JOM TERBANG KE KOTA KINABALU

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua.Tahun 2018 adalah tahun yang sangat bermakna buat Zumal kerana banyak pergi travel sana-sini ke tempat-tempat yang Zumal idamkan selama ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat rezeki yang diberikanNya. Ada lagi tempat yang Zumal teringin nak pergi di dalam Malaysia ni. Tapi kali ini Zumal kena terbang pula la sebab kereta wira Zumal belum tumbuh sayap nak terbang sendiri ke sana. Tapi sayap tu boleh tumbuh ke sebenarnya eh? Dah melalut dah nampaknya.

Okay mai Zumal nak cerita ke mana destinasi impian Zumal untuk 2019 ni. Zumal sebenarnya ingin ke Kota Kinabalu sebab ramai kawan-kawan dan ahli keluarga cakap duduk sana rasa macam dekat overseas sebab cuaca sejuk jer. Lagi pun dekat sana ada juga family Zumal. Beliau mengajar di sana kebetulan rumah pun sebelah-sebelah airport jer. Takpe la kira serampang dua mata la, dapat travel dan dapat eratkan silaturahim antara keluarga.

Kenapa nak ke Kota Kinabalu? First sebab tempatnya cantik. Belum pernah sampai tapi dah ramai pergi katanya cantik. Tambah pula saudara kat sana rajin berjalan dan selfie lepas tu kongsi pulak dalam group family. Memang selalu la jamu mata dengan pemandangan kat sana tapi cuma belum berkesempatan ke sana. Antara tarikan yang betul-betul menarik minat Zumal untuk ke sana adalah Gunung Kinabalu. Almaklum la Zumal ni suka hiking walaupun tak la sekuat macam hiker lain tu tapi itu adalah lokasi impian Zumal. Selain tu banyak lagi tempat menarik yang Zumal dah listkan untuk pergi kalau dah sampai Kota Kinabalu nanti antaranya Borneo Ant House, Kipandi Butterfly Park, Tagal Tinopikon, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Pantai Tanjung Aru, Mari Mari Cultural Village, Kota Kinabalu Wetland Centre, Cowboy Town Tuaran, Perdana Park, Sinamalai Waterfall, Jambatan Tamparuli dan banyak lagi la tempat menarik yang Zumal dah survey.

Gunung Kinabalu

Zumal cerita sikit mengenai Gunung Kinabalu ni, ia merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4095 meter dari aras laut. Kenapa Zumal nak ke sana? Para hikers ni paling suka kalau dapat tengok awan dari puncak gunung. Tempat yang sejuk lagi banyak peluang nak tengok panorama yang indah macam tu. Selain tu, misi ini melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan menguji kempuan diri Zumal sendiri.

Borneo Ant House

Borneo Ant House ini adalah lokasi baru tumpuan pelancong ke Sabah. Di sini terdapat replika semut yang besar dan boleh belajar la tentang kehidupan semut. Selain itu di Borneo Ant House ini ada rumah Dusun dan Bajau lepas tu ada canopy walk boleh kita tengok keindahan hutan di Sabah.
Sinamalai Waterfall

Sinamalai Waterfall ini dengar kata tempatnya sangat cantik. Zumal teringin nak mandi air terjun dekat sini. Tapi untuk ke air terjun ni kita kena trekking dalam hutan. Itulah cabaran yang Zumal teringin lalui. Nak tahu leb ih lanjut kena tunggu Zumal sampai ke Kota Kinabalu dulu la. Semuanya akan Zumal kongsi di blog ini untuk tatapan korang semua. Insha Allah.

Faktor lainnya, adalah makanan. Korang pun tahu Zumal dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu kan? Hahaha. Ramai yang cakap seafood di sana murah-murah. Itu la yang membuat nafsu ini ingin menikmatinya puas-puas dekat Sabah. Selain seafood Zumal memang ada makan fevret yang selalu Zumal order dari Sabah iaitu Amplang. Amplang ni sejenis keropok berbentuk bulat dibuat dari ikan, ketam ataupun sotong. Zumal memang suka Amplang ni sejak sekolah lagi. Selalu makan sambil tengok tv je la. Di samping itu banyak lagi menu yang Zumal nak cuba semasa berkunjung ke Sabah nanti antaranya Pinasakan Sada, Latok, Barobbo, Ambuyat, Hinava dan banyak lagi. Dah balik dari sabah boleh la Zumal cerita pengalaman makan dekat sana.

Hinava

Amplang

Faktor terpentingnya, sekarang ni kalau travel dengan Malindo flight harganya sangat menjimatkan. Selain itu dari aplikasi Traveloka boleh book flight dan hotel sekali gus lepas tu dapat lagi less. Inilah peluang yang dinanti-nantikan. Fuh, mana nak jumpa harga tambang + hotel ke Kota Kinabalu dari RM300 lebih je. Stay untuk untuk 2 hari 1 malam pulak tu. Kalau nak tambah lagi beberapa malam stay di sana pun baru berapa je nak kena tambah. Tambahan pula lokasi impian Zumal pulak tu. Kalau dari utara macam Zumal ni boleh naik Malindo dari Penang terus ke Kota Kinabalu. Flight Malindo pula selesa ada meals lagi, dengan kelas ekonomi pun boleh layan entertainment tau. Tak sabarnya nak bercuti ke Kota Kinabalu. KOTA KINABALU AKU AKAN DATANG PADAMU!!! Korang semua pun apa tunggu lagi, boleh tempah flight ke mana-mana lokasi impian korang. Jangan tunggu lama-lama yer diskaun tak tunggu korang. Selamat bercuti semua.

You May Also Like

36 insan berbicara

  1. Banyak tempat yang indah-indah boleh dikunjungi..direrokai kan Zumal.

    ReplyDelete
  2. Pernah ke KK dua kali je...itu pun sebab conference dan sebab ade team building..vacation sendiri tu belum pernah lagi..best jugak kalo dapat ke sana jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jalan-jalan sendiri baru bebas ke sana-sini kan

      Delete
  3. Xpernah lagi smpai sana. Teringin jugak

    ReplyDelete
  4. Saya cuma idam nak pi Kundasang ja..

    ReplyDelete
  5. Banyak yang menarik di KK.. kalau berani naik kapal terbang, bolehlah ke sini nanti..

    ReplyDelete
  6. Saya belum biasa ke Sabah tetapi ada juga terima oleh oleh dari mereka yang kesana. Hasil laut mereka memang kualiti macam ikan bilis,telur terubuk kering, udang kering juga udang basah. Best sekali ia lah scallops.

    ReplyDelete
  7. Lama tak pergi sabah.. sedar tak sedar dah lebih 10 tahun. Teringin juga nak berkunjung ke sana kembali jalan2 nanti.. menarik.

    ReplyDelete
  8. Byk kali juga ke KK tapi urusan kerja ..sempat juga la jln2 tmpt menarik..kalo ke KK ..lauan seafood yummmyyy

    ReplyDelete
  9. whoaahhh .. syok gi kinabalu..makanan sedap, tempat best

    ReplyDelete
  10. dah 2 kali ke KK.. kali pertama pergi sebab hiking kinabalu, kali kedua sebab honeymoon.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Sabah cantik. Di laut dan di kawasan gunung. Semua cantik. Juga seafood nya :)

    ReplyDelete
  12. rindu sgt dgn KK
    yg zumal sebut tu lokasi
    tak pernah pun sy visit last 2 times
    ingin sgt pg lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Emily akan dapat peluang ke Sabah lagi yer

      Delete
  13. Asalam baru perasan datang Sabah blogger muda kita ni. Masih lagi ke di Sabah masa ni? Masih di Kota Kinabalu ke Zumal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cikgu, Zumal belum sampai ke Sabah. Ini cuma entri planning untuk ke Sabah. Semoga dapat la ke sana.

      Delete
    2. Ooo begitu..nanti bagitau ya jika nak ke KK Sabah, boleh jumpa kat Kotaraya KK. Boleh bah jumpa kan kita saudara sesama Islam

      Delete
    3. Boleh bah. Zumal pun ingin berjumpa Cikgu Etuza

      Delete
  14. Seronok juga join hiking ramai-ramai ke KK tu.. biasa tengok orang je sesekali kita yang join mesti lagi meriah. Tapi nak hiking kat sana memang kena stamina kuat tu hehe

    ReplyDelete
  15. AA tgh promo free seat rasanya skrg... tambang return ke KK dlm RM200++ kalau x silap

    ReplyDelete