HAMPIR PENGHUJUNG

by - 6:58:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari semakin cepat berlalu. Umur juga terasa makin singkat. Zumal rasakan bagai dah sampai penghujung perjalanan hidup ini dengan tahap kesihatan yang makin rendah. Zumal minta maaf kerana masih belum sempat berblogwalking ke blog rakan-rakan. Mood zumal pun bagaikan hilang ke lautan dalam.

Bila sibuk dengan berniaga pasti balik berniaga perlukan rehat tapi kesempatan untuk berehat tu bagai telah digugat. Rumah makin serabut. Bising siang malam. Stress jadinya. Bertambah stress lagi bila hari tu keluar berniaga tapi tiada sebarang hasil. Balik rumah tengok serabut.

Orang tak faham nak buat macam mana kan. Redha je la. Akhirnya Isnin lepas zumal dah tak dapat nak redha lagi. Balik tengok rumah semak. Masa tu semput teruk gila dah. Nak membebel tu menambah stress je. Zumal ambil keputusan rehat di masjid je. Masa kat masjid tu mata dah jadi gelap. Tak tahu kenapa. Masa tu jam 3.00 petang. Kaki Zumal pun dah tak bermaya.


Masa dah masuk Asar, zumal dah boleh berdiri lagi. Zumal solat atas kerusi ja. Selepas solat Zumal berehat di belakang masjid. Zumal rasa macam dah sampai masa untuk pergi selamanya. Dada pun makin sakit dan pedih.

Dalam pukul 6.00 petang lebih sahabat zumal datang ke masjid, Faizal dan Arif nak tengok keadaan zumal macam mana. Dorang pujuk nak bawak zumal ke hospital. Dalam keadaan sakit tu Zumal setuju saja.

Sampai di Kecemasan HTF, zumal terus daftar masuk. Kaki dah tak kuat berdiri kat kaunter kecemasan tu. Nasib la Faizal sampai tepat bawak kerusi roda. Rasa macam demam tapi sakit merata tempat. Mata macam gelap dan semakin kabur.

Zumal dapat rawatan awal. Sebab masa tengah check tu dorang kesan ada tanda serangan jantung. Zumal dibawa masuk ke bilik nebulizer kerana masa yang sama semput teruk dan inhaler pun macam tiada kesan lagi. Zumal ulang guna nebulizer tu sampai 3 kali. Lepas tu doctor cakap zumal kena tahan kat wad. Badan masa tu ketar  @ gigil teruk. Rasa macam sejuk dalam ais. Kena tunggu result darah. Dalam pukul 11.00 malam dapat result kemudian doktor suruh pergi x-ray pula.

Zumal hanya duk menghitung bila la nak selesai semua ni. Rasa teruk sesangat. First time jadi macam ni.

Dalam pukul 12.00 pagi pendaftaran masuk wad selesai. Zumal disorong ke wad. Ini la kali pertama Zumal bermalam di wad sebagai pesakit.




Zumal ditempatkan di wad Blok A, Tingkat 5 di Hospital Tuanku Fauziah. Inilah kali pertama nak rasa kena cucuk selalu. Selalu rasa gerun bab doktor atau misi datang nak cucuk. Alhamdulillah la zumal tak rasa ianya terlalu sakit maybe badan pun lemah sangat. Buat je la apa pun asalkan lega.

Kadang-kadang terfikir zumal akan sembuh ke? Sangat menakutkan kalau terus terbaring je. Baik kena tanam je. Zumal ni sorang2 baik mati je dari terbaring tak boleh buat apa.

Syukur Alhamdulillah, petang hari kedua zumal dah makin sihat. Masa awal datang dorang check gula pun tinggi. Malam kedua dah kurang ke 6 dari 12 masa mula-mula masuk.

Pagi esoknya doktor kata zumal dah boleh balik petang tu. Syukur Alhamdulillah. 

Doktor kata petang tapi pukul 11.00 dah nak bawak zumal turun. Ingatkan ada lagi rawatan kena ambil rupanya dorang bawak zumal ke bilik rehat yang dinamakan Discharge Lounge.




Masa kat bilik rehat ni, zumal hanya nantikan bahagian farmasi hantar ubat untuk zumal bawak balik. Dan masa yang sama zumal ke kaunter daftar wad untuk buat pembayaran. Semua kos 2 hari tu cuma RM58 je. Syukur Alhamdulillah. Tapi kerana banyak hari dah tak berniaga, duit pun makin susut.

Itulah kisah seorang manusia yang tak pernah kena tahan di wad sebelum ni. Ini pun zumal masih ada rasa kurang sihat tu. Pagi tadi dah mula berniaga tapi hanya dapat RM18 je. Sedih tau.

You May Also Like

18 insan berbicara

  1. Rezeki Allah luas. Semoga zumal tidak putus asa mencari rezeki ✌🏻

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/book-review-pelukis-jalanan.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Allah, sabarlah zumal. Ni adalah ujian untuk zumal. Zumal kena positif dan zumal kena ingat masih ada lagi yang lebih susah dari zumal. Apa apa pun jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
  3. moga cpt sembuh dan muarh rezeki zumal..:)

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah Zumal..kena uji macam2 ni bermakna Allah Taala ingat dan sayang pada hambaNya. Syukurlah masih ada kawan2 yang mengambil berat juga kan? :)

    ReplyDelete
  5. Semoga Zumal sihat hendaknya. Pasal blogwalking tu... Tak perlula risau. Take care ok.

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh, betul bila berniaga kecil-kecilan ni bila dapat sikit memang terasa peritnya...nak cakap lebih-lebih tak berada dalam situasi tuan zumal, jadi saya cuma doakan semoga semuanya baik nanti dan doakan saya juga ya

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan semuanya, dilapangkan rezeki dan diberi kesembuhan segera.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. masa kita sakit, Allah tarik 3 perkara, keceriaan wajah, selera makan dan dosa kita. bila dah sembuh, Allah beri 2 perkara je, keceriaan wajah dan selera makan. Tp Allah TAK HANTAR BALIK dosa kita... semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar. semoga terus bertabah. Cik Mien doakan zumal murah rezeki kaya dan berjaya dunia akhirat. yang penting semangat harus kuat.

    ReplyDelete