BEHEMOTH (VOLCANOSAUR)

by - 8:00:00 am

BEHEMOTH MOVIE REVIEW

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal nak share review mengenai filem Behemoth atau nama lain untuk filem ni adalah Volcanosaur. Ianya telah ditayangkan pada tahun 2011. Dah dekat 10 tahun pun. Filem ni tak banyak review maybe ramai tak suka filem mengarut-mengarut macam ni.

Bagi Zumal filem ni agak masuk hati juga dengan alam imiginasi Zumal ni. Ala tema lebih kurang macam Skjelvet dan Replicas yang Zumal pernah review dulu. Filem ini lebih banyak mirip kepada Skjelvet kerana fokus Behemoth tentang kajian saintis terhadap pergerakan tanah atau pergerakan Gunung Lincoln yang semakin aktif.

Cerita Behemoth berlatar belakang sebuah pekan kecil Ascension. Bermula dengan Thomas serta kumpulannya ingin jalankan aktiviti pembangunan di Gunung Lincoln. Tiba-tiba seorang pekerja Thomas kemalangan, kakinya ditimpa batang pokok yang telah ditebang atau patah kerana berlaku sedikit gegaran di situ. Batang pokok itu menghempap kaki pekerjanya dan mereka berusaha menolong. Ia pada pandangan awal nampak ia kemalangan kecil kerana batang pokok tu tak besar mana pun. Thomas mengalih kenderaan untuk membawa pekerjanya, tapi setelah di usung ke dalam kenderaan pekerjanya sudah tidak lagi bernyawa. 

Semasa di pekan Ascension, Thomas terserempak rakan lamanya Emily. Emily menceritakan tentang kekhuatirannya terhadap keadaan persekitaran Gunung Lincoln yang semakin aktif dan dah tak selamat diduduki. Thomas juga berkongsi tentang kejadian yang berlaku terhadap pekerjanya. Bagi Thomas perkara tu hanya takdir dan ia perkara biasa dan tidak percaya ramalan Emily. Selepas Emily pun beredar seorang lelaki bernama Jack baru tiba di Ascension. Jack seorang pegawai tentera ingin meminta pertolongan Thomas untuk guidenya masuk ke kawasan Gunung Lincoln

Pada masa yang sama Prof William yang juga ayah Thomas menceritakan tentang ramalannya kepada Zoe dan Sheriff yang sesuatu bakal berlaku. Zoe dan Sheriff menganggap Prof William dah tidak sihat (sewel la lebih kurang). Mereka semua buat tak tahu jer pandangan Prof tersebut termasuk juga anak gadisnya Grace. 

Grace telah bersama teman lelakinya ke Gunung Lincoln untuk camping. Masa yang sama Emily juga di sana buat kajian dan Thomas dan Jack juga berada di Gunung Lincoln. Emily telah menghadapi situasi mencemaskan lalu lari untuk keluar dari situ kemudian terserempak Thomas dan Jack. Semasa mereka bertiga, mereka telah terlihat makhluk tidak dikenali yang besar. Thomas dan Emily keluar dari hutan untuk melaporkan keadaan tersebut. Masa ni Sheriff dah percaya dan membuat pengumuman suruh penduduk meninggalkan kawasan itu. Tapi mereka dikhabarkan oleh Prof bahawa Grace masuk ke kawasan Gunung Lincoln. 

Thomas ditemani Emily untuk mencari Grace. Dalam perjalanan mereka bertemu Jack semula. Jack menceritakan apa sebenarnya sedang berlaku dan akhirnya Jack terkorban. Thomas dalam rencana mencari Grace dan juga sesuatu yang Jack mintakan untuk beliau cari. Thomas jumpa barang yang diamanahkan Jack untuk dicari. Mereka kemudian terus mencari Grace. Grace dan teman lelakinya masa itu sedang bertarung detik cemas ingin terjatuh ke dalam gaung. Thomas berjaya menyelamatkan Grace tapi teman lelakinya telah terkorban. Semasa mereka bertiga hendak melarikan diri, makhluk dari Gunung Lincoln mula keluar dari gunung dan menyerang. Mereka berusaha untuk menjejaki helikopter rakan Jack yang telah masuk lebih awal ke hutan tersebut tapi terkorban. 

Mereka berjaya menemui helikopter. Thomas membuka barang yang dijumpai ruapanya senjata. Thomas berjaya menembak makhluk itu. Mereka berjaya lari dari hutan tersebut. Semasa sampai di pekan, Prof dan Zoe juga baru berjaya keluar dari bangunan kedai yang telah terjerlus ke dalam tanah akibat gempa. 

Okay la, untuk tahu jalan ceritanya lebih lanjut korang boleh tonton di bawah ini



Pada Zumal filem ni menepati citarasa pelik Zumal. Dari 10 bintang, Zumal bagi 7 yer. Korang tonton sendiri yer. Selamat menonton.

You May Also Like

26 insan berbicara

  1. Macam menarik..kita pun berjiwa imaginatif jugak..hahaha

    ReplyDelete
  2. Cerita ni pasti banyak aksi dan suspen.. menarik ni

    ReplyDelete
  3. citarasa pelik zumal sama mcm mama.. hihi

    ReplyDelete
  4. imaginasi kena tinggi ke kalau nak tengok cerita ni?

    ReplyDelete
  5. REVIEW YG SGT MENARIK MINAT NK TONTON

    ReplyDelete
  6. Belum pernah tengok. Best jugak kalau layan. Ala2 suspen gitu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lg tgok cite ni. wow 2011. Nampak mcm best walaupun pelik hahaa

    ReplyDelete
  8. pasti ramai klik ni Zumal..iklan wah rezeki mari ni..tahniah rajin nak promot iklan

    ReplyDelete
  9. cite mcm ni sy surrender dulu...

    ReplyDelete
  10. Belum pernah tengok filem ni Zumal..menarik ja tu

    ReplyDelete