MEREDAH LAUTAN DENGAN SEA SPLASH LANGKAWI

by - 1:22:00 pm

MEREDAH LAUTAN DENGAN SEA SPLASH LANGKAWI


Sea Splash Langkawi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ini Zumal nak sambung entri Travelogue Langkawi seperti yang Zumal janjikan. Musim cuti dah nak mai elok la Zumal sampaikan info menarik ni kepada korang sepantas yang mampu yer.

Korang pernah tak impikan untuk belayar  melihat lautan luas terbentang dan keindahan pulau-pulau sekitar Langkawi? Masa siri Travelogue Langkawi hari tu team Borakkita Media telah berpeluang menaiki Sea Splash Langkawi pada 25 September 2018 lalu.

Sea Splash Langkawi bukan sahaja untuk aktiviti memancing laut dalam tapi juga sesuai untuk cruising, snorkeling, selaman skuba dan pelbagai aktiviti keluarga. Sea Splash Langkawi yang PERTAMA dan SATU-SATUnya cruise tanpa alkohol di Langkawi. Sea Splash Langkawi menawarkan beberapa pakej iaitu Sunset BBQ Dinner Cruise, Island Escape + Fish Farm Adventure, Sea Splash Private Cruise, Sea Splash Fishing Trip dan Sea Splash Koh Lipe Trip.

Untuk pengetahuan korang Sea Splash Langkawi ini berpengkalan di Royal Langkawi Yatchs Club (RLYC) yang terletak di Kuah, Langkawi. Bagi pakej Sea Splash Sunset BBQ Dinner Cruise, pelayaran bermula pada jam 5.00 petang dari RLYC. Inilah pengalaman pertama Zumal menaiki cruise di perairan Langkawi.

Sesi Taklimat Oleh En Meor

Setelah kami semua memasuki kabin Sea Splash, kami diberikan taklimat oleh Encik Meor tentang Sea Splash dan perjalanan yang bakal kami tempuhi. Kami juga diberikan 'welcome drink' bagi menyambut para tetamu yang ada.

Kami Menikmati Welcome Drink Di Sea Splash
Lokasi pertama kami singgah adalah berhadapan Dataran Helang. Kebiasaannya kita hanya bergambar di darat jer. Tapi kalau berada di atas Sea Splash kita boleh bergambar dari laut.



Dataran Helang

Setelah selesai bergambar dan bergaya macam-macam style di Dataran Helang tu, kami terus bertolak ke arah Pulau Singa Besar. Dalam perjalanan tu kami dapat menikmati pemandangan pulau-pulau sekitar Langkawi.







Dari kiri Encik Shukri dari LADA dan Encik Dafi dari Sea Splash

Nasib la tak mabuk laut tapi ada juga la rasa  sedikit gayat berjalan atas Sea Splash yang sedang bergerak ni. Tapi jangan risau Sea Splash ini bergerak slow jer. Bila dah biasa tu senang la nak bergambar, bergaya macam filem Titanic. Apa pun ini pengalaman yang paling seronok dalam hidup Zumal.

Tiba jer di Pulau Singa Besar, kami dapat melihat banyak helang di kawasan tersebut. Helang-helang dari pelbagai spesies itu jadikan kawasan perairan Pulau Singa Besar sebagai kawasan mencari makanan. Untuk pengetahuan semua, Sea Splash adalah satu-satunya cruise di Langkawi yang belayar paling jauh. Memang berbaloi kalau korang pilih pakej Sunset BBQ Dinner Cruise ini. Di bawah ni Zumal kongsikan gambar aksi-aksi helang menyambar ikan di sekitar Pulau Singa Besar.


Kagum betul bila dapat lihat dengan mata sendiri burung-burung helang mencari makan di sini. Ini adalah pengalaman pertama zumal lihat helang mencari makan. 

Setelah hampir setengah jam Sea Splash mula belayar meninggalkan Pulau Singa Besar. Sea Splash mula menebarkan jaringnya. Mulanya Zumal tak tahu apa yang bakal dilakukan oleh para krew Sea Splash ni, rupanya inilah yang dinamakan Jacuzzi Net. 

Rakan-rakan Media Menikmati Kesejukan Air Laut Dalam Net
Zumal macam yang korang tahu la, memang takut air kerana pengalaman seram dulu kala tu. Tapi bagi korang yang tak tahu berenang jangan la risau kerana anda dibekalkan life jacket kalau nak menikmati kesejukan air Laut Andaman ini. 



Selesai mandi-manda kami dihidangkan makan malam di samping dapat melihat panorama sunset Langkawi. 

Semasa menikmati dinner di atas Sea Splash


Pelbagai hidangan termasuk kambing golek turut disediakan







Kebiasaannya sunset ni tidak ambil masa terlalu panjang, jadi jika korang nak bergambar suasana sunset kena cepat-cepat ambil peluangnya. Rugi tau macam zumal sebab masa sunset bateri dah hampir kong.

Alhamdulillah pelayaran kami tiba semula di RLYC hampir jam 8.30 malam. Inilah pengalaman yang sangat bermakna buat Zumal dan Team Borakkita Media. Untuk dapatkan pakej Sea Splash Langkawi, anda boleh lawati laman web www.seasplashlangkawi.com atau boleh berkunjung ke pejabat urusan di:

Sea Splash Langkawi
Lot 12, Fisherman Whart
Royal Langkawi Yatchs Club
Jalan Dato Syed Omar, Kuah,
07000 Langkawi
KEDAH

Tel: 04-961 0589



Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

You May Also Like

16 insan berbicara

  1. bestnya.. macam naik kapal orang kaya.. hahaha

    ReplyDelete
  2. berapa harga tu kalau nak naik?

    ReplyDelete
  3. Teringin nak bercuti naik Cruise..harap-harap tahun depan tercapai laa, sebab dah plan ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pemandangan laut dari atas kapal tuu, perkongsian percutian yang menarik 👍😎

    ReplyDelete
  5. Best.. tambahan lagi dpt tengok sunset. Pasti pengalaman yg takkan dilupakan.

    ReplyDelete
  6. dari jeti kuala kedah x de ke? nk rs jg jd org have have ni hahahah

    ReplyDelete
  7. Bestlah dapat pengalaman naik cruise ferfeeling Jack & Rose dalam citer Titanic hiks!

    ReplyDelete
  8. menarik ni utk dijadikan itinerary honeymoon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah best ni, nak ambil pakej lebih dari sehari pun boleh

      Delete