BLACKWOOD KANGAR

by - 5:04:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Misi Travelogue Langkawi dah tamat pun tunggu siri Travelogue baru pula dalam hujung bulan atau awal bulan depan ni. Sekarang Zumal dah kembali berpijak ke dunia sebenar Zumal di Perlis. Hari ni Zumal nak kongsi pengalaman terjah Blackwood Kangar bersama Encik Iz dari Viral Food Malaysia. Jom ikuti perkongsian kami yer.

BLACKWOOD

Blackwood ni sebenarnya depan kedai zumal je. Sekarang ni kedai pun dah tinggal kenangan pun. Takpe lain kali la zumal cerita. Kali ni kita makan dulu. Mai tengok apa yang kami jumpa di Blackwood tu.

Dekat pintu masuk tu Zumal terpegun nampak penyambut tetamu yang cute
Blackwood ni antara cafe ala hipster yang agak terkenal juga di Perlis dan di utara bagi penggemar coffee dan chocolate gitu. Kami ke sini pun sekadar nak minum petang jer. Minum kopi la katakan.


Zumal order black coffee je dan Encik Iz order chocolate. Kami order roti je, nama menu sandwich with scramblet egg. Saiz roti tu pun besar juga boleh tahan kenyangnya. Tapi Encik Iz kita tu tak kenyang lagi dia pi order kek pulak.


Kek blackforest, fuh rasanya memang A la. Saiznya tu sangat besar kalau makan sorang confirm tambah buncit perut ni nasib la datang berdua dengan Encik Iz.

Untuk pengetahuan korang cafe ni popular dengan menu western jadi kalau nak cuba boleh berkunjung di Blackwood Kangar ataupun Arau. Blackwood Kangar ni bersebelahan Majlis Perbandaran Kangar je manakala Blackwood Arau ada di belakang Cmart Arau tu.


Dalam Blackwood Kangar ni ada ruang jualan cenderamata seperti baju, topi dan macam-macam lagi. Yang special adalah cenderamata khas dari Perlis la. Deko dalam cafe pun cantik-cantik cuma fon zumal tak mampu capture gambar sebab cahayanya romantik sangat.



Ini saja perkongsian zumal yer. Jemput la datang ke Blackwood yer.

You May Also Like

30 insan berbicara

  1. Wah.. menarik cafe nya.. hipster gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. deconya sangat menarik sayangnya fon zumal tak dapat tangkap gambar yang cantik

      Delete
  2. Pernah masuk sekali blackwood kt alor setar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo zumal tak pernah pergi lagi cawangan sana

      Delete
  3. waktu buka pukul brapa? teringin pulak sha nk g haha

    ReplyDelete
  4. Hahahaha jauh bebenor tempatnya haha. Masuk dlm list je ler. ada masa ke sana blh nyinggah.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/lazada-1111-blogger-contest-biggest-one.html

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Terutama sandwich tu. Huhu.. Safiena penggemar sandwich.

    ReplyDelete
  6. menarik kedai dia. Boleh singgah nanti kalau jalan-jalan ke perlis...

    ReplyDelete
  7. suka menu western...kek tu nmpk yummy...oh ada juga jual cenderamata

    ReplyDelete
    Replies
    1. keknya memang sedap, memang zumal recommended

      Delete
  8. uniknya hiasan dalam cafe ni.. menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda unit tapi fon problem masa tu jadi Tak dapat tangkap gambar cantik.

      Delete
  9. Asalam Zumal..wah banyak pengalaman dapatan dari travel ni ya. Jauh berjalan luas pendangan minda segar..terapi minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cikgu, Alhamdulillah dapat hilangkan stress

      Delete
  10. Wahh menarik cafe ia tu.. macam-macam. View ia pun nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cafenya cantik, sebenarnya ruang customer duduk pun ada pelbagai, ada di meja makan ada kat atas sofa macam ruang tamu atau lobi

      Delete
  11. Oooo.. Cafe rupanya. Inshaallah kalau berpeluang nak juga merasa menu di sana.

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaaa! Warna dia hitam pekat buat terlioq teruk

    ReplyDelete
  13. lepak lama2 smbl mkn kek ni mmg syok ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies, tak sedar masa dah nak maghrib.

      Delete