosperous CNY Ornaments' di 'Awesome Playhouse'. Selain itu para pengunjung jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik semasa kempen Crazy Rich ini seperti Crazy Fortune Teller, Golden Dragon dan Sweetest Stack. Tidak lupa juga pelbagai contest menarik dan hadiah lumayan menanti pengunjung semasa kempen Crazy Rich Chinese New Year nanti. 

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi 05-542 8888 atau kunjungi www.sunwaylostworldoftambun.com atau berhubung melalui Facebook Page di www.facebook.com/lostworldoftambun. Untuk ketahui apa keistimewaan Lost World Of Tambun anda boleh BACA DI SINI

Sekian dahulu perkongsian Zumal buat kali ini. Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh Sunway Group dan penaja utama kami Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.

You May Also Like

22 insan berbicara

  1. wah bestnya zumal.. rasa cam nak g tambun plak

    ReplyDelete
  2. waah lepak Lost World malam2 gitu.. penah skali je nak tnggu kolam air panas tu hahaha

    ReplyDelete
  3. hebatnya..menarik sekali..ramai orang ya kat sana kala malam

    ReplyDelete
  4. Ooo yee sang org paggil yg makanan tu

    ReplyDelete
  5. WAH BELUM RAYA LAGI DH BERAYA SAKAN TU

    ReplyDelete
  6. Singa LED. Mesti memukau bila dia menari.

    ReplyDelete
  7. Wah..mesti meriah LWoT time CNY nanti..da la tengah cuti sekolah seminggu time tuu! Rindu lak nak mandi manda kat sana..

    ReplyDelete
  8. awalnya dah celebrate CNY? HEHEHE

    ReplyDelete
  9. Seronoknya Tambun...tulisan pd kaligrafi Zumal tu puisi ka? Nmpk peaceful sgt... :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
    https://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak ke Tambun sekarang juga bila baca entri ni hukhuk

    ReplyDelete
  12. Wahh happening!.. pengalaman yg menarik :)

    ReplyDelete
  13. syok menikmati yeesang kt tambun tu sempena CNY

    ReplyDelete
  14. Wow! happening nampaknya tu.

    ReplyDelete
  15. Happening gila.
    Eh, diskaun banyak tak?

    ReplyDelete
  16. tak pernah bawa anak2 lagi ke sini, plan asek tak jadi je. mungkin satu hari nanti sampai la kami.hihi

    ReplyDelete
  17. wahhhh singa milennial, dah ada LED dah sekarang

    ReplyDelete
  18. Wahh bestnya Zumal .. kita ni asyik tengok dalam gambar je hehe.

    ReplyDelete