TERUS MELANGKAH

by - 8:00:00 am



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Terima kasih kerana hampa semua tak lupakan zumal dan blog ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan baru yang sudi follow blog zumal.

Kali ini zumal masih berkongsi kisah personal yang mungkin ada yang muak dan Alhamdulillah ada memberi moral support. Terima kasih yang tidak terhingga buat hampa semua.

Alhamdulillah zumal masih lagi dapat teruskan perjalanan di bumi Allah ini. Walaupun kekadang perjalanan hidup zumal penuh suspen macam komen Mr Hanafi dalam entri lalu. Memang suspen sebab zumal memang tak tahu apa yang bakal berlaku. Hanya doa yang mampu zumal panjatkan selain usaha yang zumal lakukan. 

Syukur, berkat usaha zumal akhirnya Allah hadirkan insan-insan yang pemurah datang membeli barang jualan zumal. Semalam zumal dah tengok dalam dompet dah tak ada duit besar selain duit kertas merah dan hijau, tetiba seorang sahabat telefon nak datang tengok kasut. Alhamdulillah beliau membeli dan ada juga rezeki zumal dan adik serta anak menakan.

Kekadang tu rasa perit. Pernah terlintas biar la zumal pi makan sorang-sorang sebab bajet tak cukup tapi zumal tak mampu lakukan kekejaman tu. Hehe Alhamdulilllah la zumal berjaya elak bisikan syaitan tu.

Berniaga sekarang tak seperti dulu, benda yang dijual pun kena turunkan harga demi sesuap nasi. Apakan daya, redha je la dengar takdir Allah.

Sebelum ni terlintas di fikiran zumal 'kalau la... itu ini' , 'kalau la... macam tu macam ni' Tapi setelah rakan zumal nasihatkan semua tu tak baik semacam kita menyalahkan suratan takdir yang dah tertulis buat kita. Khutbah Jumaat minggu lepas juga tentang tajuk yang sama. Alhamdulillah zumal tak akan menyalahkan takdir yang dah tertulis untuk zumal. Kerana jika kita berbuat demikian, kita akan mengundang hasutan syaitan.

Zumal sekarang duduk di kedai sampai malam bersama adik dan anak menakan disebabkan di rumah dah bergelap. Balik rumah hanya untuk tidur. Kasihan juga dekat anak menakan zumal tu. Dah 3 minggu lebih macam ni. Semoga mereka mampu bertahan. Kenapa bergelap? Tentu la sebab tak ada elektrik. Hehehe. Kena potong. Sebabnya, salah zumal sejak 2011 dulu. Kerana ikut cakap orang. Tapi tak nak la kalau, kalau lagi. Maybe itu telah ditakdirkan.

Harap-harap zumal dapat terus melangkah melalui pelbagai dugaan ini. Terima kasih atas doa rakan-rakan semua...

You May Also Like

26 insan berbicara

  1. Ya Allah zumal....sedih saya baca perjalanan hidup zumal...tapi zumal terus tabah dengan dugaan tu. Ya Allah kuatnya zumal. Saya doakan semoga zumal terus bertahan dan Allah dapat keluarkan zumal dari semua dugaan ini dengan segera.

    ReplyDelete
  2. kagum dgn ketabahan zumal dlm menghadapi kesukaran hidup ini...

    ReplyDelete
  3. semoga terus tabah! insyaAllah nanti datang la rezeki tu :)

    ReplyDelete
  4. tips berniaga kita jgn
    giveup teruskan share kebaikan
    tentang product yg kita jual
    rajin, tawakal , usaha
    good luck moga rezeki hari ini
    lebih baik dari semalam
    amin
    in sya allah
    teruskan...

    ReplyDelete
  5. moga2 ujian dan cabaran ini membuatkan zumal lbh dkt dgn Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, Aamiin. Terima kasih Anies...

      Delete
  6. be strong zumal..rupanye ada org yang sulit lagi perjalann hidup dia dari timm..
    semoga terus kuat zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Be strong juga Timm, rasa sebak lak balas komen kawan2 ni

      Delete
  7. semoga dipemudahkan uuusan zumal dan dilindungi Allah selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah Aamiin. Terima kasih Aeinna...

      Delete
  8. maaf, whatsapp saya backup dan semua chat hilang. Boleh contact saya semula di 0132035062

    ReplyDelete
  9. Dugaan itu sebenarnya anugerah Illahi yg pasti akan ada kebaikannya nanti. Allah tidak akan membebani kita dgn perkara yg kita tak mampu tanggung. Sampai masa, pasti ada hikmah yg akan diberi nanti. Sabar, usaha, doa dan istiqamah.. setiap ujian juga peluang tambah pahala, semoga dilancarkan segala urusan dan sukses.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, Aamiin. Terima kasih mendoakan zumal serta beri kata-kata semangat...

      Delete
  10. semoga Zumal terus kuat menghadapi cabarn hidup

    ReplyDelete
  11. Semoga perjalanan hidup Zumal Allah permudahkan

    ReplyDelete
  12. Semoga segala urusan dipermudahkan...
    Semoga dimurahkan rezeki selalu.
    #staystrong

    ReplyDelete