YEAY AYAH NAK PINDAH PERLIS

by - 9:33:00 pm


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sekarang ni masih tengah menahan sakit. Gambar tu 2 hari lepas masa tak rasa sakit. 2 hari lepas juga dapat berita gembira dari ayah dan mama. 

Maaf la andai korang rasa mood zumal kekadang swing tak tentu pasal maybe sebab zumal ni orang yang bukan penyabar bila kesakitan melanda. Sejak Ramadhan ni terawih pun sendirian je tau kat rumah. Cuma solat Jumaat je dah tentu kena pi masjid sebab wajib. Malam ni zumal rasa kaki zumal macam disimen dari lutut ke bawah. Saka apa kacau bulan-bulan puasa ni tak tau la. Kesannya sekarang hanya terbaring sorang-sorang di sofa. 

Berbalik kepada tajuk utama, ayah dan mama menyampaikan berita gembira untuk zumal. Ayah dah suruh survey kedai-kedai untuk buka bisnes di Perlis sebab ayah dah buat keputusan nak pindah ke Perlis. Zumal suka sangat2 dengar berita tu walaupun dulu tak segembira ni. Macam zumal kata mood selalu swing tak tentu pasal tapi sebab ada la sejarahnya yang agak panjang.

Alhamdulillah setelah keinsafan lahir dari hati nurani ni zumal semakin suka dekat dengan famili tapi zumal tak suka tinggal di Selangor tu atau pun di kampung kat Muar sana walaupun YB Syed Saddiq glamourkan kampung zumal tu. Hmmm. Apa pun nak juga tinggal di Perlis. Dalam keluarga pun zumal je lahir di Perlis. Ayah lahir di Johor, mama di Kulim, adik ada di KL dan Selangor. 

Mungkin keputusan ayah tu boleh la jadi teman zumal di Perlis ni dan zumal tak la mati sorang-sorang. Tapi ajal maut tu hanya Allah yang tahu. Kot zumal tak sempat sampai masa tu. Harap depa semua uruskan la rumah pusaka ni elok-elok. Zumal yang sebatang kara ni memang tak mampu lagi dengan tahap kesihatan macam ni. 

Apa pun zumal harapkan Allah izinkan zumal untuk terus sihat agar dapat berbakti pada keluarga, agama, bangsa Dan negara. Macam ucapan YB lak. Harapan zumal moga semua yang membaca entri ini sihat selalu dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Amiin...

You May Also Like

18 insan berbicara

  1. In Shaa Allah Zumal.. kuatkan semangat ye

    ReplyDelete
  2. Semoga Zumal sihat selalu dan pastinya syok sakan noo bila ayah nak pindah dok sama Zumal kan..

    ReplyDelete
  3. semoa Allah permudahkan urusan zumal..aamin

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa zumal . semoga Allah permudahkan urusan zumal sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga CCL. Terima kasih yer.

      Delete
  5. kiranya ni khabar gembira la ya.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. jangan la cakap macam tu, insya-allah berita gembira ni jadi pendorong semangat zumal sampai bila-bila. Kuatkan semangat ye zumal :)

    ReplyDelete
  7. Igt mmg org perlis. Syed saddiq da best.. tetiba kann.. btw, take care ye..

    ReplyDelete
  8. Bagus la ni, berita gembira tu. Harapnya segalanya elok-elok ja ya..

    ReplyDelete
  9. Semoga awak sabar dan kuat ye Zumal..sedih pulak baca..

    ReplyDelete