FISHDOM

by - 8:00:00 am


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Lepas raya hari tu zumal terjebak dalam suatu permainan game kat phone. Hmmm, adik yang perkenal game ni. Game Fishdom, ada gak rakan-rakan blogger yang main rupanya.

Zumal terjebak sebab ikan kat dalam tu comel-comel dan macam ada akuarium di phone. Kalau zumal nak tengok ikan yang real kena menyelam skuba atau pergi kat akuarium. Menyelam tu memang tak tahu, pergi kat akuarium macam Aquaria tu mahal pulak. Kita bela dalam phone je la.

Dalam fishdom ni ada ikan pelik-pelik misalnya ikan macam lembu, alien, cowboy, sheriff, lanun dan macam-macam lagi la. Anak menakan zumal yang 4 tahun tu main, dia tanya ni ikan apa, ni ikan apa... Jenuh jawab. Ikan tu tak ada dalam dunia realiti laa...


Dalam fishdom ni kita boleh mendeko akuarium kita mengikut citarasa sendiri. Kalau nak cepat naik level kena ramai kawan facebook yang main sama boleh la minta nyawa kat depa andai dah nazak. Hehe...


Selain bela ikan, kalau nak naik level kena la uji minda main game yang macam candy crush tu. Zumal baru sampai level 67. Dah stuck kat situ sebab level agak susah.  Adik zumal dah level seribu lebih. Tak terkejar la...

Nak main jugak ke? Download la di phone hampa. Pastu add la zumal kat facebook tu. Boleh kita berjiran dalam game. Hahaha...

You May Also Like

23 insan berbicara

  1. Ayat "Menyelam tu memang tak tahu, pergi kat akuarium macam Aquaria tu mahal pulak. Kita bela dalam phone je la" sumpah kelakar. hahahaahhaha

    ReplyDelete
  2. menarik game ni, boleh wat ilang stress.hehe
    tapi takut tak boleh nak stop je nnt bila main game ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm betul tu nanti jadi kemaruk game susah juga...

      Delete
  3. weyh main game, hahaha. sekarang main game mokcun ^.^

    ReplyDelete
  4. Wah... Menarik game ni. Lama tak download game... Dulu suka jugak download game, ni dah ada anak... Just dapat hadap blog je... Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik jangan download nanti blog pun terabai macam zumal ni. Hehehe...

      Delete
  5. ASYIK NGADAP GAME IKAN NI LUPA DONIA

    ReplyDelete
  6. aida suka main game masak2.
    ada satu game kat phone, da byk jugak la level aida.
    restoran aida da besar.
    hmmm Izzat selamba di uninstall game tu :(
    terus dah takde mood main game dah, Zumal. sedih!!!

    ReplyDelete
  7. Hehe, dulu pernah jugak main game sepesen mcm ni. Addicted habis rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dulu2 ade game camni, zumal dah pernah main...

      Delete
  8. Takut terjebak tak boleh berhenti nanti. Nampak menarik je tu.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak layan ni. Sekali layan taktau nak berhenti lak hikhik

    ReplyDelete
  10. cantiklah visual dia! Tak boleh nak main game lain dah sebab memory phone dah penuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm kesiannya... Memang memori untuk game ni pun hampir 100mb juga...

      Delete
  11. tgh tggu org rmh shopping boleh la main game camni.. haha

    ReplyDelete
  12. sy dari dulu candy crush x abis2 hahahaha

    ReplyDelete