PITA BURGER SPECIAL DI RIKI BURGER REPOH

By Dunia Zumal - 8:00:00 am

PITA BURGER SPECIAL DI RIKI BURGER REPOH 



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam berkesempatan bersahur dengan menu pita burger. Biasanya kita dengar roti pita je. Roti yang dorang buat kebab tu. Tapi pita burger dia guna full sebiji roti tak seperti kebab yang biasanya roti tu dibahagikan kepada dua bahagian.

Lagi satu yang membezakan kebab dan pita burger ni ialah daging yang digunakan adalah daging burger. Kalau kebab selalunya orang buat dengan daging cincang. Yeke? Tak kisah la. 


Bagi menu pita burger special, ianya ditambah dengan sekeping cheese. Semalam zumal beli dua punyalah tamak kan. Rupanya satu pun kenyang macam bujang senang dah. Apa pun habis juga kedua-duanya sang bedal telan. 

Pita Burger berharga RM5.00 manakala Pita Burger Special berharga RM6.00. Zumal beli di Riki Burger Repoh.

RIKI BURGER REPOH


Kalau nak tahu Riki Burger diusahakan oleh rakan sekampung zumal yang dikenali sebagai Pon. Nama sebenarnya Saiful. Lokasi gerai Riki Burger ni betul-betul di hadapan lorong masuk rumah lama zumal. Lebih senang bagi Perlis cam kawasannya adalah bertentangan Taman Putra Putri. 



Antara menu yang ada di Riki Burger adalah seperti Oblong, Burger, Benjo, Sosej, dan Pita Burger. Daging yang special kat sini adalah daging kambing. Zumal dah rasa semua jenis menu, semuanya sedap hingga menjilat jari. Harga pula berpatutan. Masa operasi Riki Burger adalah lepas Maghrib.


Di Riki Burger ni servisnya cepat. Customer tak perlu tunggu lama sebab Pon ni expert memasak. Jadi kalau korang berkunjung ke Perlis wajib cuba burger di Riki Burger. Selamat menjamu selera...

  • Share:

You Might Also Like

10 insan berbicara

  1. lamanya takmakan burger, teringin pulak

    ReplyDelete
  2. wah nampak besar dan banyak isinya.. mama mmg suka pita

    ReplyDelete
  3. besar n nmpk sedap yašŸ˜Š

    ReplyDelete
  4. saya pun teringin juga nak makan nie..

    ReplyDelete
  5. Hmm ok juga sesekali dapat makan burger tu kan

    ReplyDelete
  6. Teringin juga nak rasa ni nanti.. terbuka selera.

    ReplyDelete
  7. besar burgernya...lapar pula tengok =)

    ReplyDelete

loading...