BEKAL RM5

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Isnin yang lalu zumal cuba berniaga di lokasi baru. Zumal keluar dari rumah sebelum 7.00 pagi untuk ambil barang di kedai dan tiba di lokasi Nat Balai Baru dalam jam pukul 7.32 pagi.

Nat Balai Baru terletak berhampiran Balai Polis Beseri. Lokasi ni ada nat a.k.a pasar pagi 3 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Kebetulan pada Jumaat lalu kawan zumal beritahu ada tapak kosong disebelah beliau. Zumal pun cuba la. Sengkek sangat dah tau. Maklum la tetiba kena tanggung 3 kepala.

Sengkek gila, masa tu dalam poket ada cuma RM5.00 jer. Sebab hari Ahadnya jualan zumal hanya RM40.00, isi minyak dan beli makan tinggal RM5.00 jer. Risau kalau tak laku jualan hari tu. Sebab zumal tak tahu berapa caj tapak kat pasar tu. Nasib la caj tapak cuma RM3.00 pagi tu. Jualan pun tak ada lagi.

Apa pun kita dah berusaha, berdoalah agar Allah kurniakan rezeki. Alhamdulillah walaupun sepanjang pagi tu hujan sangat lebat tapi ada seorang hamba Allah beli kasut. Dapat la RM50. Sarapan pagi tu pun zumal tak beli tapi tetiba ada 3 sahabat beli sarapan kongsi dengan zumal. Tak minta tapi entah tiba-tiba muncul beberapa orang kongsi rezeki depa. Syukur sangat.

Semoga ada rezeki lagi di hari-hari berikutnya...

You May Also Like

32 insan berbicara

  1. Rezeki dtg dalam pelbagai bentuk... Datang tanpa kita duga. Semoga jualan Zumal sentiasa laris dan dimurahkan rezeki. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..rezeki dtg dalm pelbagai bntuk..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat berniaga, saya pun peniaga.. faham kadang ada rezeki lebih ada masa kurang, tapi minat meniaga.. semoga ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, semoga murah rezeki untuk awak juga...

      Delete
  4. betul ckp fiza rezeki hadir dlm pelbagai bentuk. yg penting kita x berhenti berusaha di sampaing jd semakin dkt dgn Dia...

    ReplyDelete
  5. Semoga sukses mencari rezeki, niat yang penting dalam perniagaan insyaallah rezeki berkat

    ReplyDelete
  6. Nak senang bukan senang.
    Moga rutin harian dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah zumal, smoga zumal dilimpahi dgn rezeki yg berlimpah ruah!

    ReplyDelete
  8. Gigih betul zumal cari rezeki. Aduhh...sedih baca entri zumal ni. saya doakan semoga rezeki zumal melimpah ruah sepanjang masa. Amin....

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah! Dalam kesempitan tu masih bergolek datang rezeki lepas zumal berusaha :D

    ReplyDelete
  10. Semoga dimurahkan rezeki zumal

    ReplyDelete
  11. Rezeki dtg dalam pelbagai bentuk. Semoga urusan Zumal dipermudahkan ya.

    ReplyDelete
  12. insyaAllah dimurahkan rezeki sentiasa :)

    ReplyDelete
  13. inilah nikmat orang berniaga...

    kehidupan penuh dengan saspen..

    terus sahaja bersangka baik untuk mendapat rezeki yang baik-baik juga

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, rezeki tu. Teruskan usaha ye dan jangan sesekali putus asa sebab kita tak nampak kat mana sebenarnya rezeki kita tu berada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ciktie, selagi terdaya zumal akan usahakan

      Delete
  15. Yakinlah dengan Allah SWT..akan sentiasa ada rezeki untuk kita & datang dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah, setiap kali terima rezeki di luar jangka perasaan tu sukar nak digambarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, gembira sampai mengalir air mata ni

      Delete