Jom Jalan Jalan Cari Makan

by - 11:37:00 am

Jom Jalan Jalan Cari Makan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah makan ke belum? Bercerita tentang makanan pasti semua orang suka sebab semua orang perlu makan untuk hidup. Macam Zumal ni hidup untuk makan. Eh? Betul ke? Betul atau tak tengok la orangnya semakin bulat dan sihat. Tak gitu? Almaklum la rakyat Malaysia ni semua cukup makan bahkan ada yang terlebih makan macam Zumal ni.

Konon gaya macam Naz Rahman la tu
Zumal rasa tak ada orang yang tak suka makan walaupun orang tu tengah diet, dia tetap perlu makan. Betul ke? Pasti betul la. Wujud ke orang yang tak suka makan, maybe otaknya ada something wrong yer.
Selalu apabila kita travel ke satu-satu tempat kita mesti akan mencari makanan popular di tempat tersebut. Kalau pada Zumal, Zumal akan cari cafe atau restaurant yang pernah direview oleh rancangan Jalan Jalan Cari Makan sebabnya kalau sampai direview oleh rancangan popular pasti menu dekat situ tu sangat best. Tambah pula bila teringat Naz Rahman tengah menjamu selera dekat tv3 tu. Terliur weh. Tengok jer Naz makan confirm lepas tu Zumal dah tak senang duduk, rasa lapar dan nak makan. Kalau tempat tu sekitar tempat tinggal Zumal memang Zumal terus terjah. Kekadang bawak geng kekadang pergi sorang-sorang pun boleh jer. Asalkan dapat nikmati menu yang JJCM review tu.
Zumal memang teruja tengok Naz Rahman makan
Bila bercerita tentang rancangan Jalan Jalan Cari Makan tak kan kita nak search rancangan-rancangan yang lepas untuk nak tahu tempat makan popular kan??? Tak perlu lagi mencari rancangannya tapi kini Jalan Jalan Cari Makan ada di blog yer. Kini bukan sekadar cafe atau restaurant yang ditonjolkan di dalam blog Jalan Jalan Cari Makan tapi resepi masakan juga ada dikongsikan di blog ini. Anda bukan sekadar boleh cari tempat makan tetapi anda turut dapat belajar memasak dari blog JJCM ini. Memang blog JJCM sangat hebat!
Salmon Grill
Tambahan pula sekarang ini musim cuti sekolah tapi yang pasti makan tak mungkin cuti yer. Kalau cuti makan maybe anda dah tak wujud lagi di dunia yang fana ini tau. Masa cuti macam sekarang la semua orang akan jalan-jalan cari makan. Nak cari makanan popular di Malaysia, nak rasa menu yang terbaru, nak makan makanan yang tengah viral dan ada juga masa cuti sekolah macam ni nak try masak-masak menu baru untuk makan bersama keluarga di rumah atau semasa balik kampung, kini anda boleh rujuk di blog masakan paling popular di Malaysia.
Ok anda semua dah tahu ke nak makan di mana hari ini??? Tempat makan popular di Malaysia? Atau nak try masak menu dari blog masakan popular di Malaysia ini. Jangan risau semua tempat makan yang terpapar di blog Jalan Jalan Cari Makan semuanya sangat sedap dan terbaik. Resepi-resepi dari JJCM pun memang rare  tau. Zumal pun dah try. Jom la Zumal dah tak sabar nak makan. Sekarang Zumal pun dah nak pergi jalan-jalan cari makan ni. Nak ikut ke??? Jom jalan-jalan cari makan.


You May Also Like

62 insan berbicara

  1. suka jalan2 cari makan...bole try pelbagai menu..lapar ni tk makan lg hehe

    ReplyDelete
  2. NAz tu mmg kejam tau, sentiasa bg akk lapar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kejam sangat Naz tu, makan tak ajak

      Delete
  3. Mama la Tu yg suka makan Tu haha.. suka tgk jjcm Dari situ dpt idea nak Mkn katne

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Itu la, Zumal pun dah teringat menu-menu tu

      Delete
  5. Alhamdulillah baru lepas makan.
    Betul tu rasanya semua orang suka jer... makan.
    Jalan-jalan cari makan lagilah suka nak-nak kalau foc

    ReplyDelete
  6. ciktom pun suka program jalan jalan cari makan..hihi

    ReplyDelete
  7. kita pun suka jalan jalan cari makan!!!

    ReplyDelete
  8. Bgus klau buat entry jalan2 cari makan.. Org sekrg survey tempat makan dekt google ..banyak tempat makanan kita tak tau ni

    ReplyDelete
  9. Jjcm tu xleh tgk kalau masa lapar. Haha. Nk tgk lah website dia pula.

    ReplyDelete
  10. jalan tengok orang makan ja..sen tak ada..haha =)

    ReplyDelete
  11. Halamak Zumal, ini dah semakin mengajak ke arah makan-makan dan makan. Pengsannnn, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sorry. Minggu ni je Zumal dah kembali kurang makan. Sebab dah balik habitat. Boleh la diet.

      Delete
  12. Wah selera nampaknya. Bagus tu jalan2 cari makan.
    Mohon drop[ kan alamat ya..Zumal dapat anugerah dilaman Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Thanks Cikgu Etuza kesayangan. Nanti zumal bg alamat yer

      Delete
  13. sha kalau tengok jjcm tu macam nak menangis teringin haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya. Kejam la Naz tu yer sampai buat Sha nangis.

      Delete
  14. salmon grill tu nampak mengancamm

    ReplyDelete
  15. amboi zumal..bagi skit udang tu..:)

    ReplyDelete
  16. Sakannn....promote jangan tak promote 😎👍

    ReplyDelete
  17. saya nak baca yang zumal review mengenai jalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe makanan ada sikit dalam entri seterusnya. Yang Langkawi tu ada juga aRz

      Delete
  18. harap satu hari zumal diundang untuk menjadi tetamu jemputan di JJCM

    ReplyDelete
  19. ada rezeki bln dpn nk trn penang nk hunting food hehe

    ReplyDelete
  20. Tak suka tgk JJCM sebab nanti terliur.. haha..

    ReplyDelete
  21. eh jjcm blog tu zumal punya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la Emily. Zumal just tulis review jer

      Delete
  22. Tak tahan tengok makanan sedap2, tp lagi tak tahan klu tengok org makan.. lagi nampak sedap haha

    ReplyDelete