KEDAI BARANGAN ANTIK DAN TERPAKAI PERLIS

By Dunia Zumal - 11:23:00 am

KEDAI BARANGAN ANTIK DAN TERPAKAI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Mesti pembaca blog ni hairan ke mana la seorang zumal sejak akhir-akhir ni asyik tenggelam timbul untuk tulis blog. Perasaan macam pemes sangat

Kepada rakan-rakan di Facebook mesti dah tahu yang Zumal sedang menjalankan sebuah perniagaan baru iaitu Kedai Barangan Antik Dan Terpakai


Alhamdulillah la setelah diberikan kepercayaan oleh seorang sahabat zumal telah berjaya buka kedai ni. Kedai ni adalah kedai dia tapi zumal diberi peluang untuk jual barang-barang zumal juga. Selain tu zumal diberikan kuasa untuk urus hal ehwal kedai ni mengikut cara zumal.

Zumal buka Kedai Barangan Antik Dan Terpakai ni sejak bulan April iaitu bulan selepas zumal jadi pengasuh sorang Pak Cik. Zumal kerja tu sebulan ja sebab faktor kesihatan zumal yang tak ok jadi terpaksa lepaskan peluang tu. Tapi zumal tetap syukur sebab wishlist zumal untuk 2018 dah banyak tercapai walaupun sebulan kerja. Dapat laptop dan fon baru. Alhamdulillah.

Ok la berbalik kepada cerita kedai, kedai ni zumal jual barang-barang antik, koleksi barangan rare (collectable item), baju bundle, mainan dan kasut. Yang paling best bulan Julai ni la income kedai makin banyak. Syukur sangat-sangat.


Kalau korang salah sorang peminat barangan jualan seperti ini boleh la terjah kedai zumal


Jangan lupa juga untuk like page rasmi kedai zumal dekat sini. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entri ini.

  • Share:

You Might Also Like

7 insan berbicara

  1. Alhamdulillah.. menarik ni Zumal. Klu dekat pasti dah singgah. Ok juga sambil2 tu study buat kedai antik online guna platform yg dah ada utk prospek sekitar.. guna instagram pun ok juga tu :)

    ReplyDelete
  2. good luck zumal! syok menega sendiri noh..

    ReplyDelete
  3. Terus lah berusaha pasti berjaya.

    ReplyDelete

loading...