ADA APA DI PERLIS?

By Dunia Zumal - 6:31:00 am

Lokasi di IKM Beseri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni zumal nak kembali bercerita tentang negeri kesayangan zumal iaitu Perlis.

Di Perlis ni kalau korang hidup dengan menyewa pasti korang akan rasa sama ja macam tinggal kat bandar besar sebabnya kos sewa rumah di Perlis sama macam kat Penang dan KL. Sewa rumah teres boleh cecah RM1k. Rumah  rumah di Perlis ni jarang la jumpa bawah RM200k. Teres pun RM200k ke atas. Sekitar UiTM Arau tu ada rumah cecah RM2 juta yer.

Macam tu juga kalau nak berniaga. Tempat yang strategik kos sewa kedai mahal gila. Kalau nak kira berdasarkan keluasan tapak rasanya memang gila. Kedai kecil dari RM1500 sebulan. Macam di dalam Giant Perlis kos sewa kiosk saja pun dah RM3000. Sewa rumah kedai yang besar bermula dari RM3000 mengikut tempat. Kadar sewa murah adalah untuk kedai yang buruk-buruk macam tempat zumal sewa. Tempat tak ada walk in customer.

Tak hairan la kalau di Perlis ni ada nama kawasan perumahan seakan bandar di KL misalnya Seri Hartamas, Putra Height, Putra Utama, Saujana Idaman dan lain-lain. Sebabnya kos korang nak hidup kat situ sama macam KL jer. Mungkin kerana jarak antara lokasi ke lokasi lain di Perlis tak jauh maka rakyat tak la terbeban sangat.

Makanan di Perlis? Harganya memang sakit jiwa la. Nasi Goreng antara RM6.00 - RM8.00 yer. Nasib la wujud juga nasi ganja dan nasi ekonomi yang harganya dari RM4.00. Alhamdulillah.

Perlis ni terlalu banyak projek pembinaan rumah kedai. Selalunya kedai yang dah siap mesti korang tak sempat beli sebab ada vvip tangkap dulu dan korang akan jadi mangsa keadaan jer terpaksa beli atas tangan vvip tu pada harga lebih tinggi. Kekadang vvip tu tak beli pun cuma syarat di Perlis macam tu, nak kaya mudah. Vvip di Perlis hidup makan atas angin jer. Dulu projek pembinaan U terkenal di Perlis tu hanya nak kenyangkan vvip jer. Sebab U tersebut akan sewa premis yang dimiliki oleh vvip tertentu. Sebab tu juga kampus tetap U tersebut dilengahkan siap agar dorang kenyang makan duit sewa.

Sekarang bila U tersebut dah masuk ke tapak kampus tetap, kesan tinggalan mereka just jadi sarang mat gian dan tempat hantu berumah tangga. Maybe hantu tu depa bela juga kan.

Tengok la apa nasib Perlis setelah jadi pembangkang. Walaupun lebih kecil dari Melaka, Perlis tak ada sumber ekonomi yang kukuh. Tak ada projek yang berdaya saing untuk jana ekonomi sendiri. Sentiasa harap ehsan kerajaan pusat. Pelancong yang datang pun sehari pusing dah habis senegeri tak ada taman tema macam negeri lain untuk pelancong duduk lama. Persisir laut yang ada pun tak sorang pun nak buat perkhidmatan sewa bot pusing-pusing kat laut tu macam kat tempat pelancongan di negeri lain walaupun Perlis ada ikan lumba-lumba yang boleh dijadikan aset penting pelancongan. Mereka hanya tunggu duit kerajaan bagi jer sedangkan mereka mampu jana ekonomi sendiri. Tapi minda tak terbuka.

Kesian dengan mentaliti masyarakat di Perlis ni. Bangga dengan harumanis saja itupun sebab kerajaan kawal harga. Nasib la zumal tinggal di Perlis tak menyewa. Kalau tak rasanya tak tinggal di Perlis pun.

  • Share:

You Might Also Like

29 insan berbicara

  1. pergh zumal.. ni luahan hati ke aper nih.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luahan dari hati ni Pha Is. Hahahaha

      Delete
  2. apa yg menyebabkan ia mahal ya? kalau KL, Penang, JB sy fhm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan depa, tanah sikit jadi tanah Perlis mahal. Tapi depa tak fikir lak nak buat rumah yang tak banyak pakai tanah macam apartment tu

      Delete
  3. Kalau ada tanah sendiri buat rumah lebih jimat

    ReplyDelete
  4. Betul tu, tu hari makan di Kuala Perlis, harganya macam sembelih orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kedai ikan bakar memang mahal la. Hehehe...

      Delete
  5. Tapi perlis kaya dengan kehijauan kan? sawah padi bendang tu. itu yang mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu tapi semakin lama bendang dah jadi kawasan perumahan...

      Delete
    2. Oo yake. Alahaii tak best juga camni

      Delete
    3. Zumal harap ada perubahan yang berlaku di Perlis ni

      Delete
  6. Rumah mhl ye. Igtkn murh lg drpd penang. P perlis shopping kt pdg besar ja.. tkpun sggh di kuala perlis nk naik feri p langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah rumah Perlis mahal lepas tu saiz pula mengecil.

      Delete
  7. wah! tak sangka pulak harganya macam tu. tapi hari tu ada jugak menyewa homestay sebulan...boleh dikira murah jugaklah. kalau nak compare dengan betul2 dekat sekitar zon tengah malaysia. Hurm....setuju gak...sedihnya lahai...
    but still suka pergi perlis nak tengok sawah! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harganya melambung tinggi dalam 2 tahun ni, homestay boleh juga cari yang murah sebab kawan2 zumal pun ada yang buat homestay di Perlis.

      Delete
  8. Oh, begitu keadaannya ya.. Sabo je la haiz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yang tak pernah dihebahkan

      Delete
  9. rasanya last pi perlis 15 tahun yang lalu walaupun dah lama stay kt utara (kedah)..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  10. bole tahan mahal juga ye living cost kat perlis.

    ReplyDelete
  11. cerita ini sepatut jadi viral sebelum PRU14 lagi..

    tak sangka mahal juga rumah kat sana..

    sama juga kat sini..

    tetapi ada baiknya juga..

    boleh kasi naik motivasi untuk jadi kaya..

    tak kaya tak duduk rumah la jawapnya

    ReplyDelete
  12. kesiannya banyak pembaziran sebab management teruk. Harap MB baru ni mampu ubah penyelewengan yang berlaku di perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal geram bila parti tu pegang tapi mb macam tak ada kuasa sebab pengerusi parti tu di perlis bukan mb...

      Delete
  13. Oh patutla cerita tentang Perlis tak berapa kedengaran, sebab MB bukan nak majukan Perlis. Nak tolong lingkupkan penduduk sendiri adalah. Buat projek, sendiri beli. Lepastu jual balik lagi mahal..hurm

    ReplyDelete
  14. Oh! kesiannya orang Perlis tak sangka pula macam ni keadaan sebenarnya.
    Semoga Perlis akan berubah sebaliknya untuk penggal yang akan datang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal harap macam tu la semoga kuasa luar(spt Raja sebut) tu tak ganggu pengurusan pentadbiran negeri

      Delete
  15. oic. aida imagine Perlis ok ok aje pricing nyer.
    da settle tak perihal politik perlis? aida da x baca2 sgt pasal politik lately.
    bila berkuasa, kekadang lupa diri.
    take advantage. hmmmmm sabo jer lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai tapi entahlah kalau sebelum ni mb tu macam boneka ja. Kuasa orang lain yang pegang. Sedih sangat bila jadi camtu...

      Delete

loading...