SECOND ROUND DI MAULANA CAFE PERLIS

by - 6:40:00 pm

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa yer para pembaca blog  sekalian. Sejak Zumal berniaga dalam pasar pagi ni Zumal tak sempat fokus kat blog. Maklum la berniaga kat pasar ni perlu lebih tenaga. Bila balik rumah letih pastu rehat panjang dan kekadang perlu keluar untuk cari stok barang berniaga. Kalau dulu Zumal fokus sehari je di pasar pagi @ nat tapi sekarang Zumal dah masuk 4 hari seminggu kat pasar pagi. Kedai pun jarang buka sebab rezeki banyak kat pasar pagi jer. Insha Allah minggu depan baru buka kedai tapi petang jer la... Tu pun nak suruh adik jer jaga. Lepas ni rasanya kedai tu nak tukar jadi ofis aje la senang customer blog nak berurusan kan... Hari ni tak nak cerita hal tu tapi nak cerita pasal jalan-jalan cari makan semalam bersama kawan Zumal.

Maulana Cafe
Kawan Zumal tu belum pernah pergi Maulana Cafe jadi bila tanya bab tempat makan yang baru kat Perlis, Zumal teringat Maulana Cafe jer. Faktor lainnya sebab menu kat sana cuma dari RM1.90 jer. Jimat kan. Tapi lagi jimat sebab kawan zumal yang baik hati ni nak belanja. Hehe...

Sebelum ni zumal kongsi pasal Maulana Cafe kat SINI. Disebabkan dah pernah datang jadi misi untuk second round ni Zumal nak cuba menu lain pulak. Maklum la hari tu pergi dah malam tak boleh makan banyak sangat nanti nak tidur pun susah.

Untuk misi semalam, zumal dan kawan zumal cuba Nasi Ayam Rendang, Nasi Ayam Kicap, Mini Cheese Pizza, Burger Daging Grill Cheese, Chicken Grill dan airnya Strawberry Sprite dan Cappuchino. Macam mana banyak tak kami order. Haha. 

Menu nasi ni siap sepantas kilat tau
Menu yang mula-mula sampai ke meja kami ialah air dan menu nasi. 

Nasi Ayam Rendang
Nasi Ayam Rendang ni harganya RM1.90 jer. Walaupun tak besar sangat tapi lebih besar dari nasi lemak seringgit kat kedai lain tu. Nasinya bukan nasi putih atau nasi lemak tapi lebih kurang macam nasi hujan panas tu. Ada rasa lemak-lemak juga. Kalau pergi lagi memang rasa nak order lagi menu ni sebab sedap sangat.

Nasi Ayam Kicap
Nasi Ayam Kicap juga harganya RM1.90 jer. Rasa nasi sama macam nasi ayam rendang tu cuma beza lauknya ayam kicap. Kalau makan dua-dua menu pun boleh juga.

Burger Daging Grill Cheese
Burger Daging Grill Cheese ni berharga RM5.00 tau. Daging burger ni depa buat sendiri, tak liat dan sesuai juga untuk budak-budak. Boleh tahan juga rasanya.

Mini Cheese Pizza
Mini Cheese Pizza ni harga RM5.00 juga. Kalau dah biasa makan domino's tu maybe hampa akan rasa pizza ni lain sikit. Makan dua orang pun dah kenyang sebijik pizza dia. 

Pendapat Zumal secara jujur, menu nasi dan chicken grill memang zumal recommended la. Sorry sebab chicken grill tak cerita kat atas sebab tak ada gambar sebab kami bungkus makan kat rumah. Kalau hampa nak tau kami makan pukul 3.00 pagi chicken grill tu. Rasa masih sedap lagi tau walaupun tak simpan dalam frezer. Nanti rasanya Zumal nak pergi lagi Maulana Cafe untuk try menu lain pulak...

You May Also Like

24 insan berbicara

  1. Semoga perniagaan terus berkembang

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi try sini. nak kena cari ni hehe

    ReplyDelete
  3. salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    ReplyDelete
  4. Berselera tengok.. mmg teringin nak ke sinilah nanti klu ada rezeki ke perlis. Menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, Insha Allah pasti ada rezekinya

      Delete
  5. wah. berniaga pasar pagi.
    pasti seronok ye, zumal.
    bekerja. rehat jgn lupa ye.
    blogging jgn tinggal :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang letih sampai semakin malas berblog

      Delete
  6. Huhu... makanan semuanya menggoda mata yang menengok.

    ReplyDelete
  7. Baru je nak terkejut harga burger RM1.90, nasib baik Zumal bagitau harganya RM5. Kalau tak, nak suruh Zumal jadi PS untuk kedai tu..saya nak order :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Auni nak order apa nanti zumal forwardkan. :P

      Delete
  8. Wahhh... Menarik. Leya dah lama tak ke Perlis. Nanti jika ke sana, bolehclah roger Zumal and bawak singgah makan sini ye.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. nampak menyelerakan semua menunya..harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  10. zumal, msk kali ketiga boleh dah jd duta maulana cafe ni hahahaha #gurau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha maybe akan ada kali ketiga dan seterusnya tu

      Delete