TERINGIN NAK BERKONVOI

by - 8:00:00 am

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dalam kebosanan ni teringat pulak idea dari sahabat blogger zumal iaitu Faizul. Apa idea tu? Faizul ajak zumal berkonvoi motor. Malangnya zumal dah tak ada motor. Kena kumpul duit beli motor la nampaknya. 

Kenapa yang zumal teringin sangat berkonvoi tu? Biasa la zumal ni rasa stress sangat maybe kalau berkonvoi boleh release tension ni. Boleh tengok indahnya alam ciptaan tuhan. 

Pengalaman konvoi dah ada beberapa kali tapi kereta dan 4x4 je. Motor ni tak pernah lagi. Sebab kawan-kawan pakai motor besar, zumal ni tak mampu ikut macam depa tu. Lagi satu kesihatan tak mengizinkan semua tu.

Rasanya kalau zumal nak beli motor pun kena beli yang tak perlu melangkah tinggi untuk naik motor tu sebab kaki dah tak senormal orang lain. 

Kat bawah ni zumal share pengalaman geng ofis JKM dulu berkonvoi motor besar dan vespa. Gambar tahun 2012, tak ada gambar video dah hilang. Tinggal gambar motor yang parking je la...





Gambar ni masa Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2012. Rasanya event ni dalam bulan Disember sebab Zumal masuk kerja di JKM pun 1 November 2012. Kalau dapat beli vespa pun best jugak kan.

Awal tahun lepas buat kali pertama zumal diberi peluang turut serta dalam ekspedisi kenderaan pacuan empat roda anjuran JKM dan Radix. Boleh baca pengalaman zumal dalam ekspedisi tu kat SINI

Mungkin konvoi seterusnya lebih jauh sebab Faizul nak pusing Malaysia. Kalau ada sponsor baru best kan. Hehehe...

You May Also Like

20 insan berbicara

  1. Mrs. A lagilah bawa motor pun tak tahu ngeh! ngeh! ngeh!
    Tengok orang konvoi motor mahupun kereta memang excited.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal sekadar excited je tapi mungkin tak daya

      Delete
  2. Saya pun tak pernah ada pengalaman berkonvoi. tapi macam kata zumal, konvoi boleh menghilangkan tekanan sebab boleh tengok alam ciptaan tuhan.

    ReplyDelete
  3. BELILH ZUMAL DPT BRKONVOI RATA DGN KWN2

    ReplyDelete
  4. tak berapa minat berkonvoi sebab kadang-kadang membawa bahaya.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul-betul, teringin nak sebijik tapi tak tau guna clutch

      Delete
  6. tak pernah join aktviti konvoi macamni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun lebih sebagai urusetia je

      Delete
  7. seronok aktiviti mcm ni...sy cuma berkonvoi pergi rumah pengantin kat batu pahat je dr kl hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga la tu, zumal tak pernah pun konvoi pengantin...

      Delete
  8. Best konvoi ni. Tambah2 motor besar. Selalu terserempak dgn geng konvoi motor besar kat rnr.

    ReplyDelete