HARAPAN DEEPAVALI SEORANG ZUMAL

by - 8:00:00 am

HARAPAN DEEPAVALI SEORANG ZUMAL


Assalamualaikum dan salam deepavali semua. Walaupun Deepavali sudah berlalu semalam tapi hari ni Zumal teringat nak share sesuatu yang belum pernah Zumal share kepada sesiapa tau. 

Nampak macam serius je ayat zumal tu kan. Sebenarnya dulu Zumal semasa masih kanak-kanak bila menghampiri Deepavali Zumal mengharapkan dapat menonton filem-filem Hindi di tv. Selalunya malam Deepavali akan ditayangkan filem-filem Hindi terkini atau yang box office la. Sebab tu Zumal menantikan hari Deepavali. Itulah harapan Zumal yang sebenar. Siapa terkena baca entri ni ye?

Eh selain tu kan, harapan Zumal bila menjelang Deepavali ni adalah untuk menikmati makanan-makanan tradisi masyarakat India tapi Zumal ni tak la tahu nama makanan tu. Tapi Zumal suka. 

Zumal tak ramai rakan daripada kaum India jadi takde la nak pergi beraya sangat cuma semasa Zumal bergiat aktif dalam NGO warga emas suatu masa lalu ada yang Zumal tak sabar tunggu iaitu duit raya. Ada sorang AJK warga emas ni dia orang yang berada dan selalu jemput ke rumah masa Deepavali. Paling tak sangka Zumal yang tua ni pun dapat duit raya tau. Hehe...

Itu saja la cerita harapan Zumal bila menjelmanya cahaya Deepavali. Selamat Hari Deepavali buat semua yang meraikannya...

You May Also Like

16 insan berbicara

  1. sha pulak geram sebab cerita sha nak tak tayang sebab dorang tayang cerita india

    ReplyDelete
  2. Deepavali mesti lawat kawan India. Satu rumah pun dah kira ok.

    ReplyDelete
  3. Harapan Yun Sing kat youtube je la filem Hidi tu.. hahaha nasib la jauh ke utara~

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya zumal.. 1malaysia gitu

    ReplyDelete
  5. Hihihi terkena cheq baca entri ni....Deepavali Vartikal! 😂😎

    ReplyDelete
  6. zaman sekolah ada ramai kwn2 india... laa ni dah keje, sorang pun x de kwn2 india...

    ReplyDelete