ADIPERKASA BAKAL MENGGEGAR DUNIA

by - 8:00:00 am

ADIPERKASA BAKAL MENGGEGAR DUNIA


Asslamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Para peminat tokusatsu Malaysia (adiwira bertopeng) , tidak lama lagi sesuatu yang istimewa bakal melanda Malaysia. Tidak lama lagi adiwira Malaysia bakal menjelma.


Bagi zumal yang juga peminat setia tokusatsu Jepun dan dunia memang sangat berbangga bila terlihat pos ini dikongsikan di facebook oleh sepupu zumal semalam. Selepas Ryujin Juwara, Badang, Cicakman dan ada beberapa lagi yang zumal tak ingat kini muncul pula ADIPERKASA. Adiperkara pada zumal cukup hebat kerana adiwira Malaysia pertama yang ada kenderaan konsep tersendiri lepas tu ianya hasil usaha anak tempatan.


Selain itu Adiperkasa juga superhero yang bakal menonjolkan seni persilatan Melayu yang menjadi seni kebanggaan kita sejak Zaman Kesultanan Melaka. Di samping itu juga kronologi kewujudan Adiperkasa ini lebih dekat dengan sejarah Tanah Melayu dan ianya memang patut dibanggakan. Senjata Adiperkasa pula adalah keris. Selain topengnya yang bercirikan wajah harimau belang bertanjak (tengkolok). Sangat macho beb.

Sinopsis Adiperkasa


Menceritakan mengenai pada zaman dahulu, terdapat sebuah legenda dimana tidak seorang pun tahu wujudnya. Puak BARRA(Bunian dari alam kegelapan) yang bersifat kejahatan menjajah memperluaskan kuasa disetiap alam telah menyerang bumi dan apabila manusia sedar akan bahayanya puak BARRA ini, suatu serangan besar telah berlaku.

Demi untuk mempertahankan bangsa manusia kelak dengan kebijaksaan manusia itu sendiri telah mencipta sebuah baju perisai bergelar ZIRAH PENDEKAR yang diisi beribu hikmat dari zat bumi yang direkakan khas dan diberikan kepada seorang wira yang terpilih. Dalam peperangan tersebut puak BARRA menemui kekalahan.

Akibat dari itu saki baki konco tentera BARRA telah melarikan diri ke alamnya dan berjanji akan menuntut kemenangan dari kekalahan yang akan datang.  Zaman berganti zaman sehingga kini peperangan ini berlanjutan secara rahsia tanpa disedari masyarakat lainnya. Demi untuk keamanan manusia sejagat, persediaan telah dilakukan untuk serangan yang mendatang, apabila baju perisai telah diperkasakan dengan galian zat bumi, keistimewaan permata delima sakti telah dipindahkan kepada zirah berteknologi tinggi dan dienovasikan dengan kuasa ke dalam seutas jam tangan yang digelar JAM HARIMAU(Tiger Gajet) yang mampu berubah jelmaan si pemakai kepada perisai bertopeng zirah pendekar harimau atau nama lainnya ADIPERKASA.

Di era moden ini sebuah organisasi telah ditubuhkan dengan nama ORGANISASI LAKSAMANA dimana ia bertindak sebagai badan pertahanan rahsia untuk menentang kejahatan tentera BARRA yang bakal menyerang, dan gelaran wira yang mampu pertahankan bumi ini dari serangan tentera BARRA


Watak Utama Adiperkasa







Bila ia akan ditayangkan? Jangan risau kerana ia dah hampir untuk dipertontonkan. Nantikan kemunculan siri pertama Adiperkasa di YouTube pada 18 Mei 2018.




Anda tak perlu ke panggung, ianya akan disiarkan di YouTube, jangan lupa untuk subscribe channel Heroes Art Studio (HAS) yer.


Satu lagi yang menarik tentang Adiperkasa ialah muzik temanya yang menggunakan irama gamelan. Teruja zumal mendengarnya. 




Jangan lupa ikuti page HAS di facebook, youtube dan juga Instagram untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terikini mereka.





You May Also Like

19 insan berbicara

  1. p/s zumal masih guna alamat 'taman normah' tu lg ke? kalu ya, sy proceed utk pos hadiah ke alamat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies, taman Norma jer... Bukan normah tau

      Delete
  2. Haaa. Cite budak laki ni. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Blog walking malam ini, gua tersesat ke teman-teman blogger Malaysia, salam kenal bro and sis hehe

    ReplyDelete
  4. wah cite baru. menarik! nanti nak try layan.

    ReplyDelete
  5. anak-anak kak zi yang boboi rajinlah nak layan ni nanti...

    ReplyDelete
  6. agak menarik bila baca sinopsisnya.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. boleh layan dekat youtube nanti

    ReplyDelete
  8. wahhhh bestnya boleh layan dekat youtube nanti!

    ReplyDelete
  9. anak cik azue pasti suka nih

    ReplyDelete
  10. Wah adiwira baru. Hebat hasil keluaran tempatan ni

    ReplyDelete
  11. Tereksaited pula baca sipnopsis ni..

    ReplyDelete
  12. Oo yang ni yang baru ye heheh kita layan juga la cerita ni

    ReplyDelete