CITY OF EMBER

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi dalam siri movie review dari zumal. Hari ini zumal nak share sebuah filem berjudul City of Ember yang telah ditayangkan pada tahun 2008.

City Of Ember
City of Ember mengisahkan dimana kehidupan bakal menemui kepupusan dan kemusnahan. Sekumpulan saintis telah mewujudkan sebuah bandar yang jauh di bawah tanah bagi menyelamatkan kehidupan manusia. Tapi segala infrastruktur itu hanya mampu bertahan selama 200 tahun sahaja. Sekumpulan saintis berkenaan juga telah menyimpan pelan jalan keluar dari bandar tersebut di dalam sebuah kotak yang amat kukuh binaannya dan hanya akan terbuka bila cukup 200 tahun. Kotak tersebut diwarisi oleh datuk bandar ke datuk bandar yang lainnya sehingga pada suatu ketika kewujudan kotak dan maklumat tentang dunia luar telah lupus dari ingatan masyarakat tersebut. 

Pada suatu hari, para pelajar di bandar tersebut telah sampai ke Assignment Day di mana mereka akan diberi sesi praktikal dalam pekerjaan sebenar di bandar itu. Mereka melakukan cabutan undi untuk ketahui bidang apakah yang bakal mereka ceburi. Lina Mayfleet seorang pelajar perempuan mendapat cabutan undi untuk ke bidang pipework tetapi dia keberatan untuk melakukannya. Rakan lelakinya pula Doon Horrow mendapat pekerjaan sebagai Messenger. Akhirnya Horrow ingin bertukar tugasnya dengan Lina.

Tugas mereka berdua telah membawa mereka ke sebuah persoalan besar yang kemudian telah membuat mereka ingin mengetahui jawapan disebaliknya. Kebetulan Lina menemui kotak aneh di dalam stor di rumahnya dan menambah keinginannya untuk ketahui apakah yang ada disebalik pelan yang ada di dalam kotak itu. Horrow dan Lina akhirnya bekerjasama mencari jawapan disebalik pelan itu dan menghadapi kesukaran kerana rancangan mereka dihidu oleh datuk bandar yang turut meminati apakah yang tersembunyi di dalam kotak itu. Mereka akhirnya menjadi buruan datuk bandar dan orang-orangnya.

Untuk ketahui lebih lanjut apakah Lina dan Horrow jumpai jom tonton filem ini. Abaikan tajuk di link youtube ini. 




Selamat menonton.

You May Also Like

24 insan berbicara

  1. Movie ni dah main ye? Akak ingatkan keluar thn ni...Best ke?

    ReplyDelete
  2. Eh-eh, full movie rupanya! Yahoo! :D

    ReplyDelete
  3. wow, macam best je cite ni... cerita ni membuatkan kita banyak berfikir tentang jalan cerita seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sukar membaca apa yang pengarah ni buat.

      Delete
  4. macam menarik tapi i dah lama tak tonton wayang

    ReplyDelete
  5. wah mama suka cerita yg macam ni aa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni menarik tapi kena fokus baru boleh faham

      Delete
  6. boleh la nonton ni bosan bosan hikhik

    ReplyDelete
  7. Menarik ni. Cerita2 lama tp xpernah tgok kenapa entah 😂 tq share!

    ReplyDelete
  8. uik, macam mana boleh lupa dari ingatan masing2 ek, sedangkan kotak tu kotak penting..menarik ni, nanti nak tengok bole bukak blog zumal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab dah terlalu lama lepas tu datuk bandar terakhir yang pegang kotak tu dah meninggal maybe dia pun tak cerita pada yang lain hal tu

      Delete
  9. lama betul movie ni. rasanya masa Cik Mien sedang struggle pengalaman menjadi ibu kali pertama hehehe...jadi patut la Cik Mien tak perasan langsung pasal movie ni. hihihi...

    ReplyDelete
  10. wahhh kotak mcm tu bleh jumpa dlm stor je? hehehe

    ReplyDelete
  11. Kikikiki... kalau katak, duduk bawah tempurung... manusia pulak, nak duduk bawah tanah... nice sharing, baru tau ada filem pasal kisah nie...

    ReplyDelete