PENGINAPAN KAMPUNG STYLE DI THE GEMALAI VILLAGE LANGKAWI

by - 4:13:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni Zumal masih lagi nak bercerita tentang siri Travelogue Langkawi tapi kali ini tentang penginapan hari pertama Zumal di Langkawi pada 24 September 2018 lalu. Nak tahu tak kat mana Zumal menginap malam pertama kat Langkawi tu? 

The Gemalai Village

Untuk malam pertama di Langkawi, Zumal menginap di The Gemalai Village Langkawi. The Gemalai Village ni terletak di Muzium Laman Padi, Jalan Pantai Cenang. Untuk pengetahuan korang The Gemalai Village ini dimiliki dan diurus oleh LADA Eco-Tourism Group selain Gemalai Restaurant, Tasik Dayang Bunting, Ayer Hangat Village, Geopark Hotel dan Geopark Inn Seaside.

Suasana indah dan damai

Zumal rasa tenang ketika di The Gemalai Village

Chalet kelihatan seperti sebuah perkampungan kecil

The Gemalai Village menawarkan 6 buah chalet dengan binaan tradisonal Malayu dan terletak pula di atas bendang yang cukup nyaman dan tenang. Zumal dah lama impikan penginapan ala kampung macam ni sebab kalau kampung Zumal dulu pun depan rumah ada jalan raya. Di Gemalai Village ni jauh dari hiruk-pikuk kota raya. Sekali-sekala kita akan mendengar kokokan ayam, bunyi cengkerik dan bunyi kerbau.

Ada 2 ekor kerbau yang sangat jinak dalam kawasan The Gemalai Village

Berehat dihadapan bilik sambil melihat sawah terbentang luas

Ada ruang rehat di hadapan bilik chalet

Walaupun penginapan ala kampung tapi korang jangan risau kerana kemudahan yang disediakan di The Gemalai Village juga setanding dengan hotel bahkan lebih hebat dari itu.

Katil Queen yang empuk

Ruang rehat untuk menikmati minuman sambil menonton tv

Bilik yang sangat luas sesuai untuk penginapan bersama keluarga

Dilengkapi mini bar

Suasana bilik air yang cantik

Menikmati mandian dalam bilik air berdinding buluh
Malam pertama Zumal di The Gemalai Village ini terkenang suasana kampung masa kecil dahulu. Zumal dapat tidur nyenyak dan melayari mimpi-mimpi indah. 

Tidur sorang tanpa gangguan
Jika korang memilih The Gemalai Village sebagai lokasi penginapan di Langkawi jangan lupa bawa pancing bersama kerana korang boleh memancing di bendang ini. Selain itu korang juga boleh melawat Muzium Laman Padi dan juga menikmati hidangan ala kampung di Gemalai Restaurant di sini. Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki untuk ke Pantai Cenang untuk menjalankan pelbagai aktiviti pantai.

Gambar kenangan sesudah subuh

Suasana tenang dan mendamaikan

Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi

The Gemalai Village Laman Padi
Jalan Pantai Cenang
07000 Langkawi
KEDAH.

Tel: 604-955 3225
Email: sales@ladaeco.my

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

You May Also Like

10 insan berbicara

  1. macam perasan tempat ni, ala bestnya cantik! kalau sha, ha penuh phone dengan gambar kat sini hehe

    ReplyDelete
  2. Syoknya zumal. ..Semalam brapa ni

    ReplyDelete
  3. perasan gak tempat ni dan teringin nak cuba tidur gak tp kami risau je sebab kang macam2 binatang plak di bendang tu (spesies budak bandar sungguh)

    ReplyDelete
  4. jgn ada yg mengigau turun ke sawah nk tanam padi sudah ler hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm risau juga tapi nasib la zumal letih beraktiviti takde la mengigau berjalan. Hihi...

      Delete