TIPAH TERTIPU

by - 12:01:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Masih teringat lagu Tipah Tertipu nyanyian kumpulan Ruffedge suatu ketika dulu. Lagu yang mengambil ilham dari filem Ali Setan yang merupakan sebuah filem lagenda yang tidak kering gusi kita tonton dan juga ada juga babak mengusik emosi kita yang menonton.

Zumal bukan nak cerita bab lagu Ruffedge atau pun filem Ali Setan tu tapi saja nak cerita pengalaman tertipu dengan sebuah bengkel kereta di Perlis. Bengkel tersebut kononnya pakar dalam bab radiator.

Kisahnya bermula, zumal dengan kawan zumal iaitu Faizal ada hantar kereta di sebuah bengkel sahabat kami bertanyakan tentang radiator yang setiap hari pasti air kurang jadi dia syorkan kami ke Beng Reng Radiator di Seriab Perlis untuk check bocornya di mana.

Sampai je di bengkel tersebut zumal memang minta dia check kat mana bocor. Semasa dia check pressure dia sendiri sebut 'ini ada lubang besar jarum saja'. Zumal pun tanya boleh baiki atau tak? Dia kata kena buka tengok. Tapi lepas buka tengok dan lepas dia basuh tangki radiator Cik Tam, tetiba dia cakap ini sudah banyak lubang, sudah besar. Ini tangki tak boleh pakai dah. Hampa tengok kan perubahan dari ayat mula-mula dia cakap, besar jarum tetiba lepas dia cuci tetiba lubang jadi besar. Hampa rasa? Orang tu cakap betul ke tipu? 

Zumal dan kawan syak ada drama penipuan kat situ. Jadi kami minta dia pasang balik radiator tu dan kata tak cukup bajet nak buat. Kami pun berdrama juga la. Dia cakap Cik Tam ni sekadar boleh sampai rumah je sedangkan asalnya kami ke kedai dia boleh je sampai. Zumal syak dia ada buat sesuatu yang memang cukup untuk sampai rumah jer. Memang betul malam tu radiator dah kering, isi pun dah keluar balik macam air terjun ja.

semasa pekerja bengkel tu pasang semula kipas

Balik dari kedai tu kami pergi kedai sparepart beli radiator baru untuk cik tam dan beberapa barang lain termasuk minyak enjin. Kos masa tu baru RM224 tapi kat kedai Beng tu radiator saja pun dah RM280 tau. 

Hari ni cik tam dah ok, bengkel kawan Faizal pasangkan dan caj cuma RM30 jer. Itu pun dia tukarkan minyak hitam cik tam. Jadi bajet untuk semua tu masih murah berbanding bengkel sebelumnya. Nanti zumal review bengkel kawan kepada kawan zumal tu yer...

You May Also Like

24 insan berbicara

  1. Pernah hampir jd tipah tetipu juga, keta xcident, msk spital, bila nak ambik cek body dia, cat blkg x metallic, penutup bonet depan boleh msk tunjuk jari, luas je. Ckp kt chief makenik, ni bukan tutup depan dia, bkn size dia dan cat blkg tu pun bkn cat dia, of cos aku tau sb beli extra mahal kerna cat tu saja. X jwp spatah pun. Nx ambik, semua ok, ckp kt dia, wl aku puan, yg tak tgk mgkin boleh tipu tp body blackie ni, pasti aku tau tiap inci. Waseh jd pnipu tipah sat 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la bengkel ni kekadang ada yang cari extra income dengan penipuan

      Delete
  2. Selalunya mmg cmtu la. dari benda kecik ttibe boleh pulak jadi benda lain huhu. org kata "kena ketu"

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-review-nota.html

    ReplyDelete
  3. Kena hati² pilih bengkel. Suami Fiza dulu pun hampir tertipu.. Nasib baik ada akal nak try bengkel lain dulu. Kdkadang ada bengkel saja je nak cekau duit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas pun pernah juga terkena dengan bengkel sampai 16xx

      Delete
  4. nasib zumal bijak bertindak..klu x mmg kna tipu dah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm nasib ada kawan sama, akal sorang rasanya bengkel tu dah boleh pekena

      Delete
  5. cekik darah betul harga tu..

    ReplyDelete
  6. Kena hati2. Macam2 tektik ak menipu skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dorang kira nak untung ja walaupun dengan cara tak betul

      Delete
  7. Aish..saya pun pernah kena jugak aritu. Susah nak cari bengkel yang betul2 jujur. Kalau dah jumpa tu, memang untunglah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit sebanyak kena tahu hal kereta baru tak kena tipu macam zumal ni

      Delete
  8. Kereta saya Alza dan sekarang saya cuma ambil ke Perodua servis centre untuk ganti apa-apa kerosakan spare part utk kereta saya. Jarang pergi ke bengkel sebab dah beberapa kali kena tipu jugak.
    RG Cenderahati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la bengkel sebarangan tak boleh pakai, pusat servis memang terbaik la tapi mahal. Hehe...

      Delete
  9. Eeeeee geramnya cheq baca... alhamdulillah laa tuan blog tak terkena :)

    follower #878

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mujur ada kawan yang tahu pasal kereta

      Delete
  10. bakau je kedai yg menipu ni! hidup nk menyusahkan org je

    ReplyDelete