ZEAL PC KEDAI ALAT TULIS SERBA LENGKAP UNTUK KEPERLUAN ANDA

By Dunia Zumal - 8:49:00 pm

ZEAL PC


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Setiap orang yang bekerja atau belajar sudah pasti amat memerlukan alat tulis untuk kegunaan harian. Macam tu juga Zumal ni. Walaupun zaman sekarang kebanyakan kita hanya berurusan online, tanpa kertas katanya tapi agak mustahil perkara tu pada Zumal. Misalnya ada yang berkata tulis nota guna fon dan tab saja tapi bayangkan jika ianya rosak atau ada problem tak ke susah jadinya. Sebab tu Zumal tetap menggunakan alat tulis seperti pen, pensil, buku nota, kertas, liquid paper dan sebagainya.






Kalau di Perlis ni Zumal akan beli kelengkapan pejabat dekat ZEAL PC. ZEAL PC ni kedai alat tulis serba lengkap yang ada segala macam keperluan alat tulis ataupun keperluan pejabat kita milik bumipetura. ZEAL PC juga menyediakan beberapa komputer untuk kita guna untuk buat assignment ke, kerja-kerja ofis yang tak habis tu. Mana la tahu kekadang komputer kita kena format jadi ternganga kat rumah nak buat kerja tak boleh. Selain menyediakan komputer, ZEAL PC juga menyediakan perkhidmatan fotostat, print (semurah 10 sen sekeping), scan, binding, laminating, serta boleh tempah rubber stamp, cenderamata dan hamper. Selain tu boleh juga beli top up dan bayar bil utiliti anda dekat ZEAL PC. Tak payah beratur atau menunggu lama di pejabat pos lagi. 



Lupa pula nak cerita, dekat ZEAL PC ni tempahan hamper boleh buat ikut bajet yang kita nak. Susah juga nak cari hamper ikut bajet sendiri ni sebab selalunya dekat Perlis hamper dah siap bungkus dan harga dah tetap. Boleh la anda berkunjung ke ZEAL PC ni kalau nak buat hamper. Mana la tahu anda nak buat majlis apa-apa, sukan atau sebagainya.


alamat
ZEAL PC
No. 29, Lorong 13A, 
Taman Sri Wang Fasa 2, 
02600 Arau
(BERDEKATAN UITM ARAU DAN KOLEJ MATRIKULASI ARAU)

MASA OPERASI ZEAL PC
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 017-4901105 ataupun anda boleh rujuk facebook ZEAL PC. Semoga info yang Zumal berikan ni dapat memudahkan anda semua.

  • Share:

You Might Also Like

10 insan berbicara

  1. Hardcopy sebagai backup kalau sesuatu berlaku....

    ReplyDelete
  2. bagus Zumal promote kedai yang bagus
    semoga masing-masing dilimpahkan rezeki oleh Allah :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh macam-macam ada kat kedai tu. Biasanya kalau alatulis orang gabung dengan mesin fotostat dan buat kedai komputer tapi ni sekali dengan pakej buat hamper memang best la. 1 masa boleh jimat banyak masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ciktie, segalanya setempat memudahkan...

      Delete
  4. Bagus juga. Banyak perkhidmatan yang disediakan. Tak perlu terkejar ke lokasi lain. Menyenangkan.

    ReplyDelete
  5. hmpr sm mcm kedai sblh opis sy ni...sng nk cr brg di bwh 1 bumbung kn?

    ReplyDelete

loading...