PENGALAMAN MENGAGUMKAN BERSAMA UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES

by - 3:39:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam episod Travelogue Langkawi. Kali ini Zumal cerita mengenai aktiviti lasak dan mencabar yang Zumal turut serta bersama team Borakkita di Langkawi. Sebelum ini dah ada aktiviti macam ni yang Zumal join tapi kali ni lebih lasak dan lebih mencabar. Apa tu? Sabaq sat nanti Zumal cerita.

Umgawa Legendary Adventures

Kali ni Zumal beraksi pula di Umgawa Legendary Adventures. Sebenarnya Zumal dah kecut perut bila dengar cabaran di Umgawa ni lebih dahsyat dari tempat yang kami pergi sebelum ni.

Untuk pengetahuan semua, Umgawa Legendary Adventures ni terletak di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi. Umgawa ini dibina dengan kelengkapan bertaraf antarabangsa dan dibina oleh para jurutera berpengalaman. Mereka telah berjaya dalam bidang zipline eco-canopy tour di Thailand, Kemboja, Indonesia, Kanada, Austria, China dan Nepal. Jadi kita dah tak perlu takut dan gusar untuk mencubanya sendiri kan. Tak gitu?

Kena isi borang ni sambil menikmati welcome drink yang sangat sedap

Skyranger Umgawa memberikan sedikit taklimat sebelum kami memulakan aktiviti
Dah siap isi borang tapi debaran dalam hati hanya Allah yang tahu
Kami tengah khusyuk tengok demo yang dilakukan oleh skyrangers Umgawa
Di Umgawa ni para peserta tak dibenarkan lakukan sendiri clip pada zipline, hanya skyrangers yang akan pasang dan buka untuk para peserta. Pada Zumal cara ini buat kita rasa lebih selamat sebab Zumal nak pasang itu ini sendiri rasa macam tak yakin jer.



Dari tempat pendaftaran tu kami dibawa menaiki jeep untuk ke kaki gunung untuk memulakan pengembaraan kami.

Mendaki anak tangga untuk ke tapak permulaan

Para peserta perlu menaiki anak tangga untuk tempat permulaan zipline. Laluan yang sama untuk sampai ke Telaga Tujuh. Rasa semput juga la mendaki anak tangga ni tau. Tapi jangan risau la korang mesti boleh kalau Zumal pun boleh sampai ke atas.
Inilah Air Terjun Telaga Tujuh

Kami bergambar di Telaga Tujuh sebelum memulakan cabaran zipline
Untuk pengetahuan korang masa sampai Air Terjun Telaga Tujuh ni Zumal rasa sakit perut la, sakit kaki dan semput. Macam dah nak mengalah jer. Tapi kalau tak join rasa menyesal pula nanti.

Takut sangat masa ni

Masa permulaan Zumal merentasi zipline ni gabra, cuak, seriau, takut semua ada dah. Nak tengok depan pun takut. Tambah pula Zumal ni gayat orangnya. Nak tahu tak apa yang Zumal buat untuk hilangkan rasa takut tu? Hmmm teruskan membaca.

Dah mula boleh senyum selepas selesai beberapa station



Bila tengok balik gambar yang Umgawa bagi rasa rugi lak tak beraksi macam kawan-kawan lain buat. Pada korang yang nak join aktiviti di Umgawa ni jangan buat yang terbaik dan abadikan pengalaman korang tu dalam gambar berserta aksi hebat yer.




Selain cabaran zipline tu, di Umgawa ni ada juga skybridge yang perlu kita lalui. Tengok tu muka dah ada senyum. Sebenarnya Zumal nak hilangkan rasa takut tu Zumal gelak mengilai-ngilai atas pokok tu. Kalau ada langsuir pun dia ngaku kalah dah. Bila dah buat perlakuan pelik tu Zumal dah mula seronok bergayut kat zipline Umgawa ni.



Tengok la sahabat kita Asyraf Asri beraksi, Zumal sampai ke sudah tak berani lepas tangan. Tapi rasa rugi lak. Nanti masa korang pergi jangan lupa buat macam-macam style kot dapat jadi kenangan indah korang kat sana.

Untuk pengetahuan korang, tak perlu bawa kamera pun tak pe kerana Umgawa sediakan jurukamera untuk merakam aksi korang kat zipline tu. Sebelum korang balik korang dah terima gambar korang tu melalui email.



Dalam pertengahan cabaran zipline tu korang akan melintasi Air Terjun Telaga Tujuh. Masa ni kalau nak ambil gambar kenangan pun cantik. Untuk pengetahuan korang juga masa melintasi air terjun ni korang akan melalui zipline terpanjang iaitu dalam 200 meter. Dalam merentasi zipline ni korang bukan sahaja dapat melihat air terjun bahkan kalau cuaca baik korang dapat tengok Laut Andaman yang terbentang luas serta puncak Gunung Mat Chinchang.

Korang nak tahu tak berapa ketinggian pokok yang kami bergayutan tu? Tingginya 80 meter tau. Kalau gayat jangan tengok bawah yer. Tapi kalau tak tengok rugi gak. Hehehe... Zumal jamin siapa yang gayat tu lepas merentasi semua cabaran ni korang dah hilang gayat tu. Seronok lagi adalah...

Dalam pakej Umgawa ni ada 2 pilihan cabaran iaitu Big Waterfall Adventure dan Jungle Flight. Untuk cabaran Big Waterfall Adventure korang akan mengambil masa dalam 2 jam setengah dan melalui 12 zipline, 3 skybridge dan 1 thrilling abseil. Kalau untuk Jungle Flight korang hanya ambil masa 1 jam dan melalui 6 zipline, 1 skybridge dan 1 thrilling abseil. Kami semua ambil Big Waterfall Adventure tau. Jom layan video istimewa dari Zumal.


Macam mana tercabar tak untuk merasai keseronokan di Umgawa Legendary Adventures ini? Apa tunggu lagi booking la segera di talian 6013-343 8900



UMGAWA LEGENDARY ADVENTURES

Air Terjun Telaga Tujuh
07100 Langkawi
KEDAH

Tel: 604-950 2828

Email: info@umgawa.com

Website: www.umgawa.com

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

You May Also Like

4 insan berbicara

  1. bestnya Zumal. Macam-macam aktiviti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, best sangat. Dah lama rindu aktiviti camni

      Delete
  2. sy suka aktiviti mcm ni.... best nya kalau dpt join skali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Anies, zuaml rasa macam nak pergi lagi jer

      Delete