KU DALAM TRAUMA

by - 6:45:00 pm

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bestnya hampa semua cuti panjang kan... Zumal pagi ni target nak berniaga di nat (pasar pagi) tapi tak kesampaian kerana cik tam tetiba meragam.


Seperti biasa nat adalah fokus utama zumal nak dapatkan jualan tambah pula cuti hujung minggu yang panjang selalunya potensi pasaran lebih besar kerana Nat Pokok Getah ni jadi tumpuan utama rakyat Perlis dan pelancong luar yang suka membeli-belah barang-barang rare (barang antik, barang koleksi terhad, sebenarnya hang juai apa pun laku kat situ) tapi apa kan daya. Zumal keluar macam biasa pukul 7.00 pagi dari rumah tapi dalam 5km tetiba nampak asap keluar dari bonet cik tam tu. Zumal terus berhenti tepi jalan, bagi dia sejuk dalam lebih kurang setengah jam juga la. 

Zumal teruskan perjalanan tapi tak sampai 1km temperature naik tinggi. Zumal pun u turn je la. Tak jadi la nak berniaga. Perjalanan lebih 10km lagi tak tau apa nak jadi. Zumal buat keputusan nak balik rumah jer. Harapan nak berniaga pun punah dah. Dalam perjalanan balik yang tak sampai 5km tu pun banyak dugaan. Akhirnya Zumal parking je depan Al Saggoff Corner. Keluar kereta pergi sarapan, lepas tu pergi Masjid Al Muhamadiah pergi toilet, singgah dhuha dan rehat sampai la pukul 9.30 pagi.

Enjin pun sejuk sikit. Ku gagahi jua agar sampai rumah dengan selamat. Trauma juga la. Maklum la pernah tengok kereta terbakar depan mata. 



Trauma yang melanda menikam-nikam jiwa tapi akhirnya sampai juga depan pagar rumah. Kalau nak tau, setiap kali berhenti je zumal akan matikan enjin walaupun kat simpang, kat lampu isyarat bagi mengelakkan kepanasan enjin terus naik. Disebabkan itu juga la perjalanan yang dekat pun jadi lambat. Zumal redha jer. 

Empat hari lepas zumal dah keluarkan rm133 baiki brek cik tam ni. Besoknya pinjam dari sorang sahabat bernama Faizal untuk tukar motor kipas radiator yang tak berfungsi. Pinjam rm200, kosnya rm199. Fuh! Tapi kipas radiator cik tam tak pusing juga. Esok tu pula pi bengkel lain check wiring, fius. Dah tukar fius (rm12) baru la kipas tu pusing. Tapi hari ni cik tam sakit lagi. Zumal dah mati akal. Maybe hanya fikir nak mati je la. Banyak sangat masalah yang sampai. 

TRAUMA SANGAT!!!!

You May Also Like

22 insan berbicara

  1. Baik terus pergi jumpa yang pakar.Biar dia diagnose apa sakitnya Tam dan boleh terus pulihkan tanpa banyak kali keluar duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah berhutang kerana kereta

      Delete
  2. Mujurlah tiada apa yg lebih memburukkan berlaku.. dugaan.. semoga Allah permudahkan semuanya buat sahabat, in shaa Allah... aamiin.

    ReplyDelete
  3. banyak cabarannya...nak komen lebih-lebih takut tersalah komen pula, tapi zumal ni memang seorang yang tabah ya, kalau saya lama dah tinggal ja kereta kat situ, geram punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe komen camne pun, Insha Allah tak sentap dah

      Delete
  4. Mungkin air tangki kering tu.
    Cek kipas pusing tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ok semuanya, memang kereta zumal problemnya kipas tu tak pusing hampir 3 bulan dah. nak buat camna tak mampu

      Delete
  5. Allahu, trauma nya kalau terkena gitu.. Agak bahaya. Semoga dipermudahkan urusan Zumal ya

    ReplyDelete
  6. sama lah kereta abam pun xleh start masalah bateri kot huhuhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo semoga kereta DBoy kembali ok yer

      Delete
  7. Hmmm kalau ciktie mau berpeluh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal bukan sekadar berpeluh, rasa nak pitam tau

      Delete
  8. Mungkin ada rezeki lain yang best Allah nak kasi nanti Zumal, tu Allah uji dulu sekarang. Selalu bersangka baik dan positif je ye..

    ReplyDelete
  9. Moga dimudahkan segala urusan. Moga digantikan dengan rezeki yang lebih baik...aamiin.
    Perancangan Allah, hanya Dia yang tahu.

    ReplyDelete
  10. Pernah gak jadi macam ni. Proton saga lama. Temperature naik. Check air radiator asyik berkurang je. Isi pagi, malam check air asyik berkurang. Mula2 hantar kedai, tauke kata maybe radiator bocor. Dah tukar radiator pun still sama2. Last2 baru detect kipas tak pusing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Zumal memang dah tau kipas tu ada problem sebelum ni cuma tak sangka ia pusing bila on aircond je

      Delete
  11. teringat kereta kawan...kena mcm ni kat highway... waduhhh kami yg menunggu ni berpeluh ketiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trauma kan. Moga tak jadi lagi macam ni

      Delete