KENANGAN

by - 1:22:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Ketika entri ini sedang ditaip zumal ada di kedai sorang-sorang. Hari ni tak bawa adik dan anak menakan mai sekali. Sehingga saat menulis entri ini masih tak ada jualan sejak semalam lagi. Semoga ada la rezeki nanti. Aamiin.

Kenapa share gambar rumah tu? Kepada yang pernah baca kisah raya zumal mesti dah tahu itu gambar rumah lama zumal. Rumah yang arwah tok wan bina di atas tapak sewa di Kampung Repoh, Perlis. Rumah itu dibina oleh arwah dengan hasil titik peluh dan tangan beliau sendiri pada tahun 1966. Diceritakan oleh jiran-jiran, arwah tok wan bina rumah tu sorang diri dalam masa dua bulan. Walaupun tok wan seorang cikgu tapi beliau mahir dalam pertukangan perabot dan rumah. 

Zumal lahir di Perlis pada tahun 1984 dan dibesarkan di rumah ini sehingga tahun 2002. Banyak kenangan di rumah ini. Masa setiap kali raya mesti meriah apabila semua saudara mara balik kampung dan bermalam di sini. Masa tu sepupu sepapat seramai 22 orang, semua balik. Memang penuh la rumah tu. Budak-budak semua tidur bergelimpangan kat ruang tamu bawah. Orang dewasa ada bilik kat atas dan bawah. Memang muat sebab ruang tamu dan bilik arwah tok wan buat besar.

Kalau hampa tengok ruang yang ada tangga luar dan pintu berlubang tu adalah beranda rumah kami. Di situ selalunya jadi tempat kami sepupu sepapat main. Bayangkan la masa sekolah rendah dulu zumal selalu terjun dari atas kepala tangga tu sampai ke bawah. Dulu kiri dan kanan tangga tu ada pokok bunga raya, bunga kemboja dan lain-lain. Beranda ni juga akan bertukar menjadi dapur jika berlaku banjir. Kami pernah alami banjir lebih sebulan kalau tak silap tahun 1991 sebelum arwah tok wan pergi Mekah. Masa tu jiran zumal nak buat kenduri kahwin disebabkan banjir besar, mereka edar lauk kenduri dari rumah ke rumah dengan sampan. Rasa macam tinggal di rumah terapung. Benda yang tak best masa banjir ni selalu ada banyak lintah. Benda yang best dapat memancing dari atas tangga.

Pada tahun 1996, beranda ni jadi tempat pertama zumal berniaga. Barang mula-mula zumal berniaga ialah Ais Malaysia, keropok(jajan) dan gula-gula. Jajan tu semua dapat dari hamper zumal menang masa merdeka pada tahun tu. Dah masuk Tingkatan 1 pada 1997 baru zumal tahu beli barang di kedai borong. 

Arwah tokwan buat tempat berniaga untuk zumal pada tahun 1997, di kawasan sebelah kiri kereta tu. Masa tu dah macam kedai runcit. Boleh la zumal buat duit poket untuk pergi ke sekolah hari-hari. Dengan duit berniaga tu dapat la beli basikal mountain bike. Sejak tu duit hasil berniaga asyik beli aksesori basikal pula. 

Alhamdulillah la boleh kami tampung hidup sejak dah berniaga tu. Walaupun arwah tok wan pesara guru besar tapi duit pencen hanya RM600 ja masa tu. Memang macam-macam juga arwah tok wan buat untuk cari duit tambahan. 

Masa kat rumah ni juga arwah tok wan bela kucing. Kucing pun dah sama banyak dengan cucu dia. Ada 22 ekor. Tok wan dan tok setiap hari beli ikan untuk digoreng dan digaul dengan nasi bagi kucing makan. Selalu kucing yang mai makan tu bukan takat 22 ekor tapi kucing jiran2 pun tumpang sekaki. Kalau kucing makan tak habis, ayam jiran tolong habiskan nasi tu. Meriah betul. Hehe...

Kalau kenduri kendara di kampung kami tu, orang kampung akan datang pinjam periuk belanga dan pinggan mangkuk dari tok wan. Banyak betul koleksi pinggan mangkuk kat rumah yang arwah beli semata-mata untuk buat kenduri anak-anak dia dulu. Maklum la masa tu orang tak upah katering lagi, masak bergotong-royong penduduk kampung. Tapi kami tak ada la 'syarikat' macam orang kampung lain buat tu. Tok wan bagi free ja. Kalau ada kenduri, tok wan supply pinggan mangkuk dan periuk, khemah dan kerusi meja pinjam yang krt atau jkr. Begitu la suasana masa duduk di situ.

Sekarang jiran-jiran di rumah lama pun dah banyak yang telah pulang kepangkuan Ilahi. Ada juga yang telah berpindah keluar Perlis. Masa kami pergi raya hari tu, suasana sunyi dan dah tak semeriah dulu. Suasana kampung pun suram. Rasa sedih ja...

Sekian saja cerita zumal tentang kenangan lalu. Sampai kita jumpa lagi di lain entri yer. Wassalam...

You May Also Like

24 insan berbicara

  1. bestkan kat kampung... kalau kenduri...riuh.siap boleh pinjam periuk belanga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat zaman kanak-kanak dulu, best sangat...

      Delete
  2. kenangan indah yang menarik2 xpee kita kenang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm betul tu SYM, tapi yang sedih pun selalu terkenang

      Delete
  3. saya doakan rezeki zumal banyak hari ini dan selamanya.

    suka betul duduk kat rumah kampung. saya lahir lahir je dah duduk rumah batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Haziq juga murah rezeki selalu yer. Memang suka sangat duduk di rumah kayu, sejuk ja...

      Delete
  4. seronok kan kalau ingat balik kenangan-kenangan di kampung.

    ReplyDelete
  5. Cantik binaan rumah pusaka tu
    Patut dipelihara untuk tatapan anak cucu kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah dah jual dah 20 tahun lalu...

      Delete
  6. CANTIK RUMAH PUSAKA GITU..DIBINA TINGGI...TAPI LA NI KBNYKN RUMAH DIBINA RENDAH PARAS TANAH...RUMAH LAMA YG TINGGI DIRUNTUHKN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah bina tinggi sebab kawasan tu selalu banjir

      Delete
  7. wah...rupanya zumal memang terdedah kepada bisnes kecil..

    saya macam paksa diri je untuk buat bisnes kerana impian nak kaya..

    jika tak bisnes..peluang nak kaya macam terhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal buat bisnes dari kecil tak kaya pun tau

      Delete
  8. rumah lama memang menyimpan seribu satu kenangan

    ReplyDelete
  9. betul. suasana kampung dah tak sama macam kita kecik2 dulu. sob sob sob kadang2 kesian kat anak sendiri sebab tak merasa macam yang kita rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang rindu suasana kampung macam dulu...

      Delete
  10. Banyaknya kenangan kat rumah ku.
    Bila baca, teringat pulak zaman saya kecik2 kat kampung.

    ReplyDelete
  11. kenangan mengusik jiwa... akan dikenang smpi bla2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies, kenangan yang membuat air mata mengalir sama...

      Delete
  12. Rasa macam baca novel pulak. Menarik kisah kenangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe lain kali zumal buat novel >_<

      Delete