BONEKA DIA

By Dunia Zumal - 6:08:00 am



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Di pagi Jumaat yang mulia ini izinkan sekali lagi Zumal dedahkan apa yang telah berlangsung di negeri Perlis tercinta ini. Zumal tahu apa saja yang Zumal tulis mengundang bahaya buat diri dan seakan memusnahkan harapan untuk dapat job di media sosial ini. Tapi kalau Zumal tak cerita mungkin Zumal sendiri akan menyesal jika negeri ini masih di bawah dia.

Seperti yang korang tahu semasa pemerintahan BN dan UMNO, selalunya pengerusi BN negeri dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri akan dipegang oleh MB di negeri tersebut tapi tidak di Perlis. Dia tak lepas jawatan tu dari zaman dia jadi MB. Jadi MB di Perlis susah nak buat keputusan.

Dia semasa memerintah lagi terlalu banyak buat event memberi itu ini terutama untuk bulan Ramadhan. Itu semua untuk meraih sokongan rakyat. Biasanya pak cik-pak cik di kedai kopi akan selalu cerita bagusnya dia. Secara tak langsung dia dapat kempen percuma di situ.

Sebelum PRU lalu kalau ada event di negeri ini, siapa saja yang datang mesti tak pulang dengan tanya kosong. Mesti dapat hamper dan duit termasuk kaki tangan kerajaan yang dijemput sama. Isi ceramah dia tentang agama tapi kalau korang perasan skrip tentang agama tu sama ja setiap tahun, topik sama, pusing yang itu jer. Cuma edit sikit-sikit. 

Dia dari dulu melobi nak jadi MB kembali atau pun nak agen dia jadi MB bila tak dapat, macam-macam hal boleh berlaku. Misalnya pada masa Perlis nak anjur sukma tahun 2014. Dia secara terang beritahu media yang kerajaan negeri macam tak bersedia nak anjur sukan kerana itu ini tak siap. Tahu tak kenapa tak siap? Kerana pekerja untuk buat projek infrastruktur sukan diupah untuk tidak datang bekerja. Diugut atau tak zumal tak pasti tapi memang ada yang kata mereka diugut untuk tidak datang. Dia sabotaj negeri sendiri sebab orang dia pun masuk tender untuk projek kompleks sukan tapi tak menang.

Tahukah anda setiap projek yang nak dibuat di Perlis perlu beri imbuhan 10% untuk yayasan di bawah dia. Jadi tak mustahil sampai bila pun negeri tak maju kalau ada dia. Zumal ada rakan-rakan kontraktor, jadi benda ni terlepas juga ceritanya. Jadi modal untuk projek bertambah bila ada syarat macam tu. Dana tu akan digunakan untuk event dan juga bantu rakyat tapi lebih banyak untuk rakyat di Dun yang dia pegang. Jadi macam mustahil orang lain akan menang di situ. 

Tak hormat Raja tu dah lama. Sejak tahun 2008 lagi sebab masa tu maybe Raja dah tahu cerita disebaliknya dan sebab itu tak dicalon untuk MB. Tapi apabila pengerusi pun dia, jadi dia je la letak calon MB yang boleh dia kawal dari jauh. Masa tu naik juga calon dia. Tapi calon dia tak begitu sihat dan akhirnya melepaskan jawatan itu. Sekarang dia nak letak calon yang merupakan adik dia. Bayangkan la apa yang berlaku nanti.

  • Share:

You Might Also Like

8 insan berbicara

  1. WAH TAHU JUGA KISAH POLITIK NEGERI YG BOLEH DI ANALISIS...YELA PERELISS TU KECIK JA

    ReplyDelete
  2. Semoga Zumal dan rakan2 rakyat Perlis terus tabah.

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. hahaha dia ni memang problem kan zumal. Masa terbongkar kes kubur human trafficking tu dia boleh kata nak buat muzium supaya dapat tarik pelancong luar. Geramnya baca masa tu

    ReplyDelete
  5. Nampak sangat dia tu tak boleh terima kenyataan.
    Muka tebal sungguh.
    Suka-suka hati dia je buat PC pecat MB yang dah angkat sumpah tu walhal dia takde kuasa pun nak pecat. Kalau nak pecat pun kena bawa ke peringkat MT UMNO.
    Itulah Mrs. A tengok time YM Raja Perlis bertitah yang dia murka tu kesian kat dia dahlah berumur.

    ReplyDelete
  6. harapnya kemelut ni cepat selesai..

    ReplyDelete
  7. apa punya perangai daa.... org dok perati jee

    ReplyDelete
  8. sedih dgn keadaan begini.
    meskipun bukan negeri aida stay, tapi still dlm malaysia.
    impak nyer adalah kpd negara dan rakyat.
    tapi hakikatnya, perkara ni berlaku kat semua negeri.
    now da bertukar kepimpinan, maybe tau la tembelang semuanya.

    ReplyDelete

loading...