CASTELLA CAFE - CAFE UNIK DI GERIK

by - 2:58:00 pm

CASTELLA CAFE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selasa lalu lepas Team Travelogue Malaysia check out dari Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan singgah di Castella Cafe untuk menikmati makan tengah hari.

Mesti korang tertanya-tanya apa yang unik di Castella Cafe ni? Castella Cafe ni tempat makannya di dalam sungai tau. 

Inilah gambar masa kami nak menjamu selera hari tu

Air sungai ni sampai ke paras lutut tau (bagi yang katik)


Selain keunikan tempat makannya di dalam air dah tentu menu makanannya yang menjadi daya penarik korang untuk ke Castella Cafe ini. Castella Cafe menawarkan menu tradisi tetapi dengan cara yang berbeza. Misalnya makanan di sini dihidangkan di dalam buluh. Bila letak makanan dalam buluh aromanya lain tau. 

Ulam-ulaman dan ikan masak lemak dihidang dalam buluh
Lauk dihidang dalam buluh tapi nasi pula dimasak menggunakan buluh. Aroma nasi tu buat kita makan bertambah-tambah tau. Kalau nak menjamu selera di sini sila lupakan seketika teng diet yer.

Inilah nasi yang dimasak menggunakan buluh
Jom makan
Pakej makan-minum di Castella Cafe ini amat menjimatkan dan sesungguhnya berbaloi untuk wang korang. Sebabnya rasa keenakan menunya sangat luar biasa. Ikan pula fresh dari Tasik Banding sendiri. 

Menu yang menggoda nafsu
Masa kami menjamu selera hari tu, set trapia diberi untuk dicuba. Zumal suka ikan talapia bakar, ikan masak lemak, ulam jantung pisang dan sambalnya fuh sempoi habis. Memang menu kena dengan tekak orang kampung macam Zumal ni. Rakan-rakan media dari KL pun berselera makan di sini. 

Selain menjamu selera korang juga boleh menginap di sini. Ada chalet disediakan. Paling best harganya termasuk makan yang amat berbaloi. Rasanya nanti boleh datang bercuti dan bersantai di sini.

salah satu chalet di Castella Cafe

Anjung chalet view sungai

Di sini juga terdapat campsite untuk percutian lebih adventure
Kalau korang sini, korang boleh bergambar dengan musang yang jinak nie
Kalau nak datang ke Castella Cafe, korang boleh la buat tempahan dengan menghubungi Tok Janggut di 011-2050 3454 atau pun boleh rujuk di facebook Castella Cafe untuk sebarang info.

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.

You May Also Like

43 insan berbicara

  1. menarik dpt mkn2 kat sini sambil main air..nak pegi tu rasa jauh nak drive kalau semata nk mkn..kalau mmg buat JJCM 3 hari 2 mlm ke baru syok nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM. Pergi duduk lama situ ramai2 baru best.

      Delete
  2. wowwwww. menariknyaa makan dalam air! hahahaa. kena masuk tempat makan punya wish list ni. heheh

    ReplyDelete
  3. Bestnya mkn2 sambil kaki kt dlm sungai tu...lpr tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  4. Wah... Sangat² menarik tempatnya. Makan sambil main air. Confirm berselera. Kan?

    ReplyDelete
  5. Wah menarik sekali makanan tu Zumal..tradisional ..banyak dah Zumal pergi ya ..ramai2 pergi kan menarik luas pengalaman

    ReplyDelete
  6. Seronoknya menjamu selera sambil berendam mcm tu. Hidangan pun menyelerakan, malah persekitaran pun cantik dan nyaman.. mmg menarik.

    ReplyDelete
  7. ngat kl je ada tpt makan atas air. rupanya kt sini pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini dari tahun 2016 kalau tak silap zumal

      Delete
  8. kalau dekat dah lama mama ke sana.. baru tgk kat tv smlm mmg tempting sgt2

    ReplyDelete
  9. Menarik !! Kalau dekat² nak juga pergi tu. Unik sangat rasanya makan dalam air lepastu dihidangkan menggunakan buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Kelantan maybe 2 atau 3 jam boleh sampai ni

      Delete
    2. Kalau aku kebetulan mau pergi boleh juga singgah tu..

      Delete
  10. Kedengaran sangat menarik tempat percutian ini.

    ReplyDelete
  11. terbaek.. menarik tempat ni :)

    ReplyDelete
  12. Menarik sungguh lauk-pauknya 😋
    Tak kena hinggap dengan pacat ka dok rendam kaki kat situ? 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh jangan risau pacat dan lintah tak kelihatan maybe dia makan tempat lain

      Delete
  13. waa.. best nya !!!!!!!!!! teringin nak lepak kat suasana kampung cenggini.. hee~ masuk wishlist 2019 terus..

    ReplyDelete
  14. mmm... macam menarik je... Sekarang nie dah jarang sekali lalu kat area Grik tu...
    Kalau nak makan kat situ, kena plan travel ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu penginapan di situ pun ada. Di Belum Rainforest Resort pun dekat jer

      Delete
  15. oooo cafe ni laa yg msk majalah 3 tu...uiii mmg syokkk sgt ni rs mcm x nk blk hahaha

    ReplyDelete
  16. pergh unik sgt cafe ni..makan minum dalam air..nak pergi jugak makan kat sini..

    ReplyDelete
  17. Menariknya tempat makan. Sebelum ni pernah makan ayam buluh je. Itu pun dah rasa best. Tapi Castella laaagi best :)

    ReplyDelete
  18. Best dapat berdamping dengan nature. Makan pun kat sungai, tentulah laju kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu siap tambah sampai tak sedar dah 3 pinggan nasi

      Delete
  19. Di grik pun ada juga makan dlm sungai..

    ReplyDelete
  20. this place not bad yeah
    i like the food in bamboo

    ReplyDelete