NEW MALAYSIA

By Dunia Zumal - 4:29:00 am

Image result for tun mahathir

TUN MAHATHIR COMEBACK TO BE A PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. 9 Mei 2018, Pilihan Raya Umum Malaysia ke 14 membuktikan rakyat berkuasa memilih kerajaan seadil-adilnya. Kerajaan terdahulu nampaknya bungkus ikat tepi mengekalkan beberapa sahaja negeri sebaliknya sebuah pakatan baru yang diterajui bekas Perdana Menteri Malaysia telah mengembalikan beliau sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Alhamdulillah walaupun keputusan secara rasmi SPR belum ada sehingga entri ini dihasilkan pada 10 Mei 2018 (4.21 pagi) mungkin kerana pihak SPR tidak jangka mereka bakal dapat boss baru. Zumal sendiri rasa tak sabar menantikan pengumuman secara rasmi keputusan siapakah bakal duduk di Putrajaya. 

Mungkin kerana undang-undang pilihan raya yang baru dibuat 10 hari lepas agak memakan diri sendiri. Rakyat melihat segala drama dan menilai sehabis mungkin di atas kertas undi.

Zumal sendiri memang syak ini bakal berlaku kerana melihat perjuangan kami pengikut Tun Mahathir membuka mata rakyat. Tapi tetap kecewa kerana negeri Perlis yang zumal diami ini tak secara keseluruhan memihak kepada parti Tun M.

Syabas rakyat Malaysia!!!

  • Share:

You Might Also Like

6 insan berbicara

  1. Yea! Malaysia baru. Semoga lebih sejahtera dan diberkati hendaknya

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH TUN M N WARGA MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. Semoga kerajaan baru ada perubahan yg besar

    ReplyDelete
  4. xde siapa sangka kan situasi ini bakal merubah lanskap politik malaysia

    ReplyDelete
  5. Memang hari yang bersejarah :)

    ReplyDelete

loading...