BELUM RAINFOREST RESORT - PENGINAPAN TERBAIK DAN MENDAMAIKAN DI ROYAL BELUM

by - 9:01:00 pm

BELUM RAINFOREST RESORT - PENGINAPAN TERBAIK DAN MENDAMAIKAN DI ROYAL BELUM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, dalam entri kali ini Zumal akan kongsikan penginapan semasa menyertai Team Travelogue Malaysia dalam siri Travelogue Perak. Seperti Zumal kongsikan sebelum ini, kami telah ke Royal Belum dan menginap di Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak Darul Ridzuan. 

Kaunter Reception Belum Rainforest Resort

Ruang bergambar di lobi Belum Rainforest Resort

Kedai Cenderahati ada di atas Receptionist 

Untuk permulaan jom tengok bilik penginapan Zumal dahulu yer. Di Belum Rainforest Resort ni banyak jenis penginapan mengikut bajet dan keperluan kita. Zumal menginap di Villa Azlanii. Villa ini nampak ciri-ciri alam semulajadi dan bersebelahan dengan Hornbill Restaurant. Senang la nak makan-makan gitu.

Villa Azlanii
Kiri dan kanan lorong Villa Azlanii dihiasi pagar kayu
Dilengkapi 2 katil single

Belakang Zumal ada frezer, water heater

Bilik Zumal menghadap hutan

Bilik air yang bersih dan luas
Pada Zumal bilik di Villa Azlanii ni sesuai bagi mereka yang single datang bersama kawan. Sebabnya kemudahan tempat letak barang ada 2 bahagian. Dilengkapi kabinet, frezer, iron, hair dryer, aircond, kipas, meja tulis, lampu tidur dan sejadah pun dah disediakan jadi tak perlu la korang bawak. Tapi kat bilik ni tak ada tv tau. Sesuai la bagi yang nak menghayati suasana alam semulajadi dan yang datang untuk berkursus tu. Harga pakej untuk bulan Disember 2018, dari RM480 termasuk sarapan untuk 2 orang semalam.

Jom kita tengok pula penginapan mewah berkumpulan iaitu Villa Tanjung Wan, villa 2 tingkat ini ada 7 bilik mewah dan ada ruang makan utama, dapur, treadmill, private swimming poll, ruang tamu dilengkapi sofa dan tv besar. Villa Tanjung Wan mempunyai 4 katil bersaiz King dan 10 katil single.

Villa Tanjung Wan

Pandangan hadapan Villa Tanjung Wan

Setiap bilik di Villa Tanjung Wan dilengkapi balkoni menghadap tasik dan dilengkapi meja rehat dan buaian.

Balkoni Villa Tanjung Wan
Ruang makan bersama ruang tamu dan dapat terus akses ke swimming pool.

Ruang tamu

Ruang makan ataupun meeting

Swimming poll khas untuk Villa Tanjung Wan

Ruang santai di lobi utama Villa Tanjung Wan
Salah satu bilik tidur di Villa Tanjung Wan

Setiap bilik dilengkapi tv

Zumal berada di kawasan swimming pool 
Boleh berlari atas treadmill menghadap tasik

Inilah swimming pool Villa Tanjung Wan

Kalau korang tinggal di Villa Tanjung Wan ini, dah tak perlu ke restaurant kerana korang disediakan chef sendiri dan boleh menikmati. unlimited consumption of food dan tanpa alkohol. Harga penginapan di Villa Tanjung Wan ini bermula dari RM8200.00 semalam untuk 18 orang.

Sekarang kita lihat pula bilik di Villa Chengal. Villa Chengal mempunyai bilik yang cukup luas bagi penginapan keluarga atau berpasangan. Ianya juga sesuai untuk berbulan madu. Villa ini dilengkapkan dengan 1 katil bersaiz king atau 2 katil single, mempunyai bath tap dan bilik mandi yang sangat luas. Ia dilengkapi tv dan balkoni menghadap tasik ataupun menghadap taman. Villa ini mempunyai roof top untuk beristirehat dan swimming pool di hadapannya.

Villa Chengal

Balkoni menghadap tasik

Terdapat juga pilihan katil single

Harga penginapan di Villa Chengal ini adalah dari RM650 (garden view termasuk breakfast untuk 2 orang) dan dari RM780 (lake view termasuk breakfast untuk 2 orang)

Kepada mereka yang ingin menginap di atas tasik dan ingin memancing pula, korang boleh menginap di dalam houseboat. Sebuah house boat boleh memuatkan sehingga 14 orang dengan dilengkapi 4 cabin. Untuk pakej penginapan Houseboat ini korang perlulah menempah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal untuk proses permohonan permit.
Houseboat

Inilah bilik di atas house boat

Tempat lepak di roof top house boat

Sesuai untuk buat aktiviti santai dari atas
Houseboat ini dilengkapi dapur dan tandas juga ruangan open deck. Antara aktiviti untuk pakej houseboat termasuklah:

  • Easy Trekking
  • Nature Walks
  • Jungle Exploring
  • Fishing
  • Waterfall Dipping
  • Wildlife Spotting

Bagi pakej 2 hari 1 malam di houseboat adalah RM6400 dan bagi 3 hari 2 malam ialah RM11000 untuk 14 orang termasuk aktiviti dan makanan.

Terdapat banyak lagi tawaran pakej penginapan di Belum Rainforest Resort ini. Korang boleh rujuk di https://www.belumrainforestresort.com/accomodation 

Belum Rainforest Resort mempunyai 2 buah restaurant utama iaitu Hornbill Restaurant dan SiDai Restaurant. Restaurant ini menawarkan pelbagai menu daripada tradisi, Asian Cuisine dan Western.

Hornbill Restaurant
SiDai Restaurant
Sekian untuk entri kali ini, selepas ini Zumal akan kongsi mengenai aktiviti, menu dan tempat yang harus korang kunjungi ketika berada di resort ini. Untuk melihat apakah aktiviti yang boleh korang lakukan bolehlah rujuk DI SINI.

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.

You May Also Like

26 insan berbicara

  1. Bestnya dia dpt ke belum rainforest resort ni..syok dpt stay kt villa tu..tp rege bole tahan kn...kongsi ramai2222...view cantik...tenang je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rancang dan kongsi ramai2 mesti boleh kan...

      Delete
  2. Nampak selesa sekali rumah penginapan ni, berangan nak pergi situ

    ReplyDelete
  3. Wah banyak ya tempat Zumal pergi lawat ni. Bantu promot pasti ada yang tertarik nak ke sana. mana lah tahu Etuza coming here ..not impossible

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, semoga ada kesempatan ke sana yer Cikgu. Nanti lajak ke utara boleh berjumpa.

      Delete
  4. menarik nya konsep, back to nature. rasa maccam dok di kampung yg damai ja kan ^_^

    ReplyDelete
  5. WAH SERONOK N SELESA BERCUTI DI KELILINGI KEINDAHN ALAM SEMULAJADI

    ReplyDelete
  6. Wowowow menariknya tempat penginapan di Royal Belum niii....kena bagitau member2 ni kot2 boleh ajak ke sini sekali satu hari nanti 👍👍👍

    ReplyDelete
  7. House boat tu menarik betul. Villa tu pun best jugak. Sesuai sangat kalau nak santai dengan family atau kawan ramai2. Best2.

    ReplyDelete
  8. sis JM teringin nak tdo dalam houseboat..ntah bila nak sampai royal belum ni..mcm best jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, Zumal pun teringin tido dalam house boat, jom kongsi ramai2 ke sana. Hehe...

      Delete
  9. Lusa bilik di sini, malah sgt kemas dan selesa. Suasana menghijau yg menyegarkan.

    ReplyDelete
  10. cantik dan nampak sgt selesa.. houseboat tu dulu mama dan family teringin juga nak sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm houseboat kalau datang satu kumpung besar baru jimat

      Delete
  11. Kat house boat, boleh la memancing malam2...

    ReplyDelete
  12. tampak selesa...bkn mcm resort dlm hutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tak rasa macam duduk dalam hutan kalau masuk biliknya

      Delete