PASAR KARAT DAN FOOD TRUCK STATION @ UTC PERLIS

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita dalam titipan blog picisan ini. Pagi ni Zumal nak kongsi pengalaman berniaga di lokasi baru perniagaan Zumal dan Zumal berpeluang menjadi antara peniaga terawal memulakan perniagaan di Pasar Karat dan Food Truck Station @ UTC Perlis pada hari Sabtu lalu semasa ia dilancarkan.  Masih belum ramai peniaga yang mula berniaga pada hari tersebut. Mungkin Sabtu ini bakal penuh tapak perniagaan ini.


Tapak perniagaan adalah sekitar UTC Perlis terdiri daripada 10 tapak food truck, dan 100 tapak lagi untuk pelbagai seperti, barang lama, barang antik, koleksi khas, pakaian, bundle, pertanian dan macam-macam lagi la.

Tapak Pasar Karat dan Food Truck Station @ UTC Perlis ini akan dilangsungkan secara tetap pada setiap hari Sabtu dari pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam. Di samping membeli-belah, makan-makan korang juga boleh berurusan dengan agensi kerajaan yang ada di UTC Perlis ini. Masa menikmati makanan korang juga akan dihidangkan dengan tontonan skrin layar di hadapan food truck station tu.




Kelebihan lain korang membeli-belah di sini adalah korang boleh la tawar-menawar seperti di Nat Pokok Getah untuk barangan kategori berkaitan. Sekarang ni musim berjimat cermat jadi memang sesuai la berbelanja di sini.






Kepada peminat pasar karat boleh la ke tapak Zumal berniaga di sebelah kiri pintu masuk UTC Perlis iaitu di lot 9 dan 10. Macam nak promote pun ada kan. Mesti la kan. Jumpa korang di sana yer.

You May Also Like

22 insan berbicara

  1. Replies
    1. Zumal jual barang-barang lama dan terpakai jer

      Delete
  2. Sambil org bli brg kt psr karat sambil juga mkn minum kt food truck yg ada..best juga tu

    ReplyDelete
  3. alaa kalau start awal boleh la pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm pukul 5 petang baru start. Itupun ada yang sampai lewat

      Delete
  4. Menarik.. suka juga dpt dtg pasar karat ni. Teringin juga nak pergi klu ke perlis nanti, leh jumpa zumal sekali :)

    ReplyDelete
  5. Uish macam best ja, nanti cheq nak pi jenguk UTC jugak laa..InsyaAllah 😎

    ReplyDelete
  6. kn promote kuat sikit kadi org serbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah banyak group zumal promote event ni

      Delete
  7. Semoga dimurahkan rezeki ya Zumal..usaha dan tak kenal putus asa..meniaga ni sunah nabimuhammad SAW

    ReplyDelete
  8. ADA REZEKI NK JUGA KE SINI JUMPA ZUMAL

    ReplyDelete
  9. suka kalau pergi ke pasar karat ni sebab banyak benda jual. Mesti merah kan dekat sini zumal? All the best zumal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sambutan kali pertama pun meriah. Terima kasih Farhana.

      Delete
  10. jauh beno nk pegi nat pokok getah tu..bab boleh tawar menawar ti sis JM paling suka hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari rumah zumal pun jauh juga. Yang dekat di UTC jer. Jemput la datang, rasanya minggu ni dan minggu depan nak cuti jap

      Delete